Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 28 November 2012

Wordless Wednesday #5

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


::Menjejak Impian::


-Klik gambaq macam besa la na...HiHiHi..


Jom layan lagu tema filem gila2 remaja 'Memburu Impian' serangkap......

ku jejak jalan yang berliku....
membara jiwaku memburu impian.....
ku redah, lautan gelora......
biarpun tersadai dihujung dunia....
Nak lagi feel angpa buka youtube and then angpa nyanyi sendiri.....HaHaHa...Abg long tak boleh nak habiskan, nanti jahanam lagu ni dikerjakan abg long.

Besa blogger taruk gambaq ja tanpa contengan untuk entri WW. Tapi kali ni abg long nak sedikit buang tabiat......KahKahKah....Angpa layan ja la na....You are my friends!

Awat ::Menjejak Impian::? Eh...eh....suka suki pankreas abg long la.....HiHiHi...

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 27 November 2012

Merendet di KB

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aktiviti photoshoot hari ni terpaksa hold dulu atas sebab2 cuaca tidak mengizinkan. Gambaq2 yang ambik sebelum ni pun banyak lagi yang tak dimurnikan lagi. Penat sangat2. 


Rasa bosan yang teramat sangat hari ni. Tak tahu nak buat apa. Last2 lepas mandi tadi pagi bersiap kacak kan diri. Niat cuma satu, nak hilangkan kebosanan. Tanpa melengah masa dan  mengetatkan jiwa sambar anak kunci kereta terus merempit ke KB. Tanpa haluan.....tanpa tujuan....Keluar tengok ragam kepelbagaian manusia yang tengah melakonkan watak memasing (termasuk la abg long ang ni...HiHiHi).

Bosan juga ye keluar merendet sesorang ni? Angpa pernah tak rasa bosan bila keluar merendet sesorang? Macam tak best je rasa dia kan?.....Sepanjang masa duk bermonolong dalaman...HaHaHa...

Seusai menundukkan diri pada Rabuljalil, perut ni mula rasa bergangnam style. Tak tahu nak melepak tang mana.....bukan best pun nak lepak makan sesorang ni. Rasa macam kera duku duk bawah tudung saji belah rotan je rasa dia. Tidak best langsung. Tapi, demi perut tercinta, terpaksa la menampak ke Secret Recipe. Long ranggers pun long ranggers la....Janji seisi perut ni dapat ditenteramkan. Nantikan tak pasai-pasai kena gastrik tahap dewataraya maha kronik. Sesungguhnya perasaa lonely ini tidak best untuk hidup yang ceria.....


Ingat lepak SR best. Ye la kan, ada wifi lagi....kurang2 boleh la hilang rasa bosan yang bersarang sambil menikmati menu yang terhidang. Tapi hampeh.....menambahkan lagi ni tempereture kebosanan ada. Pakai TM Wifi tapi running mengalahkan siput sedut. Nak upload gambaq sekeping bukan makan masa minit tapi jam....Ntahapaapantah internet yang depa ni guna.....ketat jiwa sudaaaaaaaaaaaaa......


Ok la, abg long gerak dulu. Nak usya BEROKben yang ada terjual kat kios2 dalam KB Mall ni. Hidup tanpa internet bagi blogger cabuk macam abg long ni ibarat hidup tanpa cinta....HaHaHa.....kan dah tercipta satu peribahasa baru....Ni semua mat gian punya pasal la, stremyx kat rumah langsung tak boleh pakai. Habis kabel depa belasah. Takdak kesedaran sivik punya mat gian....Gggggrrrrr!!!

Abg long gerak dulu. Nanti abg long upload gambaq2 best untuk tatapan konea angpa. Abg long kena gerak sepantas gaban dari KB Mall ni, petang sat lagi dalam jam 6 petang waktu Malaysia ada perjumpaan dengan sahabat2 photographer. Petang ni abg long nak berasimilasi dengan buah hati yang baru abg long beli. 

Terima kasih kat angpa semua yang tak segan silu buang masa terjah dan singgah baca blog abg long ni ha. Terima kasih banyak2 la na. Tanpa angpa siapalah abg long angpa yang tak kacak ni.....HaHaHa....

