AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 9 October 2012

Tamak Haloba. Itukah sikap kita?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ni lewat sikit dapat update blog. Tadi siang, dari pagi bawa ke petang attend kursus KSSR Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk next year (insan terpilih je yang dihalau pi kursus ni....Huuuwaaaaaakakaka). Apakah itu KSSR? Nak tau, angpa boleh klik SINI untuk info lanjut. Bukan abg long taknak tepek kat sini habaq kat angpa. Cuma takut angpa pun sat gi jadi berjelaga. Naya wei....Ceghita KSSR ni kalau nak hadam 40 hari 40 malam pun belum tentu angpa paham. 

Hari ini pengkongsian diskusi banyak berkisar kepada topik secara umum. Walaupun abg long dah tahu tentang ini, paksa rela gak la tadah telinga untuk dengaq lagi. Ilmu beb, tak salah dengaq dan tahu banyak kali. Bukan rugi. Betui dak?

Seharian berdiskusi bersama rerakan berkenaan dasar kerajaan dalam pendidikan memang memenatkan. Adat la tu kan, kalau bab2 ilmu ni cepat ja setan meresap dalam badan. Tapi kalau tang hiburan, tak payah kata-tak payah ceghite, semua dah paham belaka. Tadi balik pun dah lewat petang - badan mengalami sindrom sedikit ketaklaratan. Tidur sekejap untuk memulihkan tenaga batin agar badan yang lesu kembali bermaya. 

Apa kaitan kisah berkursus ni dengan tamak haloba? Ini la yang abg long nak ceghite kat angpa semua. Harap cegheta abg long ni boleh bagi tauladan buat kita. Jadikan ceghita ini ceghite kita. Untuk kita hayati bersama. Supaya ia dapat  mengubah sikap tamak haloba yang ada dalam sesetengah badan orang2 kita. 

Seusai sesi slot pertama pagi tadi, semua peserta dijamu dengan makanan dan minum pagi. Bihun goreng dan ayaq teh panas. Orait la tu dari pengajur tak sediakan apa-apa, betui dak?. Maka, berduyun-duyun la pakat keluar untuk menikmati juadah tersebut. Beratur dan berbaris (macam budak2 nak beli makanan kat kantin sekolah juga) dengan penuh disiplin. Masing2 bergilir-gilir menyedok dan menuang.

Bila sampai ja tang abg long, aduhaiiiiiiiiiiiiiiiii......licin tak bersisa. Punya la depa rembat sampai lupa orang2 kat belakang sama. Yang 2-3 orang duk beratuq depan2 abg long pun dapat cedok sikit saja, lepas la untuk 2-3 mulut depa. Abg long bukan pelahap sangat nak makan, cuma terkilan dengan cara dan sikap orang kita yang lagu tu. Nampak tak berapa comel pada pandangan dan sudut penilaian. Ntah la, maybe juga pembekal makanan yang ditempah oleh pihak penganjur tersalah membuat sukatan ketika menyediakan masakan. Walhualam. Tapi, abg long tengok tadi banyak bihun masuk tong sampah dari masuk kat dalam perut. 



Jadi, kenapa perlu tamak haloba? Kan elok dan comel jika kita bersederhana dalam segala. Pakat2 nak ikut setan buat pa? Takdak sikit pun untung kat kita, dapat rugi lagi ada. Abg long nak la berpesan pada diri, berpesan pada semua......tamak haloba bukan sikap kita. Itu sikap setan durjana. 

Takpa la, dah bukan rezeki abg long untuk duduk semeja bersama mereka dan mereka  itu sambil menikmati juadah. Bersama perut yang longgar abg long menampak ke kedai berhampiran tempat kursus untuk menikmati nescafe panas. Ada la lebih kurang 2km abg long menampak taadi. Nasib baik la cuaca time tu mega mendung. Takdak la berpeluh ketiak.

Sekian sahaja catatan pengalaman tak berapa best untuk hari pertama berkursus hari ini. Yang baik jadikan tauladan, yang tak baik humban je ke laut cina selatan. Teguran abg long ni bukan nak menghuduhkan sesiapa. Tapi sebagai iktibar untuk semua. Kita sememangnya tidak sempurna, tapi tidak salah jika kita berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan.

Nak jadi baik dan cool memang payah, tapi jika nak jadi sebaliknya memang tidak susah. Tepuk dada tanya angpa punya iman. 

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.