Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 2 January 2013

1st day di gedung ilmu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tak banyak yang boleh diceritakan 1st day kat skola arini. Maklum la kan, masih dalam mood dilanda banjir. Sekarang ni pun tengah berjaga-jaga takur banjir pusingan ke-3 mai pula. Tengok pada riak air di sungai macam pelik ja siang tadi. Walaupun tak hujan namun air dah melimpahi tebing. Hujan hulu memang orang takut, nak pula ditambah dengan hujan di kawasan hilir.....memang akan mengundang banjir la. Namun, berdoa pada Allah SWT agar dijauhkan segala petaka dan bencana. In shaa Allah...

Tadi pagi skola dah mula beroperasi macam biasa. Ikut jadual negeri2 di pantai barat. Sepatutnya semalam dah start, tapi kerana bencana banjir pusingan ke-2 yang melanda sehari sebelumnya terpaksa la dilewatkan sehari. 

Alhamdulillah, gerak kerja hari ini berjalan dengan lancar. Abg long kena handle budak2 tahun satu. 1st time yang pertama kena handle anak2 yang kecik ni.....Mencabar dan tercabar juga la walaupun nampak senang macam makan ayam kentaki origanal bahagian drumstick. 

Abg long respek abis kat anak2 tahun dis year, tak banyak kerenah. Tak ada yang menangis menggelupur bagai nak hilang nyawa bila terkontang kanting dikhalayak yang asing bagi mereka. Semuanya comei2 dan cool bebeh belaka. 

Taniah juga kepada ibu bapa sebab memberi kerjasama dan kepercayaan sepenuhnya pada abg long dan rakan2 sejawat abg long dalam menghandle anak2 depa tadi. Tiada seorang pun parents yang terconggok menjadi tunggul setia menunggu anak2 depa, takdak seorang pun yang buat tabiat mengskodeng anak2 depa melalui celah-celahan tetingkap.....tiada seorang pun yang buat perangai keanak-anakan macam anak depa. Semuanya memberi sepenuh kepercayaan pada pihak skola.

Murid2 tahun satu pun tak ramai, maklum la skola cinonet aje....Jauh pula ke pedalaman dan terletak pula kat sebuah ladang. Hanya tiga puluh tiga murid tahun satu sahaja yang berdaftar secara sah. Dan, diyakini tiada pelajar hantu yang tidak diketahui kesahihannya. 

Layan budak2 kecik ni lain cara dia. Kita kena banyak bercerita dan melawak dengan depa. Supaya depa pelan2 dapat meleyapkan rasa cuak, takut, terasing dan perasaan2 tak best yang sewaktu dengannya. Supaya depa dapat gantikan dengan perasaan keseronokkan untuk datang ke skola seadanya.

Kat SK Padang Kubu ni, anak2 kecil ini dikecualikan dari pembelajaran dan pengajaran selama tiga minggu bersempena minggu orietasi transisi murid tahun satu. Selama tiga minggu bermacam agenda dibuat agar anak2 kecil ini dapat didoktrinkan dengan persekitaran pembelajaran di skola. Untung anak2 zaman sekarang, tak macam abg long skola rendah dulu, semua berdikari....Takdak pun program orentasi-transisi bagai....Mungkin sebab terlalu memanjai maka budak2 sekarang sukar untuk berdikari. Kalau pun ada yang boleh survive secara personal tak ramai.

Hari ni tak leh nak amik gambaq suasana 1st day secara profesional coz dslr abg long berkabus akibat cuaca sejuk terlampau. Nak amik pakai hp co'kia pun lupa nak cas  bateri dia semalam. Last2 arini ke hulu ke hilir dengan hp yang kojol dan kamera pula kesengalan.....Sekali dapat nasib si labuuuuuuuuuuuu daaaaaaaaaa.....

Apa pun, sempat la snap barang selai dua untuk tepek kat sini. Just untuk hiasan semata-mata. 


Muhammad Azuan, year two student. Paling hiper wipper drypers dia punya aktif.
Orang len duk leklok atas kerusi, dibantainya landing atas lantai.
Law ada 10 orang macam gini mau isi borang abg long dibuatnya.

Empat tahun sebelum ni tak terlibat secara langsung dengan gerak kerja sebegini sebab lepaking at chinese school. Sekarang baru tahu apa yang tak tahu. Bila dah terlibat dan berada bersama budak2 kecik ni tadi teringat masa abg long 1st time daftar skola darjah satu puluhan tahun yang lalu.....Berbalam-balam kenangan lalu itu menerjah kotak minda....Tak banyak yang di ingat berbanding yang dilupa....

Angpa bagaimana? ingat lagi tak kisah2 angpa masa 1st day masuk skola? Mesti akan membuatkan diri tersenyum sendiri bila mengenangkan saat2 bergelar pelajar skola bukan?

Kenangan dan pengalaman sesungguhnya harta yang paling berharga buat kita. Untuk kita hisab dan audit diri agar kita lebih menjadi yang terbaik untuk masa-masa hadapan. betui dak?


Esok rutin macam biasa. Merenjis ilmu tak kira jemu.......Memberi semata untuk keredhaan-Nya.

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. dulu, nangis masa mak tinggalkan masa mula mula masuk sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrp bro jejari kucing tdk mnangis lagi waima di tinggal kan aweks skrg ini...HiHiHi...-peace-

      thanks bro sudi singgah sini ^_^

      Delete
  2. wahh awak cikgu ye?? hurmmm.. mesti macam2 ragam budak2kan?? sumpah, rindu zaman sekolah dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa....dh masuk tahun ke-6 abg long dlm bidang ini.
      mmg macam2 ragam....paling syok dan sedap bila bdk2 yg tak tahu menulis, membaca, mengira bila di ajar akhirnya dapat menguasai segala.
      saat bergelar dulu dlu byk tersimpan memori....baik manis mahupun pahit.
      skola rendah dan skola menengah ada kenangan nya yg tersendiri

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.