Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 31 October 2012

Amerika Syarikat dibadai taufan Sandy

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Kawasan timur Amerika Syarikat dikatakan lumpuh akibat terjahan Taufan Sandy ini. Mungkin ini adalah balasan Allah SWT kepada pemimpin dan juga segelintir masyarakat Amerika Syarikat atas kezaliman mereka ke atas umat muslim di seluruh dunia. 


Bila Allah nak tunjukan kuasa Dia, tak payah nak tunggu lama mana. Sekali Dia berkata "kunfayakun" maka jadilah sepertimana yang Dia rencana dan perintahkan. Kuasa manusia yang gah dengan kegeniusan dan juga kecanggihan teknologi pun tidak mampu mengatasi hebatnya Allah SWt, Tuhan sekalian alam. Dia hantaq taufan dan ayaq ja, itu pun manusia berjuta2 dah sengsara. 

La ni berjuta-juta umat Islam seluruh dunia berada di hadapan kaabah. InsyaAllah, jika mereka mendoakan untuk saudara-saudara muslim yang dizalimi maka tunggu la bala dan pembalasan Allah terhadap para penzalim itu nanti. Sesungguhnya doa mereka yang dizalimi dan dianiayai tiada hijab antaraNYA. 

Semoga dengan ujian Allah SWT yang maha dasat ini menjadikan mereka insaf atas tingkah dan sikap zalim mereka terhadap umat Islam seluruh dunia.

Takziah abg long ucapkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam musibah Taufan Sandy ini. 

Teringat abg long pada pesan ustaz satu ketika dulu, "Allah SWT tidak akan mendatangkan bala atau bencana kepada golongan pembuat dosa dan penzalim semata. Tetapi, azab atau bencana yang Allah turunkan itu tetap juga akan tempiasnya dirasai oleh mereka yang tiada kena menggena dengan dosa mereka hatta orang-orang bertakwa dan beriman kepadanya, yakni orang-orang baik pun akan merasainya sama."

Abg long harap, kita umat melayu-islam kat Malaysia ni boleh saling ingat mengingati antara satu sama lain demi kebaikkan bersama. Jom kita pakat-pakat jaga sama tepi kain orang lain sama, jangan la kita duk jaga tepi kain sendiri sahaja. Berpesan-pesan la kita untuk kebaikan. Sebelum Allah SWT jatuhkan bala dan bencana terhadap abg long serta umat manusia yang ada.

Siapa boleh lawan kuasa Allah SWT? Cu cite kat abg long sikit..


Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kisah ditandas awam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bergegas balik rumah seusai mesyuarat. Lewat benar mesyuarat siang tadi berakhir,  jam ditangan kiri menunjukkan dah pukul tiga lebih. Lepas mandi dan menghambakan diri padaNYA bersiap untuk ke pekan Chukai, Kemaman. Nawaitu cuma satu, tujuan juga satu....terjah klinik.

Jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh dari kuarters ni ke pekan sana. Hampir sejam juga. Tapi apa boleh buat. Dah tertakdir tercampak di sebuah ladang di kawasan pedalaman.....Redha itu comel....HiHiHi...

Lepas ke klinik kat dalam ni rasa semacam duk bergangnam style. Perih maha pedih. Memulas-mulas. Melilau cari tandas awam.

Dipendekkan cerita (malas nak conteng pepanjang....memualkan...HaHaHa...) Masa kat dalam tandas tu abg long punya la kelat duk meneram....Oppppssssssssss....tercerita pulak....HeHeHe...Ok....Ok...Abaikan. Bukan pasal ni yang abg long nak story. 

Angpa pernah masuk tandas awam tak? Abg long kalau keluar memang payah maha susah nak masuk tandas awam. Jika boleh tahan akan abg long tahan sedaya mungkin. Kat rumah baru abg long release kan segalanya. Melainkan jika tak tertahan  sesangat baru abg long terjah tandas awam, itu pun jika tiada tandas masjid atau surau yang berdekatan. 

Tandas awam ni angpa faham-faham ja la kan.....banyak yang tak semegah mana berbanding yang fuhhhhhhhhhh syok gila, kalau boleh nak ja tido kat situ. Yang macam gini boleh bilang dengan jari tangan bersekali jari kaki.

Angpa pernah tak tertengok-terbaca tulisan dan gambaq yang orang otak kementot duk conteng dalam tandas awam? Apa motif depa buat lagu tu erk? Apa salah tandas tu pada depa sampai depa conteng sesuka sesuki pedal ja. Ada yang di conteng dengan no telefon awek ntah mana, ada yang dilukis gambaq2 18sx......maki hamun dan sebagainya. 

kat bawah ni sebahagian gambaq yang sempat abg long amik masa tengah syok duk ngangkung dalam tandas awam kat Casa Limbong, Chukai tadi.




