Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 22 November 2013

Petua | Teh halia buang angin dalam badan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tetiba rasa sebu je perut malam ni.......Nak kata makan terlampau banyak, sebutir nasi tak masuk perut lagi hari ni. Nak kata sebab tak makan nasi lagi, tadi dah pun makan bihun goreng....Hmmmmm.......dugaan betul...Nak buat kerja pun terbantut...

Stok eno halia pun dah abis......nak cari daun pokok sekentut untuk hilangkan angin dan lenguh2 badan pun dah jauh malam. Hujan pula kat luar. Jadi, guna la apa alternatif yang ada....teh + halia. Lagipun banyak stok halia kat dapur. 

Senang je nak sediakan teh halia ni. Korang bancuh je air teh macam biasa.....tapi ingat,  Susu jangan taruk berlebihan. Kurangkan manis dalam minuman. PM pun dah bagi nasihat, manis2 ni tak elok untuk seks yang sihat.....HeHeHe....

Halia tu korang buang kulit......cuci bersih2......lepas tu korang ketuk sikit halia tu biar pecah2.....Kalau tak nak ketuk pun takpe, korang hiris je secara mayang......lepas tu korang masukan halia tersebut dalam teh yang korang bancuh tadi.



Lepas tu boleh la korang minum dengan bestnya. InshaAllah......masalah angin dan sebu dalam perut tu akan berkurang. Kalau korang sanggup, masa minum tu korang makan sekali halia yang duk ada.....

Lepas minum teh halia ni korang akan rasa panas badan sikit. Biasa la tu, atom-atom angin yang ada dalam badan tu dah bertindakbalas dengan teh halia. Nanti slow2 angin tu akan keluar mengikut saluran2 yang halal....Oppssssss......Tak kan la aku nak perincikan satu2 kot....sendiri tau la yer.....HiHiHi...

Alhamdulillah......dah lega sikit rasa sebu dalam perut aku ni. Dengan halia2 aku telan......HaHaHa.....So, korang boleh la cuba petua ni nanti yer...InshaAllah menjadi.

Barakallah fiikum.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

What Teachers Make

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mungkin sesetengah dari kita hanya 'bersepsi' pada tugasan seorang pendidik tanpa melihat pada realiti. Visual dalam komik di bawah ini agak bermakna  untuk mereka yang bergelar guru dan cikgu. Juga kepada bakal-bakal yang bergelar guru.

*Sila abaikan unsur yang agak keras disitu (jika ada)









Well, renung-renungkan.

Jazakallah.


Sumber: SINI
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kisah Villa Nabila bakal difilemkan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Kenapa??? Tak percaya???

HaHaha......kan...kan.....aku dah cakap sebelum ni. Gerenti akan ada yang buat filem kisah Villa Nabila punya......Otak David Teo ni memang jalan la untuk bisnes.....lepas ni berkoyan2 la bani melayu yang akan pergi ke pawagan untuk menyelubungi hidupnya dengan misteri. Tak percaya korang tengok la nanti.....orang melayu ni memang suka story bab2 mistik dan cerita2 cinta yang bermain dengan emosi. Walhal plot filem dan drama kebanyakkannya sama jer.

Kalau aku orang ajak tengok cerita melayu, awal2 lagi aku tolak.....bukan apa....tengok separuh jalan dah tahu apa kesudahan.......Bukan aku tak respek dengan karyawan tempatan......bukan......buat masa sekarang memang aku tak berselera dengan cerita2 melayu yang duk ada....semuanya sama..... sedih..... seram...... mistik..... berebut-rebut cinta...... perebutan harta.....bla....bla....bla.... hmmmm.....kalau nak story pasal filem/drama melayu memang hampagas la.....Aku pun sependapat dengan buah fikir Mizan Hashri (klik).....Filem/drama sekarang melayu terlalu tipikal.....Berapa lama dah aku tak menonton drama melayu...lebih2 lagi yang bersiaran tatkala waktu maghrib.....orang didik masyarakat pergi ke masjid bukan sebaliknya...

Tapi.....kalau korang nak belanja tiket untuk aku, stadium sultan mizan yang runtuh tu aku tadahkan......Dengan syarat........syarat dia bukan tengok cerita melayu la kot....HaHaHa....

