Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 18 December 2012

Tiada yang bakal berubah jika diri tidak merubah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sabtu yang lalu abg long ada menghadiri satu event dekat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Nak story morry ari tu, tapi tetiba BEROKben abg long jadi sengal dan tolol. Ntah antu ape bikin rasuk sama dia. Maka terkontang-kanting la jiwa kudus abg long ni ha time tuh.

Disebabkan terpaksa mengambil masa berhari-hari lamanya maka malas la abg long nak ceghite panjang lebaq tahap lebam kepala kat sini. Lagipun, banyak juga la gambaq yang tak jadi dari yang menjadi. Hangin je satu abdomen dalam ni ha, angpa taw dak?. 

Abg long nak story sikit pasai seorang adik yang bernama Nur Najeehah Binti Mohd Dahan. Beliau merupakan penerima Anugerah Emas Kecemerlangan Pelajar 2012. Beliau mendapat straight A dalam PMR 2011. Dasat tu wei...ingat senang ke nak berjaya? Tanpa usaha dan doa pada Yang Esa usah bermimpi la di siang hari. 

Buat adik2 yang masih dibangku sekolah tu elok la baca kisah ni sampai khatam 14 juta kali...Supaya angpa boleh jadikan beliau sebagai role model dalam berstudy. Dari angpa dok melalut cari role model ntahapaapantah ada eloknya angpa tiru macam beliau. Terutamanya sikap berusaha tanpa jemu beliau serta tidak mengalah beliau pada takdir Allah. 

Untuk pengetahuan semua, adik Nur Najeehah Binti Mohd Dahan sejak kecil lagi tinggal dengan Nenek (Tok Wan) dan Datuk (Tok Ki) beliau. Tok Wan dan Tok Ki beliau hanyalah peneroka. Hidup beliau takdak la sesenang anak2 remaja lain. Walaupun dimanja oleh kedua Tok Wan dan Tok Ki, beliau tetap hidup berdikari. Kekurangan dan kesukaran hidup bagi beliau bukan la satu halangan jika tekad telah dipasakkan.

Beliau seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan cemerlang dalam pelajaran. Masa lapang beliau hanya bertemankan buku2. Di dalam kelas beliau akan menumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Menurut beliau, concentration serta kefahaman semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas itu penting agar senang apabila beliau ingin mengulangkaji sesuatu tajuk berkenaan di rumah.

Untuk memudahkan dan menguatkan ingatan terhadap apa yang diajar serta dipelajari, beliau akan membuat nota ringkas. Beliau juga banyak melakukan latih tubi. Disebabkan ketidakberadaan Tok Wan dan Tok Ki beliau, beliau tidak pergi ke mana-mana pusat tuisyen. Memadai dengan kelas tambahan di sekolah dan mengulangkaji dirumah.

Beliau juga senantiasa mengaji al-quran dan melakukan solah sunat hajat. Supaya ketajaman daya ingatan dapat dipertingkatkan dan segala urusan menuntut ilmu dipermudahkan oleh Tuhan.

Antara nilai tambah resepi kejayaan beliau adalah;

  • Menghormati orang tua
  • Menghormati dan menghargai guru
  • Menyayangi dan menghargai sahabat handai
  • Menghargai masa yang ada
  • Mengulangkaji setiap masa
  • Tidak malu bertanya guru dan rakan sekiranya tidak faham
Semoga adik Nur Najeehah binti Mohd Dahan akan terus mengecapi kejayaan di masa2 akan datang dalam hidupnya. Diharap beliau betah menjadi contoh terbaik buat teman seperjuangan beliau serta bagi adik2 semua. 

Well, dalam hidup ni hanya yang berusaha dan cekal sahaja yang mampu berjaya. Bagi yang malas dan mudah berputus asa pasti tidak akan ke mana. Demi secangkir kejayaan dan sepotong kebahagiaan, terlalu banyak pergorbanan yang perlu kita dipertaruhkan.

Sesungguhnya, tiada yang bakal berubah jika diri tidak merubahDia tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita yang mengubah nasib sendiri. 

Barakallah fiikum.



-Bersama Tok Ki yang banyak berjasa

-Bersama pengiktirafan ke atas usaha gigih dan kejayaan beliau

-Pose menarik dari penerima Anugerah Emas 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Baka

2 comments:

  1. wow!! tahniah sebab dapat anugerah emas.. ena teringin nak dapat tapi tak layak.. sangat tabah dan sabar orangnya.... betul tu, hanya diri kita sendiri dapat mengubah takdir dalam hidup kita... nak baik atau tidak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah tahniah adik. Betul kata abg long, kalau kita berusaha macam mana hebat pun tapi kalau kita lupa meminta pada Yang Satu itu kejayaan tetap tidak dimiliki.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.