AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 16 January 2013

Johor Darul Takzim sepatutnya menang ke atas The Red Warrior

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetuinya dah lama abg long tak ikuti perkembangan bola kena sepak kat Malaysia ni. Baik liga domestik mahupun games yang melibatkan pasukan Harimau Malaya yang sentiasa memenangkan pihak lawan. Abg long lebih rela tengok bola sepak liga kampung orang-orang Nepal berbanding bola-bola yang duk ada kat Malaysia.

Angpa jangan pula kata abg long angpa ni tak patriotik.....Kalau angpa tu patriotik sangat awat masa dengaq lagu Negaraku kat mana-mana hatta dalam kereta angpa buat dunno ja. Awat angpa tak berdiri sama...HaHaHa....Kenapa? Boleh berdiri what? Berhenti kereta tepi jalan, lepas tu angpa keluar la berdiri....KahKahKah....Memang kerja gila kan? Sebab tak mahu buat kerja gila la maka abg long tak layan sangat bola kena sepak kat bumi Malaysia yang subur dengan kes-kes pembuangan bayi ini.

Namun.....sifat sengal sesetengah 'watak utama' sukan bola kena sepak di negara ini seakan-akan merubah atom-atom dalam alur darah abg long yang dulunya pasif terhadap bola kena sepak negara menjadi super duper rawak gerakan dia.

Opppsssssss....panjang lebaq la pulak mukadimah mak jemah entri ni.....Okies, kita berbalik kepada persoalan pokok, yakni JDT tak patut seri lawan TRW. Angpa taw dak apa itu JDT dan TRW? Kalau tak tahu sila tanya lebai google, tolong jangan tanya Dewan Bahasa dan Pustaka sebab orang-orang kat sana semuanya dah lama duk 'lena'. Penyakit yang sama dihidapi oleh sultan dan sekutu bolanya.


Angpa tengok dak perlawanan bola semalam antara JDT vs TRW? Siapa2 yang tengok perlawanan bola kena sepak semalam tentu sahaja akan tepuk dahi sambil berkata "listen...listen...listen....nak main bola ke nak pi berperang?"...HaHaHa...Apajadahnya Johor Military Force yang lengkap bersenjata M-16 mengiringi pasukan jelmaan Barcelona itu bermain bola kena sepak. Belum pernah dibuat dek orang....buang tebiat ka apa? Kelab sehebat Real Madrid, dream team seperti Manchester City....Barcelona yang ada pemenang ballon d'or pun tak buat perangai sengal cenggitu. Depa ni ingat liga bola kat Malaysia ni duk main kat tanah Palestine ke apa? Ingat KB tu macam Selatan Thai?

Team ATM FC full name @ ANGKATAN TENTERA MALAYSIA pun tak kerah batalion dia pi kawal stadium, pemain dan penyokong depa setiap kali team ATM beraksi tau....Ntahapaapantah la keturunan bendahara yang angkat diri jadi sultan Johor ni.





Keselamatan? HaHaHa....c'mon la my dear.....Polis berlonggok dah duk ada. Lu ingat polis-polis tu tunggul kayu ka yang duk sedap nak amik alih tugas depa? Ke sahaja suka-suka nak menunjuk yang lu ada army gagah perkasa? Memang diakui JMF hanya menjalankan tugas tapi lihat la pada realiti jangan la lebih2 duk berfantasi....Fajura tetap milik bakal ketua agama Tanah Selatan. Usah la ia dibimbangi. JDT dan TMJ boleh diescot JMF sebab mereka adalah kaum kerabat dan sealiran dengan sultan bola. FAM sila pejam mata....HaHaHa..

Okies, stop cerita pasai JMF. Berbalik pada perlawanan yang berkesudahan JDT 1 - 1 TRW semalam. Sepatutnya.....sepatutnya....JDT sebagai sebuah kelab yang ibarat anak tak sah taraf yang di dalamnya punya la ramai pemain-pemain bertaraf bintang tak sepatutnya memasukkan sebiji bola je ke dalam gol lawan....Lawan dengan pahang yang bermain dengan sembilan pemain pun pemain JDT abg long tengok macam ayam pondan berak kapur. Bermain semalam lagi la....Langsung tak berbaloi beli import konon-konon ohsem dalam La Liga. Datang main Liga M macam sampah.

Persefahaman perlukan masa? c'mon la my dear....diorg bukan team budak2 sekolah bawah 12 ooookeyyy! Depa tu pemain profesional........diulangi.....PROFESIONAL.....Bila nak tengok keserasian dan kefahaman? Tahun depan? Guiza tu main macam baulu kena cicah ayaq milo ja. Itu la....sembang bukan main kencang. Sekarang apa pasal banyak diam? 

Bagi abg long, perlawanan semalam JDT patut menyumbat masuk bola ke gol TRW sebanyak 50 kali dan bukannya sekali. Dok rock chetong la pemain star-star belake tapi main macam budak2 main polisentri. Berat 66. Sepatutnya team bola kena sepak JDT menang besar semalam jika dilihat pada iringan para Johor Military Force yang masuk ke stadium membawa bersama mereka selaras M-16 di sisi masing-masing. Oooppppsss...tercakap lagi pasai JMF nih....ishhhhhhh

Keseluruhan perlawanan bola kena sepak semalam memang menarik. Namun begitu, kelibat Fajura yang tidak terkesan di stadium semalam menyebabkan semua orang ditimpa tanda soal. Mungkin ketiadaan maskot JDT menyebabkan pemain-pemain bermain lenggang kangkung di dalam padang....mungkin.......mungkin la kan...

Sementara di belah team TRW pula, abg long tengok import dia yang 'hitam itu menawan' main macam orang baru lepaih bersenggama ja. Apa ntah nama dia.....Macam nama saintifik sejenis burung ja.....hmmmm......Kieta Mandjou rite? O'k aloh la.......Dia punya main me'me cannot go at the moment....HaHaHa....Elok bagi dia jual jam tangan, wallet dan tali pinggang ja. Harap jurulatih skuad kijang boleh pertimbangkan idea maha dewa mantop dari abg long ni.

Cissssssss....Semalam ada malaun yang bermain mercun tatkala tarikh sambutan raya cina masih berbaki dua tiga minggu lagi. Masih ada lagi peminat dan penyokong bola kena sepak yang tidak bertamadun. Tak tahu ke yang mercun tu tak boleh nak mengawan melawan senjata M-16. Ada akai tak mau pakai.

Namun, jika diberi peluang abg long menjadi referee in shaa Allah abg long akan tolak. Sungguh, abg long memang tak layak nak jadi referee bola kena sepak hatta bola jaring sekali pun. Sebab, abg long tak reti tengok JAM. Tapi abg long kenal dan reti makan JAMbu.....Sekian. Wassalam.


Jazakallah.


Nota Diari:
"Listen....Listen....Listen.....HARIMAU, KIJANG DAN REFEREE PUN ADA PROBLEM"

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.