Kot ya pun nak melepaskan amarah bukan dinding tandas awam tempatnya. Kalau nak berpolitik sekali pun, bukan tandas awam tempat yang sesuai. Banyak lagi saluran terbaik untuk melepaskan amarah dan berpolitik. Jika guna cara sebegini, ini namanya politik taik. Lain kali guna la saluran yang betul. Paling koman pun bina la blog macam abg long ni ha, luah kat blog lagi best dan cool dari duk conteng tempat-tempat awam tak tentu hala. 

Malu wei kat pelancong luar yang mai negara kita. Tandas penuh tulisan maki hamun dan gambaq 18sx serta no telefon ntah siapa-siapa ntah. Tandas awam itu mengambarkan identiti masyarakat sesuatu negara....pesepsi orang luar terhadap masyarakat kita dengan melihat keadaan tandas awam yang ada. Itu angpa kena tau. 

Tulisan-tulisan ketidakpuasan hati sebegini bukan sahaja datang dari pihak2 yang membenci oposisi, kekadang ada juga puak2 yang mendokong oposisi melakukan tabiat sebegini. 2 x 5...5 X 2....Pi mai pi mai tang tu juga. Negara kita ni kategori negara Islam. Jadi, tunjukkanlah keelokkan Islam itu pada semua bangsa dan semua agama. Toksah la duk buat kerja huduh lagu ni. Takdak sapa pun yang nak menghargai.

Jadi, kepada angpa semua. Jagai la tandas awam kita. Bersih selepas digunakan. Bersamalah kita jadi masyarakat yang comel akhlak dan cantik pekertinya.

Wallahualam

Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jika dah memang bukan hak kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sesungguhnya kuasa Allah itu hebat maha benar. Dia boleh mengagalkan segala perancangan hambanya jika Dia berkehendak akannya. Tiada siapa mampu menghalang, tiada benda di dunia ini mampu mengatasi segala perancangan Dia. Bak kata bijak pandai, "Kita hanya mampu merancang, Allah SWT juga yang menentukan segalanya." 

Hari ini Dia telah menzahirkan kekuasaannya pada aku, rintihan dan pengaduan aku kepada Dia didengari. Rasa terkilan yang mengusik relung hati sebelum ini Dia tuntasi dan hadami. Itu baru sedikit acahan yang Dia beri. Sekadar peringatan untuk aku, kamu dan mereka-mereka yang berakal agar tidak leka dan alpa dengan kekuasaanNYA. Dia ingin menyedarkan kita semua....Ya, itu sudah semestinya.

Sesuatu yang bukan hak kita mana mungkin untuk kita memilikinya. Jikalau kita berusaha sekuat mana sekalipun, andai Dia tidak mengizinkan, tak akan kita mampu ke atas sesuatu itu. Jika dah memang bukan hak kita.......Bukankah janji dia pasti? Jadi, mengapa perlu kita mengingkari?

Aku tidak salahkan kamu, dia dan mereka dengan rasa yang aku punyai. Semua itu mengajari aku untuk lebih mengenal diri, supaya kelak dalam menghayun derap langkah aku lebih berhati-hati.  Supaya aku tidak membuat penilaian lompang ke atas sosok tubuh insan......Rambut mungkin sama hitam, namun hati kita tetap lain. 

Peristiwa semalam mengajari aku dan kamu tentang hakikat kehidupan dan kekuasaan Tuhan. Hak aku bukan hak kamu dan hak kamu bukan hak aku......HAK kita adalah kepunyaan Dia. Hanya Dia sahaja berhak ke atas segalanya. 

Teringat orang lama-lama selalu berpesan, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Jadikanlah peristiwa itu pedoman buat kita bersama dalam melayari hidup di hari depan. 


Arwah guru aku pernah berpesan, "Ingatlah Allah disetiap perkiraan langkah kamu." Pesan arwah ku ingat selalu.


- Tabahkan hati sahabat. Pada Dia kita berserah diri


Wallahualam

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wordless Wednesday | LANDSCAPE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hitam putih kehidupan



Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. [via-HH]

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 30 October 2012

::terkilan::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sebetulnya diri tiada kekuatan untuk membicarakan perkara ini disini. Namun terjahan rasa terkilan seakan bebayang yang sukar untuk menghilang tatkala batang tubuh ini berdiri dibawah sinar karmizi.

Hati menyoal diri. Diri pula berbicara pada sekeping merah hati. Terlalu payah dan susah untuk mententeramkan gelodak jiwa bila memikiri sikap dan tingkah khalayak yang mengelilingi diri. Aku bukan seorang pemuka. Aku adalah aku.....dan tak mungkin aku menjadi orang lain semata-mata untuk menutup resah yang tak sudah.

Rasa terkilan bertalu mengetuk pintu hati. Mengundang sejalur rasa tidak harmoni berlegar dalam diri ini. Ntah mengapa, disepanjang kedewasaan ini, aku sering kali diketemukan dengan wajah yang berwajah-wajah. Kekadang, aku menjadi keliru sendiri. Aku terkaku tidak betah menyingkap kebenaran disebalik kepalsuan sebuah senyuman.