Aku tak pasti pula siapakah pelakon utama untuk filem Villa Nabila ni nanti. Adakah watak utama tu nanti bakal diberikan pada remaja yang dikatakan hilang ditemui bukan di Villa Nabila tempohari atau pelakon yang hebat yang ada di MIG.....law remaja tu jadi pelakon utama memang femes baq ang. Nanti boleh la jadi femes macam Syasya Selero macam cantik je macam comel je. Kita tengok je la nanti yer.....HeHeHe...

Kalau David Teo nak buat juga cerita pasal Villa Nabila ni nanti, aku harap sangat2 jangan la dia follow plot Kisah seram Villa Nabila terungkai yang telah menyebabkan 1Malaysia histeria baru2 ni. Biar la seram ala ala scary movie pun tak apa.....bukan apa, takut ramai yang muntah hijau dalam panggung wayang nanti. Haru baq ang.....(^__^)

Sebetulnya dah lama aku tak tengok cerita melayu kat pawangan, jadi aku harap filem2 melayu selepas ini ada la kelainan dia. Tapi kan, dalam banyak2 cerita melayu.....cerita melayu hitam putih arwahyarham Tan Sri P.Ramlee tak penah menjemukan aku untuk menonton.......walaupun cerita tu aku dah tengok berkali2. Itu hebatnya seniman dulu dengan seniman sekarang.

Apa khabar abang Zed Zaidi??? katanya mahkamah batalkan mesyuarat Seniman dan ia tidak sah......jawatan presiden apa cerita yer?? 

Cerita pasal David Teo nak buat filem Villa Nabila korang boleh baca lanjut kat SINI (klik). Kisah arwahyarham Ahmad Ammar dengan arwahyarhamah Yasmin J Hunwick yang memberi impak kepada remaja melayu Islam takde pula orang nak buat lagu dan filem kan eerk?? ......sekadar bertanya.....HiHiHi

Well "Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengar sini semua orang kampung di laman sosial (muka buku, twitter, blog, whatsApp, Webchat etc).....Di sini ada pengumuman untuk sekalian rakyat jelata yang berkelayakan....Permohonan kemasukan ke politeknik KPM sesi Disember 2013 telah pun dibuka.


Kepada yang layak....yang ingin menyambung pengajian.....yang ingin membina kehidupan......korang boleh la terjah mana2  jabatan hal ehwal pelajar, politeknik yang terdekat dengan tempat kediaman korang untuk walk in (secara datang terus).

Jangan lupa bawa dokumen2 penting di bawah. Jika tidak, pihak politeknik tidak akan melayan hasrat murni korang itu.

1- Salinan keputusan SPM (bukan Sijil Perkahwinan Malaysia taw tapi Sijil Pelajaran Malaysia)
2- Salinan sijil Ko-kurikulum (Tingkatan  4 dan 5 yang telah disahkan)
3- Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan.

Untuk makluman korang, penawaran adalah tertakluk kepada syarat kemasukan (rujuk laman sesawang politeknik di www.politeknik.edu.my) dan kekosongan program. Sebarang surat menyurat.....sms.....whatsapp....webchat dan sebagainya untuk tujuan mempengaruhi pemilihan adalah tidak akan dilayan. Hanya yang layak selayak layaknya sahaja akan terpilih.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Disember 2013. Pat pat siku lipat......siapa cepat, dia dapat. Jadi, jangan berlengah lagi....rebut la peluang yang terhidang.

Mohon jasa baik korang semua untuk menyebarluaskan peluang ini kepada adik beradik, saudara mara, kenalan, sahabat handai serta orang kampung sekalian. Boleh copypaste entri ini dan tepek la kat mana2 laman sosial yang berlambak duk ada tu untuk makluman dan kebaikan semua. 

Kepada anda yang berminat nak menyambung pengajian di politeknik boleh la terjah laju2 360km/j mulai sekarang.

Teruskan melayari blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang lelaki untuk kecerian hidup anda kini dan selamanya....HiHiHi.....(~___^)

Sekian. Harap maklum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

BELANGSUKAWA AHMAD AMMAR AHMAD AZAM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selalunya......orang yang baik2 ni Allah sayang. Sebab tu Allah selalu sahaja menjemput orang yang baik2 ni untuk pulang bersama dengan Dia lebih awal. Bukan yang lambat dijemput 'pulang' tu tidak baik, tapi kebiasaannya yang 'pulang' awal tu lebih istimewa dari kita yang masih diberi pulang bernafas dan menghirup udara. Dalam hal ini arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam tidak terkecuali. Apa yang semasa kehidupannya sehingga la saat kematian tiba, sesungguhnya arwahyarham sememangnya insan yang teristimewa.

