Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 11 January 2013

Isu Mat Yo selesai?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Isu permindahan permain bola sepak yang penuh kontroversi lewat 2012 Norshahrul Idlan Talaha akhirnya diputuskan oleh FAM lewat mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh sekutu sultan bola.

Mengikut keputusan Jawatankuasa Status FAM semalam, badak induk itu memutuskan Mat Yo hanya perlu membayar RM299,000 untuk tebus kontrak kepada bekas majikannya. Dengan keputusan ini, maka kemelut dan kontroversi permindahan Mat Yo ke JDT (Johor Darul Takzim-pasukan pelik lagi ajaib yang tiba-tiba tersenarai dalam liga super). 

Mengikut Datuk Takiyuddin Hassan, tidak timbul soal bayaran perpindahan pemain memandangkan Noshahrul sudah menamatkan kontrak dengan KAFA dan bekas majikannya juga sudah bersetuju dengan bayaran tebus kontrak itu sebelum ini.

Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak dan tidak perlu membayar yuran perpindahan. FAM juga tidak mengiktiraf tuntutan lain yang membabitkan perjanjian antara majikan dan pemain yang tidak melalui FAM, kerana itu di luar bidang kuasa kami."
Ok fine....peminat mungkin akan cuba terima alasan ayng beralasan sedemikian untuk mengendurkan ketatnya perasaan.


Bagi FAM, kes ini sudah selesai kerana Mat Yo sudah membuat bayaran pertama sebanyak RM250,000 menerusi bank draf kepada KAFA pada 4 Januari 2013 dan RM49,000 bagi bayaran kedua pada 5 Januari 2013. Pemain ini layak bermain dengan Johor Darul Takzim dan soal Sijil Perpindahan juga tidak sepatutnya timbul,katanya kepada pemberita semalam.
Untuk bacaan lanjut angpa boleh terjah SINI.

U see la, PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) bermesyuarat semalam...tapi keputusan dah tahu berhari-hari sebelum tu...siap dah hantar lawyer pergi bayar...APEHAL! Lu main wayang dalam mesyurat?  Tok dalang nya siapa? Hapuskan tok dalang itu yang lebih utama.

Mesyuarat semalam, keputusan dah tahu berhari-hari yang lalu. Hebat bukan? Untuk pencerahan, abg long boldkan supaya mata rabun tak jadi bertambah kusam.

Mat Yo sudah membuat bayaran pertama sebanyak RM250,000 menerusi bank draf kepada KAFA pada 4 Januari 2013 dan RM49,000 bagi bayaran kedua pada 5 Januari 2013.

Jadi, isu Mat Yo selesai? Abg long rasa ia tak akan selesai selagi ramai 'pelakon' dan 'pengarah' besaq masih lagi berdrama dalam cerita bola sepak Malaysia ini. Selagi tiada ketelusan, ketulusan dan rasa tanggungjawab yang maha tinggi dalam diri maka sampai bila-bila pun mutu bola sepak tak akan ke mana. Sudah la pasukan bola kita sering memenangkan pihak lawan, kes Mat Yo ini pula hanya bisa mengundang gelak ketawa masyarakat antarabangsa kepada pengurusan tertinggi bola sepak negara.

Kita berkira-kira ingin layak ke Piala Asia 2015 tapi pengurusan bola kita macam pengurusan bola kampung. Hanya mampu sandarkan kepada kenangan.

Harimau Malaya Pesta Bola Merdeka 1986
Harimau Malaya Olimpik  Moscow 1980
Harimau Malaya Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat 1972


Sampai bila kita nak orang luar mentertawakan pengurusan dan pasukan bola sepak kita? Sampai bila kita nak bermimpi dan berhalusinasi? 30 tahun lagi? 50 tahun lagi? Tak jemuih ka nak tunggu lama-lama? Tak melugai ka duk tengok muka sultan dan sekutu bolanya?

Kata biar terasa.


Barakallah fiikum



Photo: Lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. Singgah mlm minggu sebelum tonton MLM nak tgk Fear Factor kawn2 blogger kat sini ada ker...

    ReplyDelete
  2. Lucu lah kalau dengar kisah dia nie, abg long baca tak isu pasal status yang di tulis oleh wife dia yang panggil anjing dekat TSAM?

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.