Aku redha, mungkin ini cara terbaik Dia mengajari aku tentang rupa sebenar dunia. Namun, rasa terkilan dan lelas hati tetap juga menjadi tamu jiwaku tatkala ingatan terbias pada tingkah sumbang dan tutur canggung wajah yang berwajah-wajah itu.

Memang sikap orang 'kita' kah suka menidakkan HAK org lain? Tidakkah mereka takut dan gerun balasan hukum karma? Janji Tuhan itu pasti.......Itu yang aku cuba yakini pada merah sekeping hati lelaki ini. Segalanya aku serah pada Dia. Baik bagi Dia, baik jugalah bagi diriku apa adanya.

Aku melihat....aku mentafsir. Aku belajar untuk mengenali hati budi bangsa ku sendiri. Aku cuba untuk tidak berprangsaka walaupun debar dihati kencang degupnya terasa.

Ya, bangsa aku sememangnya unik. Sejarah telah mencatatkan segalanya tentang bangsa ku yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Namun, dek kerana nafsu yang beraja dimata dan ego yang bersultan dihati, lenyap sudah sopan dan santun yang melatari diri. Kisah todak melanggar Singapura, matinya seorang Dang Hanum, fitnah yang membunuh Jebat dan memasung setiakawan seorang Hang Tuah benar-benar mengajar aku untuk lebih mengenali bangsaku. Sejarah lalu menjadi pedoman buat aku untuk mengenali wajah yang berwajah-wajah itu.

Aku teringat pada pesan arwah guru ku, "Ingatlah Allah disetiap perkiraan langkah kamu!".


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Impiana Beach Resort

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi pagi pergi Impiana Beach Resort kat Cherating. Dari Padang Kubu tempat abg long kerja ni lebih kurang satu jam perjalanan. Pergi tadi berdua dengan rakan sejawat abg long. Biasa la kan, pengerusi dengan naib pengerusi berpisah tiadanya...HiHiHi...

Pi sana pasai nak settle urusan tempahan untuk majlis makan malam dan jasamu dikenang yang bakal dianjurkan oleh tempat kerja abg long pada 6hb nanti. Impiana Beach Resort ni memang best. Tempat dia memang cantik maha benar. Keindahan laut dia memang bikin jiwa-jiwa akan terpesona. Panorama sekeliling sungguh mendamaikan  diri. Bertapa besarnya kekuasaan Allah yang menganugerahi semua ini. Infrastruktur lanskap bangunan dia pun comel-comel belaka. Pantai dia toksah cerita la. Memang cun abis!

Punya la panjang lebaq bigboh duk discus dengan sales exce dia tadi. Sementara tunggu siap sempat la abg long tinjau-tinjau sekitar resort tersebut sambil snap gambaq sekeping dua.






Lepas discus about event tersebut, Cik Syikin (Sales Exce) Impiana pelawa kami lunch kat sana. Allahamdulillah....rezeki dari Allah SWT. Mak abg long selalu pesan, "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan sesekali dicari." Pesan emak sentiasa dihati....HiHiHi....So, apa lagi....Cik Syikin berbudi, kami berbahasa.....Cik Syikin memberi, kami kekenyangan gila2. Semoga beliau dimurahkan rezeki sentiasa. InsyaAllah...amin...

Makanan kat sini memang sedap....mantop abis....Dah nama pun resort four star kan. Kalau tak sedap memang hampeh la. Pening gak perut abg long masa duk cedok makanan tadi. Tak tau nak mentekedarah yang mana satu. Punya la banyak dia punya menu. Ada dalam 10 menu kot tadi kat atas meja tu. Last2 cedok kari ayam dengan sayur cendawan ja. Desert pun sama....banyak sangat pilihan. Tak tahu mana satu nak telan. Tentu angpa duk tertanya-tanya pasai pa gambaq makanan yang kami berdua duk telan takdak kan? HiHiHi....

Kalau angpa nak mai lepak-lepakkan badan dan santai-santaikan fikiran memang kena la dengan Impiana Beach Resort ni. Berbaloi2 abg long cakap kat angpa....

Kat bawah ni gambaq yang abg long curik dari laman sesawang Impiana Beach Resort. Untuk kesedapan mata memandang elok angpa terjah SINI.







Tak sabaq rasanya pankreas abg long nak pi Impiana Beach Resort ni nanti.

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Novel Review | Nasi Lemak Ikan Pekasam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa kaki novel? gila novel? hantu novel? pendek kata angpa ni memang suka membaca novel, tak kira la novel pekebenda pun, yang penting novel......Hari ni abg long nak review satu novel yang maha best bagi penghujung tahun 2012 ni, 'Nasi Lemak Ikan Pekasam'. Tengok tajuk pun dah tau memang sedap. Isi dia gerenti menyelerakan nafsu membaca angpa....HaHaHa....tak rugi woooo beli dan baca novel ni.