Jarang ada anak melayu yang berpendirian sepertinya.......hidup bukan semata2 untuk dunia......apa yang ada di dunia la bekal untuk di bawa ke 'di sana'.......agar 'di sana' hidup  tidak sengsara dan boleh bersenang2 sentiasa.

Tapi........segelintir sahaja yang punya kotak fikir seperti arwahyarham Ahmad Ammar ni. Yang banyak kita jumpa kebelakangan ini hidup hanya untuk dunia......bagaikan hidup mereka mampu menongkat langit untuk selamanya.

Tanggal 2 November 2013 jam 1.30 petang berakhir la hubungan arwahyarham dengan seisi dunia......dia kembali menemui Tuhannya......meninggalkan segala apa yang ada di dunia.....apa yang dibawa hanya amalan kebaikkan serta doa orang2 kesayangannya serta doa dari kita.....Arwahyarham pergi dalam usia yang muda.....Perginya dia ketika sedang berusaha untuk mengubah ummat agar ummat kembali dipersada.

Banyak kebaikkan yang dilakukan oleh arwahyarham semasa hayatnya......jika tidak manakan Allah nak memuliakan arwahyarham ketika matinya. Dengan keistimewaan dan kebaikkan yang ada pada diri arwahyarham matinya dimuliakan......Masyarakat setempat berebut2 nak mengusung jenazah arwahyarham sehingga ke tanah perkuburan. Malah arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam juga diberi penghormatan untuk disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan. 

Itu tandanya Allah SWT telah memuliakan arwahyarham Ahmad Ammar......kebesaran Allah SWT itu ada.....Dia Maha Pengasih.....Dia Maha penyayang.....Dia nak buka mata kita seluruh warga supaya melihat peristiwa ini sebagai satu peringatan. Buat pedoman kita yang masih hidup......bahawa mati itu pasti.....tidak kira tua atau muda......kematian itu ada dan akan tiba bila2 masa. 

Sungguh beruntungan si bapa yang mendidik arwahyarham dan si ibu yang mengandungkan arwahyarham selama sembilan bulan. Sekurang-kurangnya Ahmad Ammar sudah menanti mereka dipintu syurga.....inshaAllah.

Mereka tidak menangis atas kepulangan arwahyarham Ahmad Ammar kepangkuan Tuhannya......malah mereka berasa berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh arwahyarham semasa hayatnya. Walaupun rasa sedih itu mencucuk ulu hati....mereka tetap tabah dan kuat diri. Mereka tidak seperti sesetengah ibu bapa yang lain, yang sanggup meratap tangis atas terkeluarnya anak dari rancangan realiti tv yang tidak memberi apa2 makna di sisi Ilahi. 

Sememangnya arwahyarham seorang insan yang teristimewa......Sesiapa yang membaca kisahnya juga merasa hiba. Yang tidak mengenali juga seakan jatuh hati dengan perjuangan dan peribadinya. Itu la arwaryarham Ahmad Ammar Ahmad Azam

Banyak pengajaran dan pedoman yang boleh kita kutip dari kisah perjalanan hidup arwahyarham Ahmad Ammar......keistimewaannya.....kebaikkannya......serta cita2nya........arwahyarham telah pun aman bersemadi di sana......giliran kita tak tahu lagi bila masanya akan tiba. Jadi, perlukah kita terus lupa.....alpa dan leka??? 

Meminjam kata2 Nurul Ashikin, "Sudah tiba masanya kita menjadikan kejadian ALLAH yang sebaik AHMAD AMMAR sebagai IKON dan IDOLA kita. AHMAD AMMAR adalah lambang anak muda yang menginfakkak dirinya berjuang ke jalan ALLAH. Dalam usia 20 tahun beliau telah berfikir sejauh orang dewasa yang berusia sekali ganda dirinya"

Ya benar......jarang sekali kita....terutamanya anak-anak melayu-islam nak menjadikan idola insan2 seperti arwahyarham Ahmad Ammar. Kebanyakkan kita lebih suka dan mudah menjadikan yang langho itu pegangan dan ikutan......nauzubillah.

Kepada sahabat2 sekalian......ekori la denai kehidupan yang dilalui oleh arwahyarham Ahmad Ammar......tuntasi la segala kebaikkannya yang ada.....kutip la segala pengajaran yang ada dari kisahnya.