Jumpa lagi di lain siaran. 

Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 25 November 2012

::LUKISAN ALAM::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hai si kacak dan si cantik Dengan membaca Al-Quran membuat kita tenang, Dengan melihat ibu bapa membuat kita merasa sayang, Dengan melihat keindahan alam membuat kita lapang. 




- Klik gambaq untuk sudut pandangan yang maha best



Barakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Outing Kuala Besut, Terengganu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


- klik gambaq untuk tumbesaran


Melihat keindahan ciptaan Dia hati bisa jadi tenang. Betapa besarnya nikmat Allah SWT buat kita hambanya.

Ternyata, kita bukanlah sehebat mana kerana apa yang kita punya adalah pinjaman dari Dia semata. Cukup masa Dia akan mengambil dari kita semula.

Berfikir sejenak tentang kebesaran Allah SWT itu lebih baik dari melakukan ibadah beribu tahun tetapi tidak sedar akan kekuasaanNYA.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Berbicaralah dengan alam kerana kelak kita akan tahu dan sedar akan kekuasaan Tuhan pencipta segala keindahan.

Sesungguhnya, dari Dia kita datang....kepada Dia kita pulang.

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 24 November 2012

SEPI TANPA CINTA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


::Akan Ku Tunggu Diri Mu Walau Lelas Hati Ku::



- Sila klik gambaq untuk tumbesaran. Macam bese la yer...HiHiHi!



NotaDiari:
Buat semua penjengguk blog abg long, mohon maaf berkoyan-koyan sebab tak sempat nak mengupdate blog dengan entri terkini daan ternow. Sekarang ni abg long tengah bercuti sakan tahap gaban.

Balik kampung tak boleh nak updates blog sangat. Kalau angpa pernah baca entri ini, angpa akan tau sebab apa. Lagipun sekarang ni abg long selalu outing ke segenap pelosok alam. Salah satu tempat yang abg long jejaki seperti gambar di atas.

Lokasi gambaq ni meninggalkan seribu satu kisah buat abg long. Jadi, abg long bawa kan khas buat angpa semua.

InsyaAllah, andai diberikan kesempatan dan kesihatan oleh Allah SWT abg long akan kembali bersiaran lagi kat blog ini.

Terima kasih buat angpa semua yang sudi bertandang datang ke blog abg long ni. Rajin2 la tinggalkan jejak angpa semua. InsyaAllah, ukhuwah kita akan berkekalan sehingga penghujung jalan kehidupan.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usia serta hidup kita semua. InsyaAllah... amin.

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 12 November 2012

Gambar Perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mee Choo digodam?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Manusia ni, bila dah bijaksana dan bijaksini apa pun boleh jadi. Kekadang, apa yang dia buat tak sempat pun orang lain nak pikiaq. Kalau dah nama genius memang tak ke mana.

Tapi, itu bagi yang genius la. Bagi yang spesis tak suka akan 'sesuatu' pula dia akan mentiadakan apa yang dia tak suka itu agar tidak dilihat pandangan mata. Nak cakap apa untuk golongan sebegini? 

Tadi buka muka buku, ada member tag satu gambaq perkahwinan Dato' Lee Chong Wei dan pasangannya Wong Mee Chow. Beliau tanya abg long, yang mana satu real dan mengapa gambaq tersebut diedit. Sahabat tu ingat abg long ni masta kot dalam ekologi photography.

Abg long jawab dengan dua jawapan. 1st, sebab pengedit ni spesis makhluk yang genius maka gambar tu diedit sedemikian rupa. 2nd nya, sebab si pengedit tersebut memang tak suka 'sesuatu' yang terdapat dalam gambaq tu. Mungkin la kot...Itu mengikut kepala hotak abg long la.

Apa pun, yang terjadi itu ada sebab dan akibatnya. Angpa pula rasa lagumana setelah tengok gambaq kat bawah ni? Angpa rasa yang mana satu bukan edit?