Novel ni bukan kisah tak betul taw. Ini betul2 bukan cobaaaaaaaaaaaan...... HeHeHe....Walau bagaimanapun, ia telah ditokok gigit secukup rasa oleh tukang contengnya Cikgu Ahmad Safarman untuk mengebestkan lagi jalan cerita dalam novel ini. Pengalaman beliau bertahun-tahun sebagai seorang guru biasa dikawasan pedalaman menjadikan beliau seorang manusia yang luar biasa.....HiHiHi....Sebab keluarbiasaan beliau itu maka terhasil la novel yang super duper hebat ini.


Novel ni akan berada di pasaran terutama kat Popular dan MPH BookStore pada 5 November. Jadi abg long berharap la sangat angpa2 yang kaki novel, gila novel dan hantu novel pi terjah dua tempat  jual buku berkenaan dengan sepantas gaban pada tarikh yang abg long nyatakan.

Kepada angpa yang nak tau pengalaman sukar, susah lagi payah seorang guru di pedalaman mencurah ilmu boleh la miliki novel ini. Produk Jemari Seni sesungguhnya berbaloi2 untuk angpa miliki. Kalau tidak untuk diri sendiri angpa boleh la beli novel ini untuk dihadiahi kepada yang disayangi dan dikasihi.....Baik punya promo dah ni....HiHiHi....

Well, angpa jangan lupa tau untuk dapatkan novel ni nanti.

Wallahualam

Barakallah fiikum


NotaDiari:
Tuan badan yang conteng novel ni pasti tersipu2 bila baca entri abg long ni....HiHiHi.....Dapat royalti nanti jangan lupa belanja aku ABC. Apa pun taniah la bro atas kelahiran 'anak sulong' ang ni. Aku bangga dengan ang.....bangga tahap KLCC tau......HaHaHa....Aku juga yang terperam lagi kat serembrum ni ha. InsyaAllah, aku pun nak jadi luar biasa macam ang gak nanti. Aku nak tulis cerita macam yang aku habaq kat ang pagi tadi, 'Kambing-kambing ku kesepian dibawah renyai hujan'........KahKahKah...


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Segmen: Jom UP Follower Sampai 1000++

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini kali ke-3 abg long join segmen. Just untuk suka suki ati. Mengisi masa senggang. Selebihnya adalah untuk dijadikan modal post entri ternow dan terkini....HiHiHi...

Tapi kalau angpa nak tau, join segmen ni best gila babas. Best macam makan kek secret recipe.....sumpah, maha benar ayat yang abg long guna ni taw. Sikit pun tak mengandungi perisa tiruan mahupun bahan pengawet yang tidak dibenarkan....HaHaHa..

Kalau angpa nak tambah followers kencang bagai boleh la join segmen. Tapi jangan berharap sangat orang akan follow blog angpa pula. Yang penting naiwaitu angpa join segmen mesti la sweet dan comel. Ukhuwah tu kat mana2 pun ada. Yang penting kita ikhlas dan jujur. Sebab abg long join segmen dah pun abg long nyatakan dengan terang lagi bersuluh kat atas nun. 

Jadi, apa kata kita pakat2 berukhuwah dengan menjoinkan diri dalam Segmen:Jom UP Follower Sampai 1000++ ni ha. Tuan tanah kata tarikh tutup tak tau lagi.....jadi, boleh la angpa mai join sekali. Bukan kena bayaq apa pun. Just ikut step yang tuan tanah  dah create tu ja. Sesenang makan kuaci......Tak caya? angpa terjah banner comel kat bawah ni.



Tuan tanah dia memang baik hati. Angpa tak follow instruction pun dia sudi meraikan angpa juga.

Tapi, alang2 orang dah memberi apa salahnya kita berbahasa. betui dak? 

Hidup kena la saling melengkapi. 



Wallahualam

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wanita ini pakai pakaian menampakkan kemaluan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ceghite pelik, benda pelik, kejadian pelik, perangai pelik2 pun dah banyak berlaku  kat China. Ada eloknya genius world records iktiraf China sebagai sebuah negara paling pelik kat planet bumi ni....HaHaHa....

Nasib baik berlaku kat China. Kalau hal ini terjadi kat Malaysia tak tau la apa yang nak di kata. 

Tapi, kat Malaysia ni pun rasanya dah ramai artis yang pakai pakaian yang menampakkan kemaluan depa. Cuma belum ada lagi artis Malaysia seberani minah cina doll ni yang pakai pakaian transparent. Bunga2 kearah memakai pakai mendedahkan kemaluan sendiri tu memang dah bersepah di pakai oleh artis Malaysia. Tak caya cu tengok bila ada event2 dan anugerah. Depa ni melaram sakan. Macam neraka dengan kiamat tak pernah wujud. Kalau tak caya gak, angpa tunggu tengok la time Anugerah Skrin nanti. Mesti duk ada la yang pakai dedah sana, dedah sini....seksa tau kornea mata abg long ang ni....HiHiHi...

