AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 2 November 2012

Tiada saat yang lebih bahagia bila mana orang lain gembira kerana diri kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari jumaat yang mega mendung. Sesekali datang gerimis menyirami. Aktiviti pagi hari ini just merehatkan mata semata. Penat berblogging ke APDM dan SAPS hingga ke subuh hari betul2 menduga kudrat diri. 

Seusai solat Jumaat siang tadi, bersiap siaga untuk melakukan gerak kerja. Hari ni menghabiskan masa yang ada dengan melakukan bakti dan kebajikan. Aktiviti cat mengecat rumah orang tua berlangsung dengan best dan jayanya. 

1st time abg long melakukan aktiviti mengecat ni. Best juga dapat pengalaman seperti hari ini. Abg long ingatkan kerja sebagai tukang cat ni mudah, tetapi rupa2nya susah lagi payah. Lenguh juga tetangan ni duk menenyeh berus ke dinding. Kejang juga urat tengkuk ni duk mendonggak dalam masa yang lama. 

Kerja mengecat ni rupanya ada seni dia, bukan main redah aja. Pergerakkan tangan juga memainkan peranan utama. Jika silap tenyeh berus, cat  didinding boleh jadi tidak sekata. Maka huduh la ia dipandangan mata. Patut la upah untuk mengecat mahai sekarang, kerjaya mengecat bukan kerja senang.




Punya la abg long tekun buat kerja sampai abis cat penuh seluar dengan muka. Hah, tengok gambaq tu....Sempat lagi conteng dinding dengan perkataan I ♥ U.....Just untuk sahabat2 pembaca blog abg long yang dikasihi selalu.....HiHiHi....

Harap ada sinar gembira dan bahagia buat mereka dengan aktiviti mengecat yang tak seberapa ini. Seronok gila buat kerja ni. Esok sambung mengecat lagi. 

Teringat pesan orang2 lama, "Tiada saat yang lebih bahagia bila mana orang lain gembira kerana diri kita."

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Abg long cikgu ehhhh. hehe. Fie baru siap isi SAPS tapi nak daftar budak baru 2,3 orang nie tak sempat lagi. System asyik down je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la masalah sistem E yg goment bt skrg ni.
      server dia running pelahan mgalahkan siput haram.

      cikgu2 tpaksa bkerja smpai ke subuh.
      tpi org luaq x taw rutin sbenar cikgu2 spt Fie...betui dak Fie?

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.