Manusia sekarang ni macam-macam.....macam-macam juga la keberhalisan dalam hidup ini. Angpa paham dak ayat abg long ni? HiHiHi....Saja nak kasi angpa pening di hari Isnin ni. Masuk kerja terus terjah blog abg long sapa suruh. Len kali buat la solat sunat dhuha dulu....baru comel....HaHaHa....Jangan la ketat-ketat....You are my freinds!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Anne Ngasri | Rahsia bukan lagi rahsia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semalam banyak juga la blogger yang post entri berkenaan pelakon Anne Ngasri yang dah bertunang dengan someone yang dikatakan seorang ahli politik.

Apa yang abg long baca kebanyakkan blogger mengambil statment Anne yang mengatakan beliau ingin merahsiakan dahulu siapa tunangan beliau untuk menjaga hati banyak pihak dan tidak mahu menimbulkan fitnah. Abg long memang setuju sangat dengan kenyataan beliau tu. Lagi pun, baru bertunang kan. Jadi tak elok nak dihebahkan satu planet bumi ni kan? Kalau dah nikah tu lain la cerita dia. Betul dak?

Pagi ni masa baca akhbar Kosmo Online, rahsia bukan lagi rahsiaWalaupun keluarga Anne Ngasri seakan cuba sembunyikan identiti tunang beliau, kehadiran jejaka misteri itu di majlis yang berlangsung tidak membantu dalam misi mereka. Terkantoi sudah....HiHiHi...

Wartawan Kosmo dengan Geng Roti Kaya betui-betul kacau stim ja. Baru je Anne Ngasri dengan tunang beliau nak menghayati lagu Dato Siti 'Biarlah Rahsia' depa dah buka rahsia. Apa boleh buatkan? Maklumat kat hujung jari....jadi, Anne Ngasri dan Si dia kena la terima dengan tabah hati....HeHeHe...

Antara kenyataan Anne Ngasri kepada wartawan ketika ditanya berkenaan kerahsiaan tunang beliau angpa bole baca kat SINI

Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.


❝...Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media..❞ ujar beliau ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarga beliau di Taman Batu Permai.

Gambar dimajlis pertunangan Anne Ngasri serta tunangan beliau.






|

|

|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Abg long sejak dari kecik memang suka tengok lakonan Anne ni. Beliau memang pelakon berbakat. Sekarang ni dah semakin kurang pula beliau berlakon. Mungkin sibuk menguruskan anak-anak.

Abg long doakan semoga beliau hidup bahagia dengan pilihan tersebut sehingga hujung nyawa. Amin.

Sumber: Murai - Roti - Kosmo
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

8 makanan kesihatan baik untuk Si Kacak


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kaum lelaki ni kalau dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Bak kata bidalan orang melayu lama, "tolak batu dengan kayu, yang lain semua depa mentekedarah." Sebab tu la kot kita akan tengok banyak kaum lelaki kat bumi Malaysia ni sihat walafiat dengan perutnya maju ke hadapan.....HaHaHa....Melantak punya la banyak tapi kalau bab bersenam bukan main malas. memang tak boleh blah!

Sebetuinya banyak makanan kesihatan untuk kaum lelaki ni. Cuma terpulang pada kita sama ada nak ambil ia sebagai diet dan amalkannya atau tidak. 

Berikut merupakan antara makanan kegemaran Rasululah SAW. Sesuai untuk dijadikan panduan dan pedoman kepada semua Si Kacak dalam membuat pilihan makanan. 

1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan). Abg long kalau pi kedai suka juga order barli panas. Memang best. Tapi kalau nak lagi best, boleh cuba try test barli limau panas. Bagi yang suka minuman sejk boleh je order ais. Tapi perlu ingat, ais tak elok untuk kesihatan. Kalau nak hitung khasiat barli ni memang banyak. 

2. Buah delima
Baik untuk kecergasan otak dan mengukuhkan daya ingatan. Juga merupakan makanan kegemaran Rasululllah SAW. 


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
3. Buah Tin
Manfaat buah tin ini sangat banyak untuk kesihatan kerana di dalamnya terkandung berbagai nutrisi dan gizi yang baik untuk kesihatan.


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah.