Kat bawah ni artis cina doll yang pakai pakaian transparent yang hampir menampakkan kemaluannya. nasib baik dia bukan Islam. Angpa boleh bayangkan dak artis Malaysia (melayu-islam) yang suka berpakaian menyeksakan mata? Cu tanya lebai google.....bersepah gambaq artis kita yang konon2 seksi tu. Ye la kan, seksi kat dunia....seksa kat neraka sana. 







Abg long kekadang rasa pelik gak, ada sesetengah blogger kita yang kata artis wanita (melayu-islam) yang pakai pakaian seksi ni nampak angggun, cantik, menawan dan cun. Aduhaiiiiiiiiiiiii.....ini la bila tulis pakai kepala lutut dan bukan pakai akai.

Tulis bukan nak kasi nasihat, tapi bagi lagi depa jadi sesat. Blogger macam ni adalah blogger bangsat!

Rasa2 comel dan anggun ka kalau anak perempuan kita, adik perempuan kita, isteri kita, mak kita dan nenek moyang kita pakat2 duk pakai pakaian menampakkan kemaluan macam gitu?

Kata biaq terasa. Sapa rasa pedas, dia la makan cabai. 

Barakallah fiikum




NotaDiari:
Gambaq kat atas abg long rembat SINI

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 29 October 2012

Artis melayu terlampau

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gila....memang kerja gila. Tak tahu apa yang nak dikata. Hanya mampu mengucap dan mengeleng2 kan kepala. 

Orang Islam sibuk meraikan hari raya aidil adha. Mentuntasi dan mengali makna pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah SWT namun ada juga orang kita (melayu-islam) yang sakan duk meraikan perayaan hantu hallowen kafir latnatullah.

Inikah ikon atau idola yang patut kita jadikan cermin buat anak2 kita kelak? Sepatutnya, mereka yang bergelar artis ini berfikir dalam setiap tindakan. Mereka adalah hak masyarakat, jadi kena la beri yang terbaik untuk masyarakat. Bukan menambah kerosakkan dalam masyarakat. 

Memang setiap manusia tidak lari dari membuat salah dan silap, tapi kalau dah selalu buat salah dan silap mana perginya taubat?  Mana perginya rasa rendah hati atas khilaf yang pernah dilakukan sebelum ini? Jangan kerana seekor dua artis buat tahi habis busuk artis 1Malaysia. Bukan semua artis ni jahat, tapi 99 peratus mereka tak baik.

Macam mana bangsa lain dan penganut agama lain nak respek orang melayu-Islam jika orang kita  sendiri meletakkan nilai maruah diri dan agama sendiri serendah tapak kaki. Hidayah perlu dicari, bukan dia mai sendiri. Ada akai tolong la pakai.....hidup jangan serabai. Mati ni tak kira masa. Tua ka, muda ka.....dia mai tak kenai siapa. 

Kalau tanya artis2 liar serabai bagai ni tentang makna perayaan aidil adha tentu depa ni terkulat2 nak menjawab. Rugi betul peminat depa yang duk puja puji depa ni bagai depa ni dewa dewi....lakonan mantap dan penjiwaan watak baik dalam lakonan belum tentu dapat depa jiwakan dalam kehidupan sebenar. 


Macam best je si Nabila Huda anak perempuan Amy Search ni isap tetek lelaki tu.
Al-maklum la kan, masa pi sambut pesta lahanat tu Nabila Huda ni jadi dracula.
Pakai custom dracula. Gerenti ramai yang berdarah malam tu.
Oh! My Artis
Kalau angpa nak baca lanjut dan tengok banyak lagi gambaq2 maha tolol si artis melayu terlampau di pesta halloowen 2012 angpa boleh tanya lebai google. Kalau malu alah nak tanya lebai google, angpa boleh tekan SINI

Dia bagi angpa akai. Angpa pikiaq la na......Abg long memang tak berkenan langsung artis2 tahap keypack lock ni.

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Best ke jadi pencuri kabel?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Balik cuti raya korban ritu memang beraya sakan. Sapa2 yang beraya kat negeri Cik Siti Wan Kembang tentu akan merasai akan kemeriahan sambutan dia. Setiap hari akan ada saja yang buat makan2. Menu daging lembu sudah tentu la yang paling utama. Makan daging banyak kekadang bikin kepala pun boleh jadi pusing....HaHaHa....Apa pun kemeriahannyaa memang best.

Kemeriahan sambutan raya korban ni memang dah sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Tanya la sapa pun, depa pasti kata yang sambutan memang meriah gila. Raya korban ni depa mai ziarah menziarahi macam kita duk sambut raya aidilfitri. Lepas tu, setiap rumah yang buat korban pasti akan diadakan kenduri kecil-kecilan. Memang meriah sakan.

