Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 29 December 2012

Apa dah jadi dengan KFC?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi, seusai berurusan dengan Klinik Mamad, abg long membawa diri bersama geng 3R ke KFC Kuala Berang untuk mententeramkan abdomen usus kecil dan usus besaq.

Nawaitu nak tapau je memandangkan masa dah semakin tua. Namun, atas saranan dan permintaan RQB untuk menterkedarah kat situ maka plan A bertukar menjadi plan Z.

Ground floor boleh dikatakan full house tadi. Memang keramaian mahkluk Tuhan yang keluaq cari ayam goreng tadi. Mungkin masing2 balas dendam sebab tiga empat hari tak boleh keluaq rumah disebabkan banjir yang melanda baru2 ini.

Macam biasa kami cari port baik punya untuk aktiviti melahap daging ayam uncle rambut uban. Tempat paling cool dah tentu la berdekatan dengan sinki.....sebab tu cool.....HaHaHa....Angpa ingat cool pasai pa? Aircond? dah tentu la cool kan.....

Macam biasa la kan, sebelum makan dah tentu la sos didahulukan, straw diutamakan....terkedek-kedek la abg long pi kat rak yang dihuni segala mak nenek kat atas tu. Usya punya usya....seekor sos pun takdak...hampagas dah time tuh...Dalam kotak pikir, "mana sos nih? dah makin rabun kah aku sekarang ni...adoiii". Abg long kecik kan kornea, kot-kot dengan berbuat demikian abg long akan dapat melihat dimanakah bersembunyinya sos2 yang sepatutnya ada atas rak itu. Namun, hampa tetap duk ada.

Tanpa membuang masa yang sememangnya dah sedikit terbuang abg long terjah kaunter. Abg long bertanya la pada staf yang ada depan mata, "dik, sos ada?". "wei, sos ada tak? mana sos? abg customer ni tanya sos?". Sekali dia tanya member dia daaaaaaaaaaa.....

"abg, sos takdak. abg pi amik ja sos yang duk ada atas meja len yang ada tuh". cadang dan saran staf tersebut pada abg long.

Abg long pusing melihat ke arah table meja yang ada. "Mak aih, tak kan aku nak pi amik tang meja orang. Depa kan tengah duk makan. Kacau betul". Monolog abg long pada diri tika itu.

Demi untuk menjaga adab, kesopanan, kesusilaan dan kesweetan abg long. Makanya abg long suruh ja staf KFC tersebut pi amik dan hantaq kat table abg long and the geng. Masa salah seorang staf KFC pi amik sos kat meja tersebut, abg long tengok customer kat table tuh terkebil2 je bijik mata dia. Dalam hati mesti dia cakap "ahhh...tak dapat aku nak menikmati sos lebih".

Tika staf tersebut mai table, abg long tanya, "hai dik, tak kan KFC besaq gedabak sos pun takdak dan nak kena share?". Taw apa dia jawab, "Maaf bang, costing". Kat pala hotak abg long, "Apakejadahnya KFC mengamalkan costing. Sejak bila pula amalan sebegini berlaku?"

Abg long usya tengok la kat semua table. Kira botol yang duk ada. Peeerrrhhh....ada tiga botol sahaja. Dua botol sos cili dan satu botol sos thai duk ada. Mengarut betul KFC Kuala Berang ni. Cu angpa bayangkan, full house ground flour hanya dibekalkan tiga botol sos. Nasib baik straw depa tak suruh kongsi monsi juga. *tepuk dahi*....Tiap kali makan customer pay gov tax six percent apa....Time tu tadi rasa cam nak berlari je ke kedai runcit sebelah beli botol sos....HiHiHi...


Dalam pala hotak, "Apa dah jadi dengan KFC?".
Abg long dulu pun penah kerja fast food gak. Setiap hari kira dan check stock. Dah taw stock dah tinggal seciput 'orang yang bertanggungjawab' kena order la dengan warehouse lebih sikit. Jangan la berkira sangat dengan customer. Berniaga la dengan sweet.


Muka tengah keketatan 
Muka ceria setelah atom2 yang bergerak secara rawak
dalam perut dapat di tenteramkan.
Kalau ikut CHAMPS memang gagal la outlet KFC Kuala Berang ni tadi. Costing pun costing la labuuuuuuuuuuuuu...!!

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. oh mak aih
    apa ker kedekutnya kfc cawangan tu?
    hahahaha
    sabo jer lah

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.