“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad

Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. Anggur yang mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

6. Madu
Dikatakan makanan segala makanan. Minuman segala minuman. Ubat segala ubat.


Rasulullaah SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
7. Susu
Baik untuk membuang panas badan. Ianya juga dapat menguatkan bahagian belakang badan serta memperbaiki otak dan pandangan mata.

8. Air
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
well...welll...well.....kesemua senarai makanan ni bukan sahaja untuk diamalkan oleh Si Kacak semata tetapi ia juga boleh diamalkan pengambilannya oleh Si Cantik.

Kita tahu apa yang Rasulullah SAW suka itulah yang terbaik. Tapi kita ja buat-buat tak tahu dan tak mahu ambil peduli.



Wallahualam

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Giler Kentang!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Angpa suka makan kentang goreng dak? Tentu la angpa suka kan. Asal masuk kfc dan mcD ja dah terhidang depan mata set menu yang ada kentang goreng. Betui dak? 

Tapi angpa tau dak yang kentang goreng yang enak dan best kita kita duk makan tu adalah agen silent killer? 

Kentang goreng yang kita duk selalu makan dengan sos ni rupanya mengandungi akrilamida, iaitu sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan risiko kanser kerana proses mengorengnya dilakukan di dalam minyak yang telah digunakan berkali-kali. 

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Reading Universiti, United Kingdom mendapati  akrilamida ini ditemui dalam kentang yang biasanya telah dikeringkan kemudian dibekukan sebagai langkah proses pengawetan dan kemudiannya digoreng sebelum boleh dimakan.

Akrilamida merupakan karsinogen yang biasanya terdapat di dalam pelbagai makanan yang telah dipanggang atau digoreng pada suhu lebih dari 12 darjah celsius. 

Kadar  Akrilamida dapat dikawal jika kentang yang dimasak dengan warna keemasan yang ringan dan tidak keterlaluan. Oleh sebab itu la kita perlu mengikut arahan memasak setiap produk makanan terutamanya makanan segera. Ini tidak, aci lapaq ja kita masak sesuka suki hati dan makan sesuka suki perut sendiri. Bila dah dapat penyakit baru nak menyesal.

Jangan biarkan diri angpa menjadi mangsa serangan kanser payudara, kanser endomentrium dan kanser rahim (bukan Rahim bin Maroof taw)Jadi, kurangkanlah pengambilan makanan segera seperti kentang goreng ini jika angpa sayangkan nyawa. 

Kat Malaysia ni berlambak makanan yang berkhasiat untuk dimakan. Mengapa perlu makan makanan yang berisiko kan? Mulai hari ni abg long akan cuba untuk menghindarkan diri dari digoda oleh makanan seperti ini. Rasa-rasa boleh ke? HuHuHu......

Nasib baik abg long suka makan ulam-ulaman dan sayuran menghijau gak. Boleh cover kot? HaHaHa....Ada hati lagi tu nak belasah kentang goreng. Memang giler kentang!


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Best ke jadi 'anak ikan'?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


- Gambaq hiasan dari lebai google
Manusia sekarang ni semakin bertambah maju semakin pelik fiil perangai dia. Sehari dua ni sibuk dalam akhbar utama duk bercerita perihal 'anak ikan'. Best ke jadi 'anak ikan'? Anak ikan emas ke anak ikan jaws erk? Kalau anak ikan buntal mesti huduh kan? HaHaHa...

Angpa tak tau ke apa yang dimaksudkan dengan 'anak ikan'?. Anak ikan ni maksud dia lelaki simpanan. Laki-laki muda yang dibela oleh wanita tua yang gersang tahap sawah kontang. Atau dengan nama glamournya sugar mummy. Apa, angpa ingat sugar dady ja wujud? Sugar mummy pun duk ada berlambak. Kalau sugar prai RM2.70 tu orang dah tak ambik pot sangat dah. Lantak dia la nak naik pun, nak harap dia turun tidak. Dia mahai pun berlambak gak rakyat Malaysia ni obesiti dan kena diabetes.....Opssssss, melencong pulak dah....HiHiHi..

