Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 17 December 2012

SEGMEN | BLOG POPULAR 2012 PILIHAN BLOGGER BARU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....syukur pada Allah. Akhirannya abg long dapat bersiaran semula di blog yang konon2 ohsem ini. Dua tiga hari hanya sekadar dan termampu duk melopong depan laptop sambil tengok line BEROKben naik turun tak semegah mana. Kini, abg long boleh ucap selamat tinggal buat BEROKben....HaHaHa...(gelak jahat)

Bila dapat je bersiaran terus terjah blog . Lepas tu usya dan skodeng blog sahabat2. Rindu sangat ketat untuk terjah entri depa....HiHiHi...(gelak retis)

Secara sengaja abg long terbaca satu entri dari blog Hasrul Hassan berkenaan Segmen | Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru. Apa lagi, tanpa buang masa abg long buat la ini entri. Angpa tak kan nak baca dan tengok saja. Meh la join sama. Semarak kan ukhuwah sesama kita. 

Syarat dia senang ja. Just tepek banner kat bawah dan buat entri ringkas berkenaan tiga (3) Blog popular 2012 mengikut citarasa dan pilihan memasing punya selera. Tarikh expired segmen ni dilanjutkan ke tarikh 22 Dissember 2012Nak tau lanjut angpa boleh tekan2 tang banner kat bawah ni ha.


Antara tiga (3) blog popular pilihan pankreas abg long adalah seperti berikut. Keputusan ini adalah muktamad. Sebarang bantahan melalui emel, sms, mms, watsupp, surat menyurat dan panggilan telefon adalah tidak dilayan. Nak bantah juga sila tinggalkan diruangan komen bawah sinun.....Y(^_^)Y

______________________________________________

1- LYSSA FAIZUREEN


Abg long pilih blog dik non Lyssa Faizureen ni atas dasar dia kiut, blog dia comei dan entri yng dia duk conteng memang sweet. Abg long banyak belajar buat dan renovation blog abg long ni melalui tutorial yang dia duk ajar dan bertepek-tepek kat blog dia tu ha. 

Walaupun beliau kecik molek tapi jasa2 beliau untuk para blogger terutamanya newbies tahap kubis LIKE abg long ni amat la besaq gedabak.

2- DIGITAL MUKMIN PHOTOGRAHY


Disebabkan blog Digital Mukmin Photography ni la abg long jadi meroyan-meraban konon2 nak jadi photographer sekarang ni ha. Bila setiap kali tengok gambaq2 keindahan milik Allah SWT yang Ustaz Azhar Idrus duk snap hati abg long bisa menjadi lapang. Selapang pepadang yang merimbun dengan keindahan alam (ceeeewahhhh.....siap bermadah gitu...HiHiHi)

Dengan membaca Al-Quran membuat kita tenang, 
Dengan melihat ibu bapa membuat kita merasa sayang,
Dengan melihat keindahan alam membuat kita lapang.
3- PAK LONG DIN


Abg long selalu gak la lepak tang blog Pak Long Din lakinya Mak Long ni ha. Blog Pak Long Din ni nak kata blog politik full version pun tak juga. Dakwah islamiah pun duk ada dalam blog dia. 

Tapi abg long memang suka la baca blog dia. Pertamanya, Pok Long Din ni dia tulis dalam loghat utara (kedah kot) jadi boleh la abg long ang ni belajaq sikit2 gaya bahasa orang utara. Abg long ni nama ja asai utara tapi nak speaking utara memang meremang bulu roma. Maklum la kan, dah terbiasa makan budu dari sambal tempoyak.

2nd nya pula, best baca blog Pok Long Din ni sebab dia bukan blog politik yang merapu dan maki hamun tak tentu hala. Semua pihak Pok Long Din teguq jika salah dan tak betui. Bahasa kiasan dia pun mantop. Pok Long Din memang awesome. 

______________________________________________

Peerrrrhhhhhhhhhhh......siap sudah satu entri untuk hari ini. Terima kasih buat blogger Hasrul Hassan kerana sudi buat segmen. Bukan wang hadiah yang abg long kejar untuk entri dan segmen ini. Abg long just sekadar nak berkongsi ceghite serta meraikan sahabat2. Selebihnya abg long cuba mengerakkan serebrum kanan kiri abg long agar berfungsi dengan sedap dan lazat.....

Barakallah fiikum


p/s: Bro HH, rasanya pendek dan ringkas dah kot entri ni (mengikut kepala hotak ambe la) HiHiHi ^_^


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.