Jika anda baca kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam dengan mata hati.....keistimewaan arwahyarham akan anda temui. Jika anda baca kisah arwahyarham dengan akal tuli, maka anda akan beranggapan kematian arwahyarham hanyalah manifestasi sebahagian dari kehidupan warga bumi.

Anda boleh baca lanjut kisah arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam di Al-fatihah: Ahmad Ammar Ahmad Azam dan Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Klik untuk juga untuk melihat video Ahmad Ammar dalam kenangan

Catatan terakhir arwahyarham Ahmad Ammar ketika dibumi Syam buat renungan kita bersama.



"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.

Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!
Semoga cita2 arwahyarham akan terlaksana....mudah-mudahan beliau ditempat dikalangan hamba2 Allah yang soleh dan solehah. Syurga buatnya.........InshaAllah.



Al-fatihah untuk arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam.

Al-fatihah.


kredit Photo: Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

SPBBS OH SPBBS

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tekanang!!

Gila...macam mana tak tekanan nyer......buat kerja tak pernah berabisan.....orang luar tengok aku macam best je.....macam senang jer.....macam sedap je......macam2 la yang comei depa rasa....tapi hakikatnya hanya aku dan mereka2 sewaktu dengannya sahaja yang tahu betapa tak bestnya apa yang dilalui tiga tahun muktahir ini. Hari2 kedepan tak tahu la macam mana dia punya seksa bekerjaya begini......Apa pun syukur.....Malaysia aman....

Orang lain maybe sedap2 dah bersenang lenang time jam 2 3 4 pagi gini....tapi aku rasa, aku dan sebahagian mereka yang seperti aku masih lagi berjaga.....masih lagi buat 'kerja gila'.....

Ntah la.....sebetulnya malas nak conteng pasal mende alah ni kat blog aku yang comel dan ohsem ini......takut ada yang tersalah fahaman......tapi, aku terpaksa juga bersuara......Aku harap entri 'mukadimah' aku berkenaan SPBBS ni dilihat dengan sweet oleh korang yang sudi membaca.....Provokasi??? oh tidak! Sebetulnya entri ini adalah lukisan jiwa aku.....juga 'jiwa' orang2 yang memahami aku.....

Dah banyak lama dah rasa buat 'kerja gila' ni....mana boleh tahan beb.....dah banyak juga suara dah berkumandang untuk memperbaiki kepincangan yang ada ini....namun, mereka disinggahsana masih lagi lena....masih lagi bersenang lenang dengan kepayahan orang2 marhean....

Aku tak tahu, mengapa dan kenapa.......sistem pendidikan sering menjadi bahan eksperimetasi mereka2 yang punya kuasa. Yang menjadi mangsa adalah guru dan anak bangsa kita. Jadi bahan eksperimen dan ujikaji pada dasar2 yang tidak pernah strong dan utuh hala tujunya..

Seringkali khalayak tertipu dengan 'angka' yang tertera......hakikatnya.....indah khabar dari rupa......Kejayaan palsu yang dicapai. Kelak kepalsuan itu boleh membianasakan bukan sahaja anak2 bangsa malahan ketamadunan bangsa itu juga.

Alahaiiiiiiiiiiiii.......panjang lebar pula aku merapu......ini yang aku malas sentuh pasal SPBBS ni, belum lagi aku sentuh program lain2......Ini sekadar 'mukadimah'.....jadi cukup kot untuk luahan rasa secebis cuma.



Masih lagi mengadap program SPBBS ni. Banyak kali duk masuk....tapi tetap juga macam siput sedut. Pakai internet berkapasiti F1 pun tetap server macam hampeh.....(@_@)



Aku tak tahu kat mana rasionalnya dan keuntungannya orang2 yang cerdik pandai kat singgahsana sana beli program ni dan bayar penyelenggaraan sistem ini dengan menggunakan beratus riban duit pembayar cukai sedangkan program natahapaapantah. Apa pun tak boleh!

Alamak......terpanjang lebar la pula aku membebel.....HaHaHa.....tak pasal2 nanti ada yang sentap. Ini baru 'mukadimah'......inshaAllah...akan ada episod2 seterusnya....HeHeHe.....entri yang macam gini pun ada dah yang tersentap....takpa.....orang bagi aku beskal, jadi aku kayuh pelan2......

