Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 20 December 2012

"Akhirnya....aku betul2 di kambing hitamkan"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Nak kata bodoh, cerdik.....Nak kata cerdik, bercakap macam orang hilang akai. Memang serabai la ini bhai.  Abg long pun tak tau antu mana yang dah rasuk bhai ni punya kepala, sampai buta mata hati yang duk ada. 


-foto kredit untuk beritasemasa.com
Tak salah nak menegur, tapi teguran dan fakta tu sila la berpijak dibumi nyata. Jangan kerana nak tunjuk lagak dan nak JUAL NAMA maka banyak hati yang terluka-terkeciwa. Orang lama kan selalu pesan kat kita, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Jangan sampai suatu masa, NAMA ntah ke ke mana......JAWATAN yang disandang sekarang hilang begitu saja.

Sekarang ni zaman orang bercakap pakai fakta, bukan bercakap pakai auta. Zaman tok nenek abg long dolu2 boleh la kalau nak cakap konar2. Tapi tidak di zaman iPhone 5, Galaxy Note II dan zaman orang dah pakai kamera pintar Samsung Pinger SCH-R351 HP yang boleh akses muka buku seusai berposing sana sini.

Bagi abg long la kan, tidak silap mana pun dengan apa yang KPM duk buat la ni. Zaman dah berubah, jadi sistem pendidikan pun kena la gak berubah. Dari tak berteknologi kena guna pakai la teknologi.Cuma, yang cangggung kat sini bilamana sesuatu perkara itu dibuat tanpa kajian menyeluruh dan semberono. Nak kejar Ringgit Malaysia dan nama....cacar merba la jadinya. 

Sistem aplikasi SPPBS online tu performance kena setanding dengan sistem facebook ker, twitter ker.....paling koman pun blog cap ayam macam blog abg long ni ha baru kerja tak tertangguh! Ini tak, siap abg long karang berentri-entri post kat blogspot.com pun masih juga running aplikasi SPPBS tu macam siput haram tengah mabuk selut. Bayangkan kalau 400,000 ribu lebih warga pendidik duk terjah masuk aplikasi tersebut, jem dia lebih teruk dari jem kat tol Gombak masa musim perayaan tau. Cu tengok facebook, satu dunia online senyum je dia punya run. Aplikasi SPPBS baru run dalam Malaysia je dah sumbat tahap longkang. Itu pun hanya warga pendidik yang terjah. Apa pun tak boleh aaaaiiissshhh! 


Tutup terus kan baguih mende alah ni....HaHaHa
Sampai entri ni abg long conteng keje abg long berkaitan dengan SPPBS ni tak juga settle2. Mengadap aplikasi SPPBS sampai jam tiga empat pagi.....silap2 boleh cecah fajar subuh,  itu pun belum tentu siap lagi. Kalau orang lain buat kerja lagu ni dah dikira OT. Kalau abg long pun dikira OT sama, mau kaya raya tahap tokey lebuh raya abg long duk ada.....HaHaHa..."Nasib ko la abg long, ko dapat naik keta toyota dan peluk kamera dslr pun syukur la apa adanya...." (ayat memujuk hati sendiri) 

Bukan abg long ni manja. Tapi, bila buat mende ni mungkin fokus kepada sesi pembelajaran nanti akan terganggu (sek bek sekarang ni cuti)...angpa nak anak angpa, adik angpa (sekiranya ada) tak belajar disebabkan masa abg long banyak diluangkan di luar kelas berbanding dalam kelas dek kerana nak selesaikan SPPB ni? Begitu? Abg long pun tak mau anak2 abg long NANTI dan adik serta sedara mara abg long terganggu pelajaran depa dek kerana cikgu depa duk sibuk buat mende alah SPPBS dan failing ntahapaapa nih.

Bila abg long teguq mula la kata abg long pembangkang. Tapi, bila abg long tak teguq mula depa kat atas sana buat kerja macam longkang. Sampai hari ni takleh nak akses. Akhirnya....aku betul2 di kambing hitamkan. Hampeh!

Sekali lagi abg long tegaskan, SPPBS tak salah cuma perancangannya tak efisien. Negara lain teknologi depa tip top, internet serata kawasan duk ada, siap running dia laju giler2. Malaysia? Banyak kemudahan tapi tahap suam2 kuku sahaja.


Jangan sampai vote ini diterjemahkan di kertas undi
Bila la ye dikalangan cikgu2 pula nak diangkat jadi YB yang jaga cikgu2?. Sesungguhnya, "hanya jauhari yang mengenal manikam"


Barakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Haha 100% menyokong kenyataan abang long. Satu dunia on9 facebook smooth je running dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fie pn paham kan keketatan yg melanda jiwa abg long dan rerakan seangkatan kita bila berurusan dgn mende alah ni....senak perasaan fie, tpi nak buat macam mana....redha dan rela apa adanya...

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.