Biasanya 'anak ikan' ni di bela oleh 'mak ikan' untuk mengisi kesepian dan seks semata-mata. Bukan seekor depa bela tapi berkoyan-koyan yang duk ada. Makanan untuk 'anak ikan' ini dah tentu la kemewahan duniawi. Dah tak takut azab Tuhan dah depa ni. Yang penting bagi depa....keNIKMATan didahulukan, kePUASan diutamakan.....HuHuHu....

Jadi 'anak ikan' ni katanya boleh mewah harta dunia. Tapi, harta akhirat menimbun dengan dosa.....Apa boleh buat, bagi mereka mungkin hidup ini hanya sekali sahaja. Jadi pulun la depa duk bergelumang dengan syurga dunia.

Yang jadi 'mak ikan' ni pun bukan calang orang. Ada doktor, ada lawyer, ada mak datin....pendek kata, macam-macam la ada.

Tapi, bila dah terkantoi dan dah dapat penyakit baru nak menyesal. Bak kata pepatah orang lama-lama, "bila dah terhantuk baru nak mengadah". Masa duk syok buat tak  hingat apa dah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kendian padan muka ang...HaHaHa.....

Dari duk bela 'anak ikan' yang berkepala hitam ada baik bela kambing lembu sekandang. Dapat juga tambah income. Betul tak?

Abg long memang suka tengok ikan duk berenang dalam akuarium. Jiwa boleh jadi tenang bila tengok depa duk berenang. Tapi nak bela memang abg long tak akan. Sebabnya? Ayaq dia kan kena selalu tukar dan akuarium kena selalu bersih. Memang kerja leceh.


Pergi ke pasar melawa sakan
Hendak dicari ikan haruan
Kalau hidup terasa kesepian
Dekatkanlah diri dengan Tuhan

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 11 November 2012

Hei, Si Cantik! Nak Tahu cara pikat Si Kacak tak?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Di zaman manusia siang malam bertemankan blogspot.com istilah perigi cari timba bukan perkara yang pelik bin ajaib atau malu-malu meow untuk dilakukan. Tak salah pun untuk wanita memikat lelaki. Tak ada dalam nas pun yang mengatakan berdosa besaq bagi wanita yang memikat lelaki. Cuma, hukum alam sahaja yang menidakkannya lantaran wanita itu sifatnya lemah lembut dan sopan-santun. 

Jadi, tak salah sikit pun wanita zaman Muka Buku dan zaman wujudnya blog sekarang ni nak mencari dan memilih lelaki yang terbaik dalam hidupnya. Lagipun kan, semakin lama populasi lelaki menjadi limited edition berbanding wanita. Situasi 'limited edition' ini sudah menjadi rahsia umum dan memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tinggal lagi, bagaimanakah Si Cantik nak mendapatkan Si Kacak yang awesome yang didambakan. 

Sebetuinya ramai kaum hawa diluar sana terlepas pandang banyak perkara penting atau ambil mudah untuk memikat lelaki. Tapi jangan risau, ni abg long ada tips dia bagaimana nak tackle atau memikat Si Kacak. Supaya angpa Si Cantik tak berputih mata dan terlepas dari menjadi mangsa sumpahan adartu yang boleh mengetatkan jiwa....HaHaHa....

Antara perkara yang perlu angpa Si Cantik take note dalam memikat Si Kacak ialah;

1. Paras dan tubuh badan yang cantik
Anda tanyalah mana-mana lelaki majoriti dari mereka pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan lagi mantop bak kata Shamsul Ghau-ghau. Cara memikat lelaki ni cukup berkesan. Well....well....well....pasti ada segelintir yang tidak berapa ada sifat ini akan berasa sedikit kecewa. Nanti dulu, jangan mudah gelabah.....angpa perlu bersikap positif dalam hidup. 

Cantik tu kan subjektif. Ada kata Si Melah tu lawa, ada yang kata Si Milah lagi lawa. Ada pula yang kata Si Melah dan Si Milah ni tak lawa dan tak mantop pun. Yang paling mantop janda RCW ja. Siapakah dia janda RCW? HiHiHi.....cu angpa teka siapakah dia. 

