AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 9 November 2012

Tom yam Cik Yam melatop

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seusai solat Jumaat tadi merempit ke kedai sat. Beli barang2 keperluan. Hari ni abg long kembali bertunggang-langgang kat dapur semula. Dah lama tak masuk dapur semenjak berlakunya tragedi itu tempohari. 

Tetiba hari ni perot terasa nak makan tom yam ayam. Sebab apa ya?

Tadi pagi singgah blog Bro HH, dia ada updates pasai satu blog masak-masak. Abg long apa lagi, try la skodeng, fuhhhhhhh.....memang mantap abis. Leleh ayaq liuq ni ha. Secara tidak sengaja entri bro HH telah membuka nafsu makan abg long yang konon-konon nak diet bagai ni....Maka, bermula la operasi masak-masak hari ini.

Abg long takdak la pandai sangat bab2 memasak ni. Kalau bab2 mentekedarah abg long memang super duper hebat....HaHaHa...

Jom pakat-pakat tengok abg long main masak-masak.
Bahan-bahannya:
1 leher, 1 kepak, 1 dada (semua ni ayam yang punya...HiHiHi)
2 batang serai
6 helai daun limau purut
10 biji cili api yang maha pedas (nak tau cili tu pedas atau tidak, angpa boleh gigit beliau sikit sebelum beli...HiHiHi)
5 batang ketiak jagung (ketiak sendiri tak aci tau)
1 biji cik tomato
2 keping asam gelugoq (nak bagi rasa kuah sedikit masam sebab lupa nak beli limau nipis tadi)
3 biji bawang merah (debik sampai separuh koma)
3 ulas bawang putih (debik sehingga separuh koma)
1 inci halia (debik sehingga separuh koma)
2 sudu cili giling (debik sehingga separuh koma)
1 sudu gula manis (ada ke gula tak manis? HaHaHa..)
1 sudu garam masin (garam manis tak mau tau...Nghehehe)
Sedikit serbuk Pak Aji Naik Motor
Sedikit sos tiram life

**Lupa nak beli carrot dengan bunga kobis tadi...aduhaiiiiiiiiii!
Nampak macam siot je bila tak cukup bahan.
HaHaHa....
Tak apa, creative itu penting.
Cara nak buat:
1. Panaskan periuk, lepas tu baru panaskan minyak.
2. Bila dah panas, tumiskan dua batang serai tadi sehingga menerawang bau dia menusuk lobang hidung. 



3. Lepas tu amik bawang putih-bawang merah-halia-cili-daun-limau purut yang telah di debik dengan seganaz hati tadi ke dalam periuk. Kendian, kacau depa supaya bersatu antara satu sama lain. Kacau mengikut arah jam. Kacau sehingga aroma best menusuk lobang hidung.



4. Kendian, amik dua sudu cili giling dan sos tiram life. Masukan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Sila gunakan nyalaan api yang sederhana. 


Wowwww.....berkabus dslr abg long
5. Bila dah menerawang dia punya aroma, masukan daging ayam yang telah dipotong kecil ke dalam periuk. Kacau sehingga best.




5. Masukan 5 mug ayaq ke dalam periuk sehingga melemaskan daging ayam tadi. Abg long guna mug ja. Nak sukat pakai selinder takdak....HiHiHi....Lepas masukan ayaq, semua ramuan dalam periuk itu dibiarkan sendirian sehingga menggelegak.

6. Bila dah mengelegak, masukan 2 keping limau purut, 2 keping asam gelugoq dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau mereka dengan penuh kasih sayang.

7. Kendian, masukan gula, garam dan Pak Aji Naik Motor tadi sesedap rasa.

8. Try test rasa dia. Bila rasa dia dah wowwwwwwwwwww....boleh la matikan api. Tuang Tom Yam Cik Yam tadi ke dalam mangkuk untuk di makan.


TOM YAM CIK YAM MELATOP
Tadaaaaaaaaaaaaa.....siap juga akhirannya.
HaHaHa....
Enak dan sedap belakang kira. Yang penting abg long dapat buktikan bahawa orang lelaki juga boleh memasak dan hebat macam orang pompuan masak. Silap haribulan orang lelaki lagi hebat memasak. Kenapa? Tak percaya? Cu angpa tengok kat kedai-kedai makan tom yam, restoran-restoran dan hotel-hotel terkemuka, spesis manakah tukang masak dia? LELAKI bukan? HeHeHe...

Tom Yam Cik Yam abg long ni mampu tahan 3 hari kot. Senang masak bebanyak, tak payah dah pikiaq masak pa lagi untuk tiga hari. Hari ni nasi dengan tom yam, esok bihun tom yam dan lusa mee tom yam....HiHiHi...

Kepada kamu si gadis.....kalau nak cari bakal suami cari la lelaki yang pandai masak sama, JANGAN cari suami yang pandai makan semata-mata. Aci dak??

Sekian sahaja edisi abg long main masak-masak untuk hari ini. 

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Perghhhh menitik air liur ku melihat gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fie baru tgk, blom cuba try test ag.
      law dah cuba try test mesti leleh air idung gak...HiHiHi

      Delete
  2. Replies
    1. boleh la setakat nak isi tekak sendirian berhad...hahaha

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.