AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 18 January 2013

Ibu Susuan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ni kat akhbar ada bicarakan tentang perihal seorang ibu yang sanggup memberi susu badannya kepada bayi2 lain kerana ibu asal bayi tersebut mempunyai masalah kesihatan. Tindakan beliau itu sedikit pun tidak mengharapkan balasan. Beliau lakukan semua itu atas naluri beliau sebagai seorang ibu kepada dua orang anak.

Kisah yang tercoret dalam akhbar hari ini bukan menda baru. Zaman Nabi Muhammad SAW masih bayi lagi telah terkisah kisah seperti ini. Nabi SAW masa bayi dulu pun pernah disusui oleh ibu susuan. Semua orang tahu kisah ibu susuan Nabi SAW yang bernama Halimatus Saadiah. Kalau tak tahu kisah ibu susuan Nabi SAW angpa boleh ja pi hantuk kepala angpa kat dinding yer....HiHiHi...

Orang-orang Arab dulu2 memang suka cari ibu susuan untuk bayi mereka. Cuma umat Islam kat negara kita sahaja yang jarang buat sedemikian rupa. Muktahir ni lagi la teruk, bukan setakat nak jadi ibu susuan kepada bayi orang lain. Nak menyusukan anak sendiri (walaupun tidak menghadapi masalah kesihatan) pun mereka tidak mahu. Alasannya sebab nak menjaga bentuk badan. Sengalkan para ibu yang berpendapat dan berfikiran sedemikian?. Depa ibu2 yang sengal ini tak tau ka yang menyusukan bayi akan bagi mereka kesihatan yang optima dan mengelakan depa dari kena kanser breast....Selain itu, dengan memberi susu badan sendiri hubugan kasih sayang antara ibu dan anak akan terjalin. Islam dah ajar cantik semua ni, cuma kita ja yang lalai dan alpa.



Jadi taniah la abg long ucapkan kepada puan Nurul Uyun Mazlan diatas kesanggupan beliau menderma susu beliau kepada bayi2 lain. Angpa boleh baca kisah beliau kat SINI

Jika nak baca tentang kebaikan penyusuan badan, angpa ibu-ibu boleh ke klinik bahagian ibu dan anak berhampiran. Lagi senang, angpa tanya je lebai Google. Kepada yang belum jadi ibu pun perlu amik tahu benda2 cenggini. Ilmu ni bukan time perlu je kita baru amik tahu.

Well, jadi la ibu susuan.

Kepada Si Dara diluar sana, jangan nak gatai2 derma 'susu' angpa kat teruna yang ntah apa-apa. Tak sesuai. Nak jadi ibu susuan biar la dengan jalan yang lurus, bukan jalan bengkang bengkok.....HaHaHa...

Abg long dulu masa kecik2 mak bagi minum susu badan plus susu lembu segar dari ladang cap Dumex. Rupa dia macam gambaq kat bawah nih.



Ada lagi ke susu jenama Dumex zaman sekarang ni? Sentimental betul la susu jenama ni dengan abg long...HaHaHa...angpa pula minum susu apa yer? 

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

6 comments:

  1. Fernleaf.. HAHA!
    Entri menarik Bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro sudi singgah sini.

      susu mahai bro minum tuh....kalah abg long....hihihi

      Delete
  2. Jap abg long, kan kalau dia derma susu macam nie tak timbul masalah ke di masa depan? Setahu fie bila dah dah minum susu ibu yang sama akan jadi macam adik beradik lah kan. Mungkin ada sukatan tertentu kot. Fie pun kurang tahu sangat pasal nie, itu yang tanya abg long.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah takde fie.

      memang betui apa yang fie cakap tu, bila kita minum susu badan melalui seseorang ibu lain maka secara automatik kita dengan anak2 ibu susuan kita itu menjadi adik beradik. islam dah gariskan semua tuh.

      abah abg long dulu pun pernah tumpang ibu susuan masa dia masih merah menyala.

      Delete
  3. terima kasih kerana menyokong penyusuan ibu nie.. oleh kerana susu ibu itu adalah yang terbaik, seorang ibu sanggup mencari ibu susuan untuk memastikan anak mereka membesar dengan sehat.. terima kasih ALLAH dah kurniakan rezeki susu yang lebih dari keperluan harian anak saya.. jadi susu itu saya berika kepada ketiga-tiga anak susuan.. syukur kerana saya kini sudah ada 4 orang anak perempuan.. 2 anak kandung 2 anak susuan.. 1 lagi bakal lahir bulan feb nanti..
    artikel itu ditulis untuk menggalakkan lagi ibu-ibu memberi susu ibu yang dianugerahkan itu kepada anak-anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih puan Nurul Uyun Mazlan coz sudi singgah sini. sebenarnya ibu susuan ni dah lama, sejak zaman nabi lagi. cuma org 'melayu' kita je yg lupa dan alpa.

      Abah saya dulu masa kecil pun penah tumpang ibu susuan. islam dah gariskan segalanya buat kita. terpulang pada kita nak follow atau sebaliknya.

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.