Jadi, angpa toksah la nak sendu-sedan. Setiap kaum adam punya ukurannya yang tersendiri. Apa yang boleh angpa buat adalah jaga kulit wajah dari sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup. Sekiranya angpa mempunyai tubuh badan yang sedikit besar angpa WAJIB bersenam dan ikut diet yang betul supaya tubuh badan angpa ada Ummphh!
2. Bersifat jujur dan berterus-terang.
Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah bila ditipu dan 'dikencing' (macam la orang lelaki ni semuanya jujur kan? HaHaHa...). Cara memikat Si Kacak yang awesome ialah angpa perlu bersifat jujur dan jangan angpa cuba-cuba untuk menipu tanpa sebab yang munasabah atau saja-saja suka suki hati nak kenakan itu lelaki. Orang lama-lama pernah berpesan, “Berkata benarlah walaupun pahit untuk diterima.” Pegang konsep tersebut okey. Jika ada masalah anda harus berbincang dengan baik dengannya. Pasti dia akan faham. InsyaAllah.
3. Jangan bandingkan Si Dia dengan lelaki-lelaki kamu yang lain.
Kalau angpa nak memikat lelaki dengan serius giler dot com ada eloknya angpa jangan duk bandingkan dia dengan lelaki-lelaki lain yang angpa kenali atau lebih teruk angpa bandingkan dia dengan ex-boyfriend angpa. Giler meroyan apa perlu angpa buat lagu tu? Perbuatan sedemikian memang bodoh piang nak mampus gali kubo sendiri namanya. Abg long aci potong 'tutttttttttt' yang angpa akan gagal kalau buat mende bodoh lagu tu. Angpa seharusnya menerima kekurangan yang ada pada Si Kacak yang angpa minati itu seadanya. Nobody Perfect..betul tak?? Ala....angpa pun bukan sempurna mana gak pun.....HiHiHi....
4. Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki.
Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu 'hyperactive' sila la berubah sedikit demi sedikit. Lelaki memang suka wanita atau gadis yang Manjakani tetapi cukup menyampah dengan perempuan yang gedik dot com. Cara memikat lelaki yang efektif adalah dengan menunjukkan sikap matang angpa dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Pada mata lelaki wanita sebegitu nampak bijaksana dan bijaksini serta mampu untuk berkongsi apa sahaja (maksud kongsi apa saja ni ialah perkara2 yang tidak melanggar hukum syarak. Nak kongsi lebih-lebih kena la nikah dulu ya......HaHaHa...).

Si Kacak yang awesome ni dia memang suka jika angpa Si Cantik ada sifat-sifat keibuan. Ye la kan, nanti angpa gak nak jadi ibu dan nenek untuk anak serta cucu-cucunya. Jadi, tanam dalam diri angpa untuk menjadi Si Cantik yang menyayangi binatang......HeHeHe!

Angpa juga perlu la mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara untuk memastikan angpa kelihatan anggun dan jelita. Angpa tak tahu apa itu prinsip ke-5 rukun negara? Jika tak tahu, Ada comelnya angpa masuk sekolah mengaji semula.....KahKahKah!
5. Bersifat sederhana dalam sebarang perkara.
Bersederhanalah dalam hidup angpa. Sederhana merupakan radar yang paling optimum dalam sebarang perkara. Sebab tu lelaki sangat suka pada wanita yang sederhana. Dari segi penampilan, cara anda berkomunikasi, cara bersederhana dalam berbelanja merupakan kunci memikat Si Kacak yang awesome.

Kalau angpa Si Cantik yang punyai kelulusan pendidikan tinggi mahupun jawatan yang maha tinggi bak menara jam kat arab saudi jangan pula angpa nak menunjuk-nunjuk status elit angpa tu kat dia. Sweet dan comel jika angpa lebih merendah diri dari meninggi diri.
Abg long harap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu angpa Si Cantik untuk mendapat cinta Si Kacak yang menjadi dambaan hati.

Selain mengamalkan tips ini, abg long juga suka jika angpa Si Cantik bersolat sunat tahajjud dan sunat istikarah memohon padaNYA dalam urusan jodoh ini.

Barakallah fiikum


Sumber: Diubahsuai dari Cara Memikat Wanita Dot Blogspot Dot Com

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.