AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 19 October 2012

Coretan Pagi Jumaat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh Allah SWT untuk abg long menghirup udara di pagi jumaat ini. Syurkur yang tiada batas untuk DIA.

Semua yang perlu dibereskan sudah pun diselesaikan. Jadi, ada masa untuk bersimpuh diri di blog ini. Sambil tu boleh la berblogwalking ke teratak sahabat2 yang lain. Masih ada masa sebelum waktu solat jumaat tiba.

Semalam tidoq awai. Tengah duk best layan tv ceghite Dendam Sarakit boleh pula mata ni lena. Last2 tv tengok abg long. Sebenarnya, petang tu dah terasa ketaklaratan, tapi saja abg long buat2 kuat....HiHiHi...

Seusai subuh tadi mata tak mau katup lagi. Jadi, abg long settlekan sedikit kerja yang abg long bawa balik rumah. Kerja macam abg long dan rerakan abg long yang lain ni tak pernah nak kebah, salah percaturan kami juga yang rebah. Orang luaq, dulu....kini dan selamanya akan tengok serta berfantasi bahawa kerja macam abg long ni maha best. Tapi, fantasi depa tu silap maha benar.  Bila diri dah menjejak kaki dalam sini baru depa akan tau bertapa ianya indah khabar dari rupa. Hmmm.....kisah kerja ni nanti abg ulas lain entri erk..

Kat luaq sana hujan masih lagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Menyirami seisi bumi. Tanda-tanda bahawa musim tengkujuh kian menghampiri.  Abg long dengaq, kawasan ladang tempat abg long lepak ni paling tidak akan menghadapi dan mengalami situasi banjir setahun tiga kali. Omak ang.....mengharung banjir la abg long nanti...HuHuHu....



Hujan-hujan cengini, teringat pada kampung halaman. Biasanya arwah opah akan hidangkan ubi rebus dengan kopi o kaw. Masa ni, semua orang akan menikmati kesedapan ubi rebus yang dicicah dengan parutan kelapa muda dan kelazatan aroma kopi o kaw sambil berborak mesra bersama ahli keluarga. Tapi, sejak menginjak dewasa dan berkelana jauh dari keluarga, sudah agak lama situasi sebegini tidak dirasai.

Tetiba, rindu menjentik tangkai hati.

Tetiba juga perut rasa lapaq tengkuk rasa kontang. Abg long nak godek-godek tang dapur sat. tengok apa yang boleh di sumbat. 

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.