Aku login kul 0154.......kul 0206 tak juga boleh masuk server SPBBS (cu korang tengok kat timer dalam gambar tu). Itu yang aku prints screen time tu. Sedangkan entri ni nak siap pun tetap juga keputusan dia sama...ERROR ....sahaja la tu nak kasi aku lebam (@_@) dan ketat jiwa.

Dah lama aku musykil.....pelik pun ada......Jika cikgu-cikgi buat kerja orang2 lembaga peperiksaan, orang2 lembaga peperiksaan buat apa pula yer???? HiHiHi....

Apa pun tak boleh- APTB

p/s: kepada yang nak cari pasangan hidupnya cikgu-cikgi elok la lupakan hasrat murni korang tu.....nanti tak pasal2 korang tidur malam berpelukkan bantal.....HaHaHa....apa kata cikgu-cikgi??


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Awasi keselamatan emel anda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Korang ada emel tak? Pernah tak korang terfikir tahap keselamatan emel korang tu? Korang jangan ingat muka buku sahaja 'mahkluk jiwa kacau' mampu hack, emel pun silap2 depa boleh hack juga.

Tadi masa nak cek emel....maik aihhhhh.....tensen yang amat......asyik tak approve je password yang aku masukkan.....tak tahu mengapa......lepas aku tanya incik yahoo, baru aku tahu sebab musabab kenapa aku tak boleh loading masuk kat emel yahoo aku.

Rupa2 nya ada tindakan subversif yang cuba nak porak perandakan emel aku tanpa aku sedar....Tapi nasib baik la incik yahoo ni smart, jadi dia awal2 dah blok aku punya emel dari terus digunakan oleh mereka2 yang tidak ohsem.


Penat juga la nak kasi settle masalah ni tadi......macam2 cengkadak yang perlu aku buat sebelum password baru aku tu ni yakini dan di approve oleh incik yahoo.

Antara sebab kemungkinan password dan emel aku diceroboh mengikut apa yang incik yahoo bagitahu tadi....

1- Kemungkinan aku lupa nak logout kemudahan pelayar yang telah aku guna.
Jadi, kepada korang semua sila la logout setiap kali korang sudah online. Hatta korang login kat laptop peribadi or hp sendiri. Jika berlaku kes kecurian atau kehilangan,  segala apa yang korang layari tu selamat dan tidak terdedah kepada manipulasi.

2- Aku banyak sangat guna emel tersebut untuk pendaftaran perkhidmatan online.
Sekarang ni, semua perkhidmatan online perlukan kita masukan alamat emel dan password untuk pengesahan bukan? Aku pun sebenarnya banyak guna emel ni untuk urusan online aku.....contohnya muka buku.....blogging.....sistem online kerja aku......dan banyak lagi la.......jadi, terdedahnya ia kepada manipulasi dan pencerobohan memang amat besar.

3- Aku menggunakan password yang sama terlalu lama dan tidak direnew.
Jadi, kebarangkalian untuk password aku terdedah kepada hackers amat tinggi. Sekurang2nya aku perlu menukar password sekerap yang mungkin. Tapi aku lupa nak ambik tahu 'sekerap yang mungkin' tu berapa kali dan dalam tempoh berapa lama (sikap kurang cakna aku memang terserlah) .....Tapi aku rasa elok sebulan sekali la kot....ke korang rasa macam mana??

Langkah berjaga-jaga.
Sebagai langkah berjaga-jaga aku telah pun menukar password aku kepada yang baru yakni manabolehkasitau.....HaHaHa.....Aku juga telah berikan no hp aku pada incik yahoo untuk langkah keselamatan. Jadi, lepas ni jika ada gerak geri mencurigakan dalam emel aku incik yahoo akan terus sms pada aku dan minta aku masukkan keyword yang dia hantar melalui hp untuk aku aktifkan emel. Selagi aku tak masukkan key tu selagi tu la 'makhluk jiwa kacau' tu tak boleh nak lepak2 senang lenang guna emel aku.

Well, kepada korang semua berhati2 la yer lepas ni.....elok la buat apa yang patut sebelum korang pun menerima nasib seperti aku. Buang masa baqq ang bila nak kasi settle semua benda ni.....law makan masa seminit dua takpe juga......ini tidak, sikit punya lama....sadis betul rasa.

Selamat mengambil ikhtibar buat semua.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 21 November 2013

Winamp bakal tutup operasinya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Khabarnya Winamp (pemain media) bakal menutupkan operasinya pada 20 Disember 2013. Bagi aku aplikasi winamp ni memang rare. Sejak aku memula kenal komputer.....aplikasi  winamp ini la yang aku guna untuk mendengar lagu. Sekarang ni kat dalam laptop aku pun aku masih menggunakan winamp untuk mendengar mp3. 

