Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 31 December 2012

Malam mengawan telah tiba | Musim menetas bakal tiba

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mesti ramai dan bersepah manusia yang excited nak sambut ambang tahun baru 2013 nanti kan? Adakah angpa penyinggah dan pembaca tegar blog abg long juga bernaluri begitu? Terpulang la yer, memasing punya nafsu dan selera.....angpa suka makan ayam kentaki tak kan abg long nak paksa angpa melantak capati. Begitu la juga sebaliknya.

Tahun 2013 semakin mengamit kita, tahun 2012 pula akan pergi untuk selamanya. Diambang 2013 nanti pasti ramai yang bersuka ria menyambut kedatangannya, dengan pelbagai cara dan agenda.

Dan, berapa ramaikah malam nanti anak2 muda kita terutamanya si gadis yang akan hilang daranya......Berapa ramai juga anak tidak sah taraf bakal di lahirkan ke dunia.

Bermula detik ambang 2013 nanti sehingga ke sembilan bulan akan datang, pasti nanti bersepah cerita di dada akhbar dan media, bayi tak berdosa dibuang dan dibunuh kejam oleh setan bertopengkan manusia.

Saban tahun.....kisah yang sama akan berulang tayang. Oh Malaysiaku! Nauzubilllah



Jadi, buat semua penyinggah dan pembaca blog abg long, sama-sama la kita jaga diri kita.....pakat-pakat la jaga adik-adik kita dan anak-anak kita. Semoga perbuatan terkutuk lagi hina ini tidak terjadi dalam keluarga kita.
Tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti fatwa dari Dato' Seri Harussani, ulama muda Fathul Bari serta para mufti terhadap konsert-konsert sambutan Tahun Baru 2013 malam nanti.    [Admin-Diari Seorang Lelaki]
Abg long pelik, orang kita lebih ingat tahun baru masihi dari tahun baru Islam. Orang kita lebih kenal nama bulan masihi, tapi bulan Islam langsung kita tak ingati dan tak ketahui (bukan pembaca dan penyinggah blog abg long la, ni perangai orang lain yang duduk kat Amerika...HaHaHa...KahKahKah)

Abg long bukan anti hiburan. Cuma rimas dengan hiburan yang duk bersepah2. Tak cukup kat tv dan serata negeri, ambang tahun baru pun kita nak sambut lagi. Ada yang kata, zaman dah berubah.....Tapi perlu kita ingat, Al-quran dari dulu sampai sekarang kandungan dia tak pernah berubah. Jadi, sebelum bercakap tolong la pakai akai....Baru jiwa tak serabai.

Banyak lagi cara yang digazet oleh agama untuk kita meraikan kedatangan tahun baru masihi dengan sweet dan comei. Jika ada jalan bercahaya kenapa harus kita pilih jalan yang gelita untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Bersamalah kita saling ingat-mengingati dan nasihat-menasihati untuk kebaikkan.

Tahun Baru abg long Satu MUHARRAM bukan Satu JANUARI. Buku baru bagi abg long 15 SYAABAN bukan tanggal Satu JANUARI.

Angpa bagaimana? Setuju? Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat. Komen dan nasihat abg long jika apa yang abg long conteng ni tak betul dan sesat.

Jazakallah fiikum



Photo: Incik google punya
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Tak pernah sambut pun tahun baru, duduk depan tv je kita. Kuikui. Anyway, selamat kembali ke sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya solat hajat dan berdoa pd Allah. itu lagi cantik abg long rasa dari sambut dengan bunga api dan hiburan ntahapaapa....bukan anti hiburan tapi kena tgk juga baik buruk yang duk ada dgn cara sambutan lagu tu.

      kita hidup bukan nak tongkat langit

      Delete
  2. laaa manusia..ingatkan penyu tadi..huhu

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.