Kalau nak cuba rasai kemeriahan sambutan raya korban kat sana boleh la usya2 minah come lote dari sana untuk dijadikan pasangan hidup......sahabat2 yang pompuan pun boleh la usya si mamat dia juga.....HiHiHi.....

Kesibukkan meraikan raya korban bukan penyebab utama abg long tak bersiaran tapi ada sebab lain yang menghalang. Abg long pernah bagitau tentang ini sebelum ni. Sebelum bertolak ke teratak bonda ayahanda dah kedengaran ceghite tak best berlaku kat sana. Ternyata, kepulangan raya korban tahun ni menjadi pemangkin untuk abg long menambah berat badan berbanding menambah posting kat blog yang maha tak best ini....HeHeHe...

Macam mana nak tambah jumlah posting kat blog dan ceghite best masa duk lapah lembu korban jika line tenet satu bar pun tak nampak bayang rupa. Penyebabnya bukan salah telekom tapi salah masyarakat kita. Orang kita yang otaknya kementot. Suka cari jalan mudah untuk tidak hidup susah. Tapi sikap dan tingkah itu sebenarnya menyusahkan semua orang termasuk diri si pelaku itu sendiri.

Saujana mata memandang, hanya tiang2 sahaja yang berdiri megah membenam perut bumi. Sedang wayar (kabel) langsung tiada. Tak lain tak bukan sebab kes curi kabel. Sikap kita, sikap orang kita bila diberi kemudahan tidak mahu menghargai. Bila dalam kesenangan langsung tiada rasa untuk mensyukuri. Vandalisme di mana2 sahaja.

Habis kabel diangkutnya. Sikit pun tak bersisa. bagi abg long, ini kerja orang gila....kerja orang tak reti hukum agama. Hidupnya semata untuk dunia. Jika depa yang buat benda lagu ni kenal Tuhan, hukum dosa-pahala sudah tentu depa takut nak buat sedemikian rupa. 

Ada juga rukun tetangga (KRT) yang duk berjaga, tapi depa si penyamun kabel ni memang otak jahat gila. Dalam orang duk berjaga, kabel sempat depa rembat juga. Tak tahu la, sama ada pencuri bertambah genius atau KRT yang berjaga leka dan alpa.

Kes kecurian kabel begini boleh sebabkan orang2 kampung mengalami kepayahan dan kesukaran. Kalau berlaku apa2 kes kecemasan seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya sudah tentu la ia menyukarkan untuk hubungi pihak yang berkenaan. Kes sedemikian bukan pertama kali berlaku. Tapi dah acapkali terjadi. Dengar khabar telekom pun dah malas dah nak buat penyambungan semula. Telekom rugi toksah ceghite la (belum ada lagi telekom isytihar depa mengalami kerugian....tiap2 tahun depa duk umum keuntungan ja). 

Bagi si penyamun kabel ni depa tak takut sapa. Undang2 Tuhan pun depa boleh lawan apatah lagi undang2 yang manusia bikinkan. Ntah la, tak tahu sampai bila mentaliti masyarakat kita akan berubah. Best ke jadi pencuri kabel telekom ni? Bukan boleh jadi kaya raya pun. Kan elok pi merompak bank, cepat sikit jadi kaya dan matinya....




Bulatan merah tu kabel yang telah di potong oleh si pencuri kabel. 

Balik tempohari abg long hanya mampu melopong dan melihat tiang2 yang megah berdiri tanpa fungsi. Elok ja si pencuri kabel ni kalau dapat tangkap buang ke dalam kandang rimau atau kolam buaya kat zoo sana. hidup menyusahkan, mati pun menyusahkan.....Apa pun tak boleh.....

Barakallah fiikum


NotaDiari:
Jom jadi baik....baik itu cantik!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Di mana ada kemahuan, di situ ada haiway

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Agak lama tidak bersiaran. Cuti raya korban dua tiga hari lepas memang cuti secuti-cutinya. Masa balik cuti raya banyak la keluhan yang kedengaran. Dah menjadi kebiasaan terutamanya bila time2 cuti perayaan. Keluhan, keresahan serta kepayahan mereka (rakyat) ini bagai angin yang berlalu. Tidak menjadi kudis dan penyakit pun buat ahli politik dan para pemimpin. Rakyat pun dah maghli dengan permasalahan yang depa lalui ini. Bagai depa dah hadami setiap getir dan sukar yang duk ada depan kornea depa.

Kawan2 dan sedara mara yang duk jadi perantau kat luaq heboh duk kata jalan jem teruk nak masuk negeri serambi mekah. Punya la trafik jem. Macam2 pesen dan versi ketidakpuasan hati depa duk ada. Tapi yang pasti jalan menghala tang negeri serambi mekah memang sempit dan tidak selesa. Sepatutnya pihak berwajib mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Politik busuk sepatutnya sudah tidak diamalkan lagi, kita bukan berada zaman 70-an atau zaman jahiliah. 

