AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 9 January 2013

Johor Darul Takzim Longlai

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kuala Lumpur: Pahang mencalar imej pasukan berbelanja besar musim ini, Johor Darul Takzim FC selepas mencipta kebangkitan dengan kemenangan 3-2 selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama pada aksi pertama Liga Super di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Ternyata reputasi hebat barisan serba bintang pasukan Harimau Selatan itu seakan tidak memberi sebarang makna biarpun mereka membariskan bintang Sepanyol, Daniel Guiza, kapten kebangsaan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya untuk menggempur kubu Pahang.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Pahang yang dikendalikan bekas pemain kebangsaan Dollah Salleh hampir di depan selepas penyerang import dari Macedonia, Nikolce Kleckarovski menolak masuk bola ke gawang pasukan pelawat pada minit ke-10.

Namun jaringan itu tidak disahkan pengadil kerana dia terlebih dulu mengasari penjaga gol Darul Takzim, Muhammad Al-Hafiz Hamzah yang cuba menangkap bola hantaran jauh pemain Pahang.

Ketika pemain skuad Tok Gajah sibuk mempersoalkan keputusan pengadil itu, pasukan pelawat melancarkan serangan pantas menerusi Guiza yang melakukan hantaran dan berjaya ditanduk Safiq untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Guiza yang membantu Sepanyol juara Euro 2008 sekali lagi menjadi penggerak serangan Darul Takzim apabila melorongkan bola kepada penyerang kebangsaan, Norshahrul yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin pada minit ke-26.

Ketinggalan 0-2, Pahang bangkit memburu gol dan usaha mereka berhasil apabila penyerang berusia 24 tahun, Mohd Fauzi Roslan meledak gol pada minit ke-50.

Terancam dengan kedudukan itu, skuad Harimau Selatan yang dibimbing bekas pemain Singapura, Fandi Ahmad cuba menambah jaringan namun Safiq mensia-siakan peluang di depan gol selepas sepakannya melambung tinggi selepas mendapat umpanan Guiza pada minit ke-65.

Amukan Tok Gajah gagal dibendung pasukan pelawat apabila Fauzi bijak melepasi kawalan pertahanan dalam kotak penalti sebelum melepaskan sepakan lencong ke penjuru gawang untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-72.

Tujuh minit sebelum perlawanan tamat, pemain baru Pahang, R Surendran yang beraksi bersama Selangor sebelum ini memastikan tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kemenangan dengan menolak masuk bola di depan gol selepas mendapat hantaran silang Mohd Faizol Hussien dari sebelah kiri. 

Sumber: myMetro
Photo: Lebai Google


Video aksi jaringan gol yang menarik perlawanan antara Johor Darul Takzim vs Pahang yang berkesudahan Johor Darul Takzim terpaksa berputih mata.





Nota:
Ini abg long tepek apa yang wartawan myMetro yang kata. Kalau abg long buat ulasan perlawanan semalam kan takut pula ada yang sakit ulu hati. jadi ada baiknya abg long tepek apa yang wartawan bertauliah cakap. nanti angpa pandai2 la angpa buat rumusan atau interprestasi ke atas laporan dan ulasan kat atas tu.

Angpa rasa nak panas cuping telinga boleh terjah entri INI. Jika angpa rasa nak ketat perasaan boleh baca SINI.

Jazakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

1 comment:

  1. apapun, tahniah pahang.. mentang2 ena ni belajar kat pahang.. acececcee...

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.