Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 5 November 2012

KPM kena keji dengan guru 1Malaysia?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 



Hari ni kat status muka buku (Kelab Guru Malaysia. Saya Suka Jadi Cikgu. Eg-tukar fan Club) penuh dengan keluhan dan luahan hati rerakan yang gagal dalam permohonan eg-tukar yang keputusannya keluar pada 04 November. Ramai la yang terkilan dan terkuciwa dengan keputusan yang ada. Ada juga yang berjaya, tapi tak ramai mana. Mungkin juga mereka tak mahu post rasa gumbira mereka itu kerana menghormati rerakan yang gagal dalam permohonan. Mungkin la kot...HiHiHi

Maka ramai la hari ni rerakan yang meluahkan perasaan. Ada juga yang caci maki kementerian. Abg long tak salahkan mereka. itu hak mereka untuk berkata-kata. Mungkin kita akan kata mereka ini emo tapi hakikatnya, kita tak duduk tempat mereka merasai kepayahan dan kesukaran yang mereka rasai. Yang mintak tukar tak dapat pindah, yang tak mohon pindah pun dapat pindah. Macam mana tuh? Ada juga yang mohon tempat lain dibuang ke tempat lain...lagi haru biru jadinya.

Masalah ini bukan baru sehari dua ini sahaja wujud. Dah berabad lamanya. Zaman manual guna kertas lagi isu dan permasalahn sering terjadi. tapi orang yang berkuasa dikerusi empuk disinggah sana tidak pernah berfikir macam nak mengatasi masalah tentang pertukaran guru ini. Perdana mentari dah bertukar banyak mana, menteri pelajaran dah berkali tukar.....pengarah juga banyak dah bertukar. Tapi masalah tetap ditakuk yang sama. Mekanisme pemilihan pertukaran juga tetap pincang sepanjang zaman.


Bila ramai PTD yg duk kat kementerian gini la jadi dia.....dulu, kini dan selamanya. Masa zaman abg long jadi anak murid sampai la abg long punya anak murid masalah yang satu ini tetap menjadi cerita klasik buat mereka2 yang berada dalam bidang keguruan ini.


Cukup la cikgu2 kecil ini bersabar dengan permainan tak berhati tali pusat kalian yang duduk kat kerusi empuk gb/pengetua, PPD, JPN dan kementerian....sudah cukup sudah....Jangan dianiaya lagi guru2 kecil ini.

Kepada mereka yang berkuasa, baik disekolah, PPD, JPN dan kementerian jangan menganiayai sesama insan. Mungkin hari ini hari guru2 kecil ini, hari kendian mungkin hari kalian. siapa tahu bukan?




Abg long turut bersimpati dengan rakan2 yang tak dapat bertukar. Abg long tahu sabar angpa senipis kulit bawang kini. Motivate kalian merundum. Nasib baik la minggu depan dah start cuti, boleh la memasing melayan hati sendiri. Gambaq2 tu hanya sebahagian yang sempat abg long printscreen tau....berlambak lagi duk ada

Kepada sahabat2 yang ketat perasaan dgn EG-TUKAR tu jangan la bersedih hati dan berduka lara. Sesungguhnya Allah swt nak menguji hambanya. Dia nak tengok keutuhan jiwa kita. dan, mungkin juga kita tak mampu lagi utk menikmati rasa gembira kerna kita adalah yg TERBAIK dan khidmat kita masih diperlukan ditempat lama. 

Walau apa yang terjadi dan bakal terjadi, percayalah pada Dia, setiap yang Dia beri ada hikmah yang tersembunyi. Jangan sesekali sahabat semua menidakkan perancangan Dia.

Kepada yang berjaya, abg long ucapkan taniah dan selamat bertugas tempat angpa mohon. Abg long juga masih belum boleh keluar dari ladang disebuah kawasan pedalaman ini. 


Barakallah fiikum


p/s: Setiap perancangan Dia ada hikmah yg tersembunyi. Jadi, jom pakat2 gali.

Sabaq.....sesungguhnya sabaq itu cantik.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.