Ahli politik baik dari kerajaan mahupun oposisi sepatutnya duduk sama memikiri kemashalatan rakyat ini. Memang sukar untuk melihat mereka duduk semeja membincangkan masalah rakyat namun semuanya pasti menjadi kenyataan jika mereka saling mengetepikan ego politik busuk memasing demi rakyat. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan...di situ ada haiway."  Mereka haruslah bekerja untuk rakyat demi mendapat keredhaan Ilahi (bagi wakil rakyat muslim). Tapi, jika mereka hanya memikiri tembolok sendiri memang rugi la rakyat yang mengundi.

Sampai bila rakyat negeri serambi mekah itu hendak di aniayai dan di zalami? Perlukah perbezaan politik dijadikan sandaran untuk kita menafikan dan menidakkan HAK seseorang manusia yang merdeka? Hak rakyat yang antara mereka adalah pembayar cukai negara juga?

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8-9 jam terpaksa dilalui dan diharungi dalam tempoh masa 15-16 jam perjalanan. Semalam masa abg long on the way ke Padang Kubu ini juga berlaku kesesakkan yang ketara terutamanya bila nak susur keluar dari bumi serambi mekah. Walau macam mana pun abg long sedikit lucky semalam sebab bertolak lewat sedikit. Jika bertolak awai mahu jem kepala otak abg long ni ha bila tersangkut dalam trafik yang jem. Bayangkan, perjalanan ke Padang Kubu yang sebelum ini mengambil masa 3 jam lebih terpaksa diharungi dalam tempoh masa 9 jam. Mau kematu bontot ziana zin abg long ang ni ha duduk berjam2 lamanya dalam kenderaan...HaHaHa...

Kalau ada dikalangan pengguna yang mempunyai anak kecil tertentu sahaja situasi ini melemas dan merimaskan. Jadi, pemimpin yang dipilih oleh rakyat haruslah berkerja untuk rakyat. Bukan menganiayai rakyat dengan politik sempit yang dianuti itu. 

Abg long harap angpa yang baca posting ni jangan baca dalam warna politik yang angpa anuti, tapi baca la dengan mata hati...nilai dengan akai yang tak mati. Dunia makin maju tapi pemikiran sesetengah ahli politik kita dan sekutunya masih lagi mundur dibelakang, hinggakan ada sesetengah darinya yang tiada hala tuju. 

Jika ini menjadi amalan berterusan sampai bila2 pun negara, terutamanya bangsa (melayu) kita pi mai pi mai duk tang tu juga.


Wallahulam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 25 October 2012

Jom Korban

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari raya aidil adha dah semakin hampir. Esok pagi bergemalah seruan memuji Ilahi diseluruh alam Melayu ini. Semalam pun dah berkoyan2 kenderaan atas jalan. Haiway Jerangau-Jabor semalam sesak dengan sekalian kenderaan, depa pulang untuk meraikan hari kebesaran.

Abg long pun tengah bersiap2 nak gerak pulang. berkobar2 tang dalam ni nak jumpa bonda-ayahanda serta sanak saudara. Sebelum tu nak tepek la selai entri kat sini untuk angpa kesayangan hamba. 2 3 hari nanti abg long mungkin tak keudara. Tadi sahabat kat kampung sana bagitau satu berita tak best. Nanti la, abg long balik sahihkan dulu cerita dia. Nanti abg story morry tentang ini.

Berbalik kepada hari kebesaran esok. Angpa tau ka apa maksud hari raya korban? kenapa perlu korban? nak korban apa? Dalam hidup ini kita selalu disarankan berkorban. Korban untuk segala. Paling utama untuk agama. Jangan kita asyik meraikan raya korban tapi roh darinya tidak kita gali dan kita amalkan sehari-hari. Untuk ilmu lebih lanjut tentang raya korban angpa boleh tanya lebai google....

Ok la ya, abg long dah kesuntukan masa untuk lepaking kat sini lelama. Dah nak gerak ke bumi serambi mekah. Tahun ni sanak sedara dari barat dan utara pakat2 mai raikan hari raya kat teratak bonda dan ayahanda. Best gila ah nanti.....

Kepada sahabat2 yang mula nak bergerak ke kampung nanti, bawa kenderaan berhati2. Angpa kena ingat, hantu AES banyak berkeliaran atas jalan raya bagaikan hantu raya.....HaHaHa....pandu cermat, duit selamat. 

Janji ditepati - masa untuk balas budi. Jom korban!





Bunyi lembu mcm mana? 
moOO…. 
Bagus, bunyi kambing mcm mana? 
mbeEKK… 
Bagus2....tahniah esok anda boleh dijadikan korban. 
HaHaHa....HiHiHi....
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

25 Nabi yang kita perlu ketahui dan ingati

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Rasa2 ada tak dalam kalangan kita yang telah lupa untuk mengingati dan menghafal nama2 nabi? Angpa ingat lagi tak nama 25 nabi yang perlu kita ketahui dan santuni depa punya pekerti? 