Bagi aku, memang banyak la kenangan dengan winamp ni........bayangkan la 16 tahun bersama kewujudannya. Sebelum aku kenal lain2 pemain media, winamp dulu aku kenal. 

Mengikut sumber, versi asalnya telah diperkenalkan kepada khalayak pada April 1997. Bermakna, hampir 16 tahun dah khalayak menggunakan service winamp ni. Kalau yang ada anak tu mungkin dah seusia anak dara dan anak teruna korang kan.....Lama juga tu 16 tahun....

Winamp juga melalui proses evolusi....bukan sahaja untuk kegunaan komputer semata tetapi juga untuk penggunaan telefon. Seingat aku telefon memula yang ada peranti winamp dalam service adalah telefon berjenama Nokia. Masa tu berebut khalayak beli telefon Nokia tu semata untuk dengar mp3. Sekarang ni, winamp telah maju selangkah kehadapan dengan menyediakan service untuk aplikasi android pula.

Khabarnya, lepas penutupan operasi nanti tak ada lagi aktiviti muat turun yang boleh dilakukan. Penggguna winamp yang telah sedia ada boleh saja menggunakan aplikasi tersebut namun tak ada lagi lepas ini aktiviti updates dan upgrade.


Kredit photo: Justin Sulvian/Getty Images

Adakah kehadiran pelbagai pemain media baru menyebabkan winamp menutup operasinya???  Untuk tahu lebih lanjut korang boleh baca di website Winamp (klik). Untuk download aplikasi Winamp ni korang boleh terjah SINI (klik) atau dekat SINI (klik).

Well, walaupun ada pelbagai peranti pemain media yang baru.... yang lama tidak akan sesekali dilupa. Betul tak???


Sumber: SINI
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Beratus pengguna bersesak atas jalan raya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Korang pernah terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas tak??? Semalam balik dari Kuantan menjemput my baby hampir tiga jam aku terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas dijalan yang sememangnya lenggang sebelum ni.......sentap jiwa rasa.....jarak tempat kejadian dengan rumah tak jauh mana pun, tak sampai 10 minit tekan pedal minyak dah boleh sampai.....tapi, atas sebab2 ketidakprihatinan sesetengah manusia yang fikir diri sendiri je maka terjadi la apa yang sepatutnya tak terjadi....

Kesesakkan kedua belah hala lalu lintas mencecah berkilo2 kilometriko meter......Yang tak sabar terpaksa berpatah balik dan lalu jalan alternatif yang kemungkinan lebih jauh berbanding jalan yang telah mereka lalu......bagi mereka2 yang sabar, tunggu la dalam kenderaan memasing......yang dah bosan sangat menunggu, turun isap rokok dan berborak sesama sendiri dengan rasa binggung......jalan jem tak bergerak......tapi tak tahu puncanya.....kegilaan apakah????

Hampir empat kilometer aku dengan sahabat menampak......nak tengok apa kejadian sebenarnya yang berlaku......sampaikan jalan jem dan kenderaan langsung tak bergerak walaupun seinci.....Setelah berpeluh dalam renyai hujan kami sampai ke pangkal punca segala kesesakkan......cissssssssss........rupa2nya mende alah dalam gambar kat bawah ni yang menjadi penyebabnya.....hampagas betul! Ingat kan apa bende la sampai tak bergerak langsung kenderaan atas jalan.


Terpaksa menggunakan iso yang tinggi untuk menampak subjek kerana keadaan yang sangat gelap dan pencahayaan hanya dari lampu2 kenderaan yang lalu lalang. Kalau ada sedikit noise tu sila abaikan (^_^)

Maklumat yang aku dapat, kren ni ditengah2 jalan sebab nak angkat sebuah lori yang telah mengalami kemalangan dan jatuh ke dalam gaung disebelah kiri. Lori tersebut dah berhari2 kat dalam gaung tu.....yang tak bestnya kenapa hari dan waktu sedemikian baru nak buat kerja?? Kenapa tak buat waktu siang??? Sedangkan laluan haiway Jerangau-Jabor tu terlalu sesak bila waktu malam kerana ia menjadi laluan lori2 yang besar gedabak......Kalau proses menaikkan lori yang jatuh ke dalam gaung tu dilakukan diwaktu siang tentu kesesakkan teruk tak berlaku sepertimana yang terjadi. Sebab jalan ni waktu siang memang lenggang yang amat....melainkan pada hari khamis dan sabtu......

