Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 7 November 2012

Penjenayah dan penjenayahan di Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Tadi tertengok berita kat tv9. Laporan kes-kes jenayah yang berlaku dalam negara dalam satu hari. Antaranya kes geng tebuk yang telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Sebelum tu kes pembunuhan kejam keatas warga tua yang sedang solat sunat sementara menunggu masuk waktu subuh di dalam sebuah surau. 

Itu yang dilaporkan di media elektronik belum lagi campur yang dihebahkan oleh media cetak. Kenapa setiap hari ada sahaja laporan tentang kes jenayah? Teruk sangat ke perangai manusia kat negara kita sekarang?

Tadi, mengikut tukang baca berita tadi, Geng Tebuk ni dah lama dikehendaki pihak polis. Depa ni buat operasi kerja jahat depa di Kelantan , Terengganu, Selangor dan Melaka. Tapi bak kata orang lelama, "sepantai-pantai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Tupai spesis ni jatuh sebab beliau seorang spesis yang tak pandai melompat kot. Yang lain2 lompat ok je......HaHaHa...


Katanya Geng Tebuk ni terdiri dari warga Myanmar. Inilah keadaan penjenayah dan penjenayahan di Malaysia muktahir ini. Amboi3 depa ni....dah la mai negara kita, buat dajal pula kat kita. Macam tak segan silu masuk rumah orang buat kerja jahat. Inilah yang terjadi bila tiadanya kesungguhan untuk membenteras. Memang ada operasi, tetapi bak kata orang dulu-dulu la, "hangat-hangat taik ayam". Operasi bermusim, terutama bila dekat nak pilihan raya. 

Memang masalah jika komuniti pendatang (dengan izin tau tanpa izin) ni semakin ramai. Ia akan banyak mendatangkan kesusahan dan kesukaran kepada masyarakat setempat. Kalau kita perhatikan, kebanyakkan kes jenayah ni dilakukan oleh pendatang. Inilah yang kita bimbangkan bila semakin ramai pendatang yang masuk. Kes jenayah dah satu hal. Peluang pekerjaan warganegara juga depa rembat apa adanya. Melopong la orang kita dengan mulut ternganga.

Kenapa pendatang PATI ni takut nak masuk Singapore secara haram? Mengapa? Undang2 kita lemah ke? atau penguatkuasa kita mengalami sindrom 'tak apa' atau sindrom 'tip'?....Malaysia aman tetapi kurang selamat. Sesetengah tempat tu rasa nyilu dan gerun je nak melalui. ramai orang depa dari orang kita. Kekadang, bila berjalan terasa duk di negara depa ja. Cuak ja tengok depa ni. Sebab tu la abg long lebih suka lepak rumah ja. Sesak mata tengok geng2 depa duk bersidai tang mana-mana sahaja.

Elok rasanya kerajaan kaji semula undang2 PATI ni. Kekadang undang2 kita berkenaan PATI ni kelakaq yang amat. Mereka datang tak dijemput.......Jadi untuk apa kepulangan mereka kita nak angkut. Kerajaan kena la tegas dalam hal ni. Ada eloknya duit hantaq depa ni balik digunakan untuk kesenangan dan kestabilan rakyat sendiri di masa2 hadapan. Abg long rasa itu lagi comel.

Masyarakat juga perlu ubah sikap dan mental. Jangan beri muka sangat dengan depa. Kat dalam negara ni ramai lagi rakyat yang dahagakan kerja. Jangan kerana terkejarkan sedikit laba abis susah satu negara. Siapa nak tolong orang kita jika bukan kita.....Jadi, berpada-pada pendatang kita puja. Belajaq la apa yang duk ada depan mata.

Pendatang yang baik memang kita perlu raikan depa....sebab depa juga tunjang pembangunan negara. Namun, kemasukkan depa perlulah di kawal selia. Jangan terlalu memberi muka dengan depa.....Nantikan "kita beri betis, depa hendak paha.". Orang tua2 penah pesan. Kita je spesis tak berperasaan.

Malaysia aman tapi kurang selamat. Betul ka? Hmmmm......Angpa kan dah baligh. Angpa pikiaq la sendiri.

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. bukan main banyak lagi kes jenayah kat malaysia ni tp paper tetap laporkan yg malaysia sebuah negara yg selamat. selamat taik kucing. Hmm teringat lagi masa zaman saya budak2. bebas aja utk kuar bermain sekitar kawasan rumah. bdk2 skrg ni jd takut nak kuar umah. takut kena culik, kena rogol. hak bermain hak budak2. so cuma permainan video ajalah yg dorang leh main. hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol...lebih selamat duduk rumah ja.
      tapi penjenayah ni bukan kisah apa.
      silap2 dalam rumah kita pun depa mai.
      dah banyak berlaku kes sebegini.
      pendek kata, Malaysia aman tetapi kurang selamat.

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.