Dalam keramaian nabi dan rasul, hanya 25 nabi sahaja yang kita wajib tahu dan ingat nama depa. Yang selebihnya bukan tak perlu kita amik tahu, cuma keutamaan untuk kita ketahui dan ingati adalah 25 nabi ini.

Kat bawah ni abg long tepek senarai 25 nabi ulung yang kita wajib kenal dan tahu. Untuk kita aje....
Nabi Pertama yang diciptakan oleh Allah = Nabi Adam a.s
(Surah Al Baqarah: Ayat 34)

Nabi yang sangat penyabar = Nabi Idris a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 85)

Nabi yang berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya = Nabi Nuh a.s
(Surah Al Ankabuut: Ayat 14)

Nabi yang diutuskan kepada Kaum Ad = Nabi Hud a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 65)

Nabi yang diutuskan kepada Kaum Thamud = Nabi Salleh a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 73)

Nabi yang merasa kesejukan di dalam api yang menjulang = Nabi Ibrahim a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 69)

Nabi yang mempunyai kaum yang suka terhadap perhubungan yang songsang = Nabi Luth a.s
(Surah Hud: Ayat 78)

Nabi yang merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri, Nabi Ibrahim di atas perintah Allah = 
Nabi Ismail a.s 
(Surah As Saaffaat: Ayat 107)

Nabi yang mempunyai anak yang juga seorang Nabi iaitu Nabi Yaakub = Nabi Ishak a.s
(Surah Maryam: Ayat 49)

Terlalu sedih sehingga menjadi buta akibat kehilangan anaknya, Nabi Yusuf  = Nabi Yaakub a.s
(Surah Yusuf: Ayat 84)

Nabi yang bermimpi sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya = Nabi Yusuf a.s
(Surah Yusuf: Ayat 4)

Nabi yang diuji dengan penyakit yang dahsyat dalam masa yang lama = Nabi Ayub a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 83)

Nabi yang mempunyai kaum yang tidak jujur dalam sukatan dan timbangan barang = Nabi Shuib a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 85)

Nabi yang dapat membelah laut menjadi dua mengunakan tongkat untuk menyelamatkan diri berserta kaum Yahudi dari Firaun = Nabi Musa a.s 
(Surah Asy Syu'araa': Ayat 63)

Saudara kandung Nabi Musa yang fasih dan petah dalam berbicara untuk membantu dakwah Nabi Musa = Nabi Harun a.s 
(Surah Al Qasas: Ayat 34)

Seorang Nabi dan raja yang terkenal dengan sifat sabar dan soleh = Nabi Zulkifli a.s
(Surah Saad: Ayat 48)

Nabi yang mampu melembutkan besi dan membuat baju-baju dari besi = Nabi Daud a.s
(Surah Saba': Ayat 10)

Nabi yang telah wafat yang tidak diketahui oleh sesiapa dan disedari wafat setelah anai-anai memakan tongkatnya = Nabi Sulaiman a.s
(Surah Saba': Ayat 14)

Seorang Nabi yang sangat soleh di sisi Allah = Nabi Ilyas a.s
(Surah Al An'aam: Ayat 85)

nabi yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah = Nabi Ilyasa' a.s
(Surah Al An'aam: Ayat 86)

Nabi yang kecewa terhadap kaumnya sendiri dan meninggalkan mereka. Lalu, di telan oleh ikan dan terkurung di dalamnya. Atas izin Allah, terkeluar dengan selamat. = Nabi Yunus a.s
(Surah Al Qalam: Ayat 48)

Nabi yang memperoleh zuriat ketika usia lanjut dan anak yang diperolehi adalah seorang Nabi juga iaitu Nabi Yahya = Nabi Zakaria a.s
(Surah Al Imran: Ayat 40)

Dilahirkan di atas izin Allah walaupun pada ketika itu bapanya telah lanjut usia dan ibunya mandul = Nabi Yahya a.s
(Surah Maryam: Ayat 7)

Nabi yang cuba disalibkan oleh kaumnya namun tidak berjaya dilaksanakan kerana Allah telah menggantikan dengan seseorang yang menyerupainya = Nabi Isa a.s
(Surah An Nisaa': Ayat 157)

Nabi yang ditegur oleh Allah kerana meninggalkan dan berpaling kepada orang buta yang ingin mengenal Islam. = Nabi Muhammad S.A.W
(Surah 'Abasa: Ayat 1)
Sumber : Tafsir Al-Quran Online

Kalau lagu kita boleh hafal, kalau nama artis kita boleh ingat.....jadi, nama 25 nabi kita ni pun kena la fahal dan ingat. Koman sangat ka kalau ingat nama nabi? Rasanya tidak. Kalau angpa ingat dan boleh hafal bermakna angpa Si Kacak dan Si Cantik yang ohsem....HiHiHi..

Sharing is caring

Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.