Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 25 October 2012

Jom Korban

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari raya aidil adha dah semakin hampir. Esok pagi bergemalah seruan memuji Ilahi diseluruh alam Melayu ini. Semalam pun dah berkoyan2 kenderaan atas jalan. Haiway Jerangau-Jabor semalam sesak dengan sekalian kenderaan, depa pulang untuk meraikan hari kebesaran.

Abg long pun tengah bersiap2 nak gerak pulang. berkobar2 tang dalam ni nak jumpa bonda-ayahanda serta sanak saudara. Sebelum tu nak tepek la selai entri kat sini untuk angpa kesayangan hamba. 2 3 hari nanti abg long mungkin tak keudara. Tadi sahabat kat kampung sana bagitau satu berita tak best. Nanti la, abg long balik sahihkan dulu cerita dia. Nanti abg story morry tentang ini.

Berbalik kepada hari kebesaran esok. Angpa tau ka apa maksud hari raya korban? kenapa perlu korban? nak korban apa? Dalam hidup ini kita selalu disarankan berkorban. Korban untuk segala. Paling utama untuk agama. Jangan kita asyik meraikan raya korban tapi roh darinya tidak kita gali dan kita amalkan sehari-hari. Untuk ilmu lebih lanjut tentang raya korban angpa boleh tanya lebai google....

Ok la ya, abg long dah kesuntukan masa untuk lepaking kat sini lelama. Dah nak gerak ke bumi serambi mekah. Tahun ni sanak sedara dari barat dan utara pakat2 mai raikan hari raya kat teratak bonda dan ayahanda. Best gila ah nanti.....

Kepada sahabat2 yang mula nak bergerak ke kampung nanti, bawa kenderaan berhati2. Angpa kena ingat, hantu AES banyak berkeliaran atas jalan raya bagaikan hantu raya.....HaHaHa....pandu cermat, duit selamat. 

Janji ditepati - masa untuk balas budi. Jom korban!





Bunyi lembu mcm mana? 
moOO…. 
Bagus, bunyi kambing mcm mana? 
mbeEKK… 
Bagus2....tahniah esok anda boleh dijadikan korban. 
HaHaHa....HiHiHi....
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. selamat hari raya aidiladha..n thanks singgah my blog!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama fatin farhana
      thanks juga sbb sudi langgar blog abg long
      ^^ hihihi

      Delete
  2. SLMT HARIRAYA AIDILADHA..SILA LAH DTG KE BLOG SY..HTTP://AJAX85.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah man....
      nnt abg long pi langgar blog ang na
      hihihi ^^

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.