Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 22 October 2012

Blog pilihan 2012 | Edisi Follower

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Telah tersimpan agak lama hasrat ini di merah sekeping hati. Akhirnya dapat juga la apa yang diangan-angankan selama ini walaupun terpaksa menanti untuk satu tempoh masa yang bukan sedetik.

Adakah masa terlalu mencemburui? atau abg long sendiri yang tidak pandai mencari ruang dan merebut peluang? Ntah....segalanya bagaikan telah tersurat dan tersirat. 

Sebelum ni abg long dah berjanji pada diri. Untuk follower yang ke-100 blog ini abg long akan belanja satu entri. Nah, inilah entrinya. Walaupun apa yang abg long belanja ini tak seberapa, abg long harap ia mampu menzahirkan sepelangi rasa gembira dan kesyukuran pada pemunya blog yang menjadi pilihan.


Petak merah tu adalah sahabat blogger yang ke-100
Terima kasih daun keladi abg long ucapan
atas kesudian beliau jadikan blog oranje abg long sebagai tempat lepak dan bersantai

Beliau seorang sri kandi yang cinta akan agama Allah lebih dari segalanya. Seorang yang suka join kontes dan segmen. Ayat yang digunakan ringkas dan mudah di fahami (berbeda sangat nak dibandingkan ayat 'ting tong' tahap dewa kat blog abg long ni...HaHaHa...). Banyak entri di blog beliau yang super duper best-ilmu melata disetiap entri yang dipostkan. Jika angpa rajin gali makna yang ada, insyaAllah....angpa mampu belajar sesuatu dari situ. Blog beliau juga comel dan kemas. Mungkin sudah fitrah kot. Asal yang kemas, cantik dan comel mesti ada pada insan yang bernama perempuan. Lelaki bukan takdak ciri ni, cuma jarang ada. Bagi ibu bapa yang punyai anak dibangku sekolah rendah ada eloknya singgah bermaustatin di blog beliau kerana ada link bertepek kat sana untuk tujuan pendidikan anak-anak.

Lapangkan diri angpa untuk terjah dan singgah di blog ini. InsyaAllah, angpa tidak akan rugi malah angpa mungkin akan singgah dan terjah blog beliau berkali lagi selepas ini. 



Klik Akma Faizal untuk berukhuwah dengan beliau secara lebih dekat. 

Barakkallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Wahhhh dah 100. Tahniah abg long, lepas nie mesti makin cepat naik followers. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fie.
      tpi abg long x la sehangat fie dan sehebat blogger lain.
      alhamdulillah dgn apa yg Dia beri.
      follower tu bonus aje.
      yg penting blog sntiasa ada org sggh, terutama penyinggah yg mcm fie...hihihi

      Delete
  2. alaaaaaa pakjoe x dapt hahahaha

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.