Sahabat aku ada call pegawai polis di pondok polis yang berdekatan yang kami kenali untuk memaklumkan masalah ni.....dari apa yang pegawai tersebut maklumkan, memang dia dah bagitahu supaya proses menaikkan dilakukan pada waktu siang.....tapi ntah macam mana tuan punya kren tu tetap nak buat waktu malam.....tak pasal2 menyusahkan beratus2 pengguna jalan raya yang lain semata2 nak bereskan dia punya kerja.

Bersusun kenderaan atas jalan dengan ketatnya perasaan.
Hampir tiga jam menunggu akhirnya badan lori yang dah terjunam dalam gaung berhari2 tu dapat dinaikkan walaupun kepala lori masih tersembam dalam selut dibawah gaung. Satu lorong telah dibuka untuk melancarkan lalu lintas.....

Hanya satu lorong dibuka untuk lalu lintas sebelum proses menaikkan kepala lori diteruskan
Terima kasih kepada incik polis yang terpaksa membasahkan diri dalam renyai hujan semata2 untuk melicinkan perjalanan pengguna jalan raya yang ketat perasaannya. Kerana sikap orang yang tak mahu mendengar pendapat orang lain dan menganggap diri sahaja yang betul maka ramai yang menjadi mangsa keadaan termasuk la incik polis ini.




Masa aku dengan rakan aku bergerak menuju ke kenderaan kami yang berada lebih kurang dalam 4km tetiba sampai sebuah kereta bomba berserta krewnya dan sebuah ambulans. Maybe ada antara pengguna yang terperangkap dalam kesesakkan tersebut telah menghubungi bomba dan pihak hospital mengatakan ada kemalangan dasat telah berlaku pada waktu itu......Sedangkan maklumat yang sebenar, lori tersebut telah beberapa hari terjunam ke dalaum gaung. 

Lawak betul.......ini la bahananya bila maklumat yang sampai itu tidak tepat dan kita terus membuat keputusan tanpa pikir panjang. Tak pasal2 incik2 bomba dan incik2 ambulans datang makan angin semata2....HiHiHi...



Dalam kereta....kami hanya mampu gelak dan mengeleng-gelengkan kepala dengan kejadian yang baru kami tempuhi. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut sekurang2nya memberi kami peluang untuk menguji tahap kemampuan gear sensor penuh yang baru kami miliki.

Ternyata....banyak lagi yang kami perlu pelajari dengan gear sensor penuh tersebut walaupun 'kejadian' ini sedikit sebanyak memberi ilmu buat kami.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

My baby is back

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Comel kan baby ni????
Kredit photo: Lebai Google

Alhamdulillah.....setelah sekian lama aku pulang kan ia ke tempat asal ia dilahirkan akhirnya ia pulang kepangkuan aku kembali. Amat merindui aksi dan persembahannya.....tanpanya..... hidup aku seakan canggung.....bagai tiada ceria dan bahagia....

Kecuaian dan sikap tak berhati2 aku menjadi punca aku terpaksa berpisah dengannya buat sementara......walaupun sementara tapi bagi aku amat menyeksa kerana tanpanya aku tak mampu melakukan apa yang pernah aku lakukan bersamanya....

Perpisahan sementara dengannya adalah suratan, takdir Tuhan.....Dia nak tengok tahap kesabaranku.....Dia sekadar nak menguji aku.....mengambil sedikit nikmat dari aku......atas kealpaan dan kelekaan aku yang ada padaNYA......Husnuzon dengan segala perancanganNYA adalah terbaik untuk aku.

Semalam aku telah menjemputnya.......dan dia telah kembali kepangkuan aku. Aku harap selamanya ia akan bersama dengan aku dan tak mahu berpisah lagi. Jika berlaku juga perpisahan kelak, biar la untuk selamanya........Buat waktu ini, hanya ia yang teristimewa buat aku.

Oh my baby!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Canon 50mm



HaHaHa......korang memang mudah kena troll la.....aku sebenarnya nak cakap pasal lens yang ada dalam gambar ni je....yang korang baca penuh kusyuk lagi tawaduk tu pasai pa?? HeHehe.....apakah anda rakyat Malaysia (terutama meLAYU) spesis yang mudah kena troll??? Korang sendiri ada jawapannya.....

