Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 19 January 2013

Green Book yang bernostalgia buat kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru berkesempatan bercanda di blog. Dari pagi bawa ke malam masa yang Allah SWT peruntukan buat abg long bagaikan tak mencukupi. Banyak kerja dan tugasan yang perlu disantuni dan diberesi.

Alhamdulillah, senarai nama bintang2 hati telah pun selamat di kemas kini dalam buku register yang besaq gedaq kaler hijau tu. Epik gilos la buku tu. Abg long ingat, zaman2 otai cikgu abg long depa dah guna buku ni. Masa mak dengan abah abg long sekolah dulu pun depa guna buku nih jugak rasanya. Bawa ke zaman abg long yang generasi X Y Z ni pun still guna buku kaler hijau besaq gedabak nih. Oldschool gitu...HaHaHa....pe pun, buku nih tetap punyai sentimental volume buat mereka2 yang pernah menjawat jawatan sebagai pendidik dan mereka yang pernah memegang status sebagai pelajar sekolah. Secara nostalgianya, nama2 kita semua telah dicatat dalam buku ini dan ia adalah 'sejarah' kita semua. 

Angpa pernah tengok dak buku epik pendidikan nih? Kalau tak pernah meh sini abg long kasik tengok. Abg long hanya belanja angpa yang singgah blog ni ja tau. Maybe lepaih nih boleh la angpa pi sekolah lama angpa untuk check tengok nama angpa duk kat nombor ke berapa dalam buku kaler hijau besaq gedabak nih....HiHiHi....


Nama dia Buku Kemasukan Sekolah

Dia punya saiz, lebaq satu kaki lebih dan panjang tiga kaki lebih

Esok dah boleh la abg long serah pada rerakan yang lain untuk tugasan depa pula. Lepaih nih just tunggu arahan dari boss je untuk kemas kini data dalam buku penuh nostalgia nih ke dalam aplikasi berkomputer APDM. Harap2 aplikasi APDM tu nanti tak mengetatkan jiwa abg long yang telah lunyai ni. *dua kali kerja la nih nama dia

Ingat nak pi ziarah sekolah lama la nanti. Nak pi tengok nama abg long dalam Green Book nih. Nak tengok nama abg long dalam senarai yang ke berapa riban masa daftar masuk sekolah. Ingat nak pi terjah sekolah rendah dulu la....baru orang kata betui2 mengulit kenangan sat gi....HiHiHi..

Jazakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.