Alhamdulillah.....dah selamat kembali dia kepangkuan aku. Lepas ni boleh la shoot laju2 360km/j. Parah juga lens ni masa terlibat dengan 'excident' yang tak disengajakan ritu. Tak pasal2 melayang Ringgit Malaysia ratus-ratusan semalam untuk bil rawatan dia. Dah rezeki dia dan bukan rezeki aku.....Lepas ni kena lebih berhati2 dan belajar dari kesilapan lalu....

Apa keistimewaan lens 50mm ini untuk aku yang nubis dan juru photog pro yang lain??? Walaupun ia hanya sebuah lens 50mm tetapi ia adalah kanta yang hebat. Terutamanya bagi lens 50mm f/1.2.

Nak tahu apa kehebatan dan keistimewaannya, korang boleh baca SINI (klik). Sekurang-kurangnya lens 50mm ni ada tujuh (7) keistimewaan tika korang merakam gambar. Gambar yang korang rakam dengannya berserta sedikit kreativiti inshaAllah akan terhasil satu karya yang mantap....super lagi duper....HeHeHe

Kalau nak tahu, korang kena la baca yer.....korang klik jer link biru kat atas tu......malas aku nak karang pepanjang. Nanti kan ada lagi yang kena troll dengan aku. Naya je aku kena maki dalam hati korang nanti...HiHiHi.....

Terima kasih daun keladi la yer coz korang sudi baca sampai habis entri ni. Alang2 dah singgah tu apa kata korang skodeng la entri2 lain apa yang patut yang ada dalam blog aku yang konon2 ohsem dan awesome ni.

Harap korang tak serik untuk datang singgah lagi. Y(^__^)Y

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 20 November 2013

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #27

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 



Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotog yang tak seberapa dari Tukang Gambar nubis kubis tahap teletubbies ni.
Jazakallah fiikum.

kredit photo: Anata Nsg Pok Long
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Akhirnya kisah seram Villa Nabila terungkai!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

ha kan......aku dah cakap, tapi korang tak mau dengar.......tengok lagi cite seram banyak2 sape suruh. Kalau dah emaknya tabur garam bagai tapi takde effect apa bermakna takde apa2 la......tak pasal2 kena darah tinggi hantu2 kat Villa Nabila coz kena tabur garam....HaHaHa...

Lagipun dah tiga kali dia ke Villa Nabila tu......Apa nak heran....apa dia buat kat situ dia punya pasal la kot....mungkin semata-mata nak memasal dan cari pasal....HeHeHe...

Tapi kesian la kat orang JB, tak pasal2 bersengkang mata berjaga semata memeriahkan suasana kat depan villa tu.....yang si mangsa yang konon2 hilang tu pula best dan sedap je lepak kat rumah awek dia.....diulangi, best dan sedap je lepak rumah awek dia.....kesian pada pihak2 yang terlibat kan....?? Paling kesian kat mak bapak, macam mana la depa nak berhadapan dengan masyarakat......anak yang khabarnya hilang disorok hantu rupa2nya adalah hantu.....hantu punya anak!

Kami keluar untuk makan di sebuah restoran makanan segera dan duduk melepak di kaki bukit sebelum masuk ke masjid untuk bersolat. Kami kemudiannya bersurai dan mengikut destinasi masing-masing,katanya
Ooooo........cengitu......Adakah antu2 di villa Nabila yang beliau ziarahi sebelum itu telah membuat magik? Dikatakan hilang di Villa Nabila tapi akhirnya jumpa dirumah teman wanita.....Apa kata korang?? sangat2 comel kan magiknya......HaHaHa....Korang boleh baca cerita magik lagi seram ini dekat SINI (klik)

Kepada ibu bapa dan kita sebagai orang dewasa patutnya pantau la aktiviti anak2 kita...adik2 kita......apa mereka buat diluar, dengan siapa mereka berkawan.......jangan bila dah terhantuk baru pakat2 nak tergadah.....

Teringat pesan sifo, "jaga-jaga anak kita, jangan sampai jadi hamba"......fikir-fikirkan dan selamat beramal.....Sekarang dah masuk musim tengkujuh, jangan ada pula yang bakal jadi hantu air dah la yer.....jaga keselamatan walau dimana anda berada....HiHiHi



Tak pasal2 1Malaysia histeria dengan 'hantu-hantu' ni. Apa pun tak boleh!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.