AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 19 September 2012

'si dia' itu sudah langgar abg long punya blog!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hajat hati entri ni nak publish 2 hari yang lepas. Tapi, tak tahu nak mula cerita macam mana keterujaan yang tetiba datang menerpa. Takut salah conteng nanti salah tafsir pula oleh khalayak. Maklum saja la, ia berkait rapat dengan seorang blogger yang femes gila....Takut juga nanti org kata abg long ni nak tumpang glamer dia. Tapi atas kapasiti rasa teruja yang membuak-buak rasanya tak daya kot untuk abg long nak peram je kat draf. Actually, dapat juga abg long berkongsi gumbira abg long ni dengan khlayak termasuk tuan badan yang terjah tu. Tak salah bukan? 

Nak tahu ke siapakah Si Dia yang abg long maksudkan tu?. Dia comel orangnya. Kecil molek dan baik orangnya. Blog dia selalu menjadi santapan ilmu bagi newbie (termasuk la abg long ang ni ha) yang baru nak bertatih dalam dunia berblogging. Dia memang seorang yang tidak lokek dan bakhil ilmu (ayat kipas baik punyeeeeeeeeee....ahaks3....). Abg long cakap betul taw,  memang dia ni seorang blogger yang super duper baik. Riban-riban spesis manusia dah terjah serta menjadi kaki lepak tetap dan berpencen diblog dia. Dia ni boleh la abg long anggap sebagai GURU dalam dunia berblog. Bukan sikit ilmu yang abg long cedok dari blog dia sejak mengenal apa itu blogspot. 

Abg long rasa ang kenai dia tersangat-sangat kalau abg long bagitau siapa nama dia. Gila la weh, abg long masih tak sangka yang dia boleh mai langgar blog hampeh abg long ang ni. Siap jadi follow lagi blog ni (walaupun just follow by tepek emel dan bukan by URL blog gempaq dan cun dia). Terharu ngat....Uhk...Uhk....Uhk....(gile gedik pula abg long ang ni...sengal). Tipu la tak terharu barang sedikkit kalau blog hingusan sendiri diterjah blogger terhebat kat alam semesta ni. Oleh kerana gumbira teramat sangat (macam ada pesta bunga api pula kat atas pale ni), maka dengan ini ...abg long akan belanja diri abg long mentekedarah aiskrim tutti frutti yang enak berkrim disukai ramai bila dapat gaji nanti.....Ha Ha Ha!!

Ang nak taw dak sapa Si Dia tu? Jeng...jeng....jengggggggggggggggg!!! Dengar sini orang kampung sekalian, seorang blogger kiut miut yang femes dan ohsem itu telah terjah blog abg long dua hari yang lepas. Terjahan dia menyebabkan sel-sel atom kegumbiraan abg long bergerak secara rawak dan tahap  kembang kempis lobang idung tidak boleh dikontrol lagi (kapal selam pun boleh lalu ni....Ha Ha Ha....nampok beno nipu nye). Blogger yang di maksudkan ialah.......Jeng....jeng...jenggggggggg!!! (berapa banyak jeng...jenggg..jenggggggggg daaaaaaaaaa). Mesti ang hangin satu badan kan? ilek la.....konon2 entri gempaq satu malaya ni. Jadi, gimik pun kena kasik konon2 gempak gak la......Kih Kih Kih!!


Si Dia blogger yang dimaksudkan


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
V


Makcik, mintak maaf la ye coz saya CURI gambaq anak makcik bersekali dengan makcik tepek kat sini.
Saya CURI gambaq dia ja, hati dia saya tak CURI.
Sebab saya taw, hati anak makcik untuk makcik ja.
Hi Hi Hi....


Lyssa jangan marah taw. 

Kalau tak suka, bagitau....Nanti saya boleh remove.

Nah.........ang kenai kan dengan Si Lyssa Faizureen ni? Betul tak ayat-ayat yang abg long conteng di perenggan ke-2 tentang dia? Well, kan dah habaq....blogger pemes tu. Laaaaaaaaa.....awat lagi? Ang tak percaya? Ni ha......ang tgk gambaq kat bawah. Rasanya bukan FAKE kot. Ini betul-betul......bukan cobaaaaaaaaaaaaan 


Kenapa abg long buat entri pasai dia ja? Kan ada gak followers lain yang bertepek kat blog abg log? Buat entri utk Lyssa ja sebab dia femes ye? Mungkin soklan2 tu menjadi tanda soal kat serembrum ang kan....Hmmmm.....macam gini la, abg long dah pun habaq kat perenggan ke-2 tu. Ayat baris nam dan tujuh. Ang baca, ang akan faham nanti.

Kepada Cik Lyssa, terima kasih daun keladi. Jemput-jemput la terjah ke sini lagi. Hi Hi Hi!  ツ

-Barakallah fiikum-


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

10 comments:

  1. Replies
    1. mmg hepi melampau thp tapai kena tapau
      ase nk je belanje diri sdiri tutti fruti mlm ni gak.
      tpi seb bek gaji x masyukkk ag ahaks3

      ツ(´¯`•.¸ღ"

      Delete
  2. Replies
    1. maceh...maceh....maceh berkoyan2 ye cik yuyu

      abg long tgh tggu blogger hot kat planet bumi, incik Ben Ashaari pula mai terjah sini

      Hi Hi Hi

      Delete
  3. Fie dah 164 followers. Tak ada pun blogger famous langgar. Hehe. tahniah :) Keep on blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm.....abg long pun tgh hairan bin ajaib gak ni (sambil mengusap janggut yg x bape nk subur), mcm ne cik lyssa faizureen ni leh langgar blog abg long ni ha.

      -?????-

      abg long ase la fifie kan, myb dia tersesat kot.

      Delete
  4. wahhh ! tetjojol habes dah bijik mata Lyssa tersembul baca entry ni . hahaha . Panjangg gilerrrr . Sesak nafas Lyssa baca . hikhik .

    Apa-apa pun thanks sebab buat entry gempak ni . terharuuunye .
    And thanks sebab jadikan Lyssa sebagai TOK GURU ! huhuhu .

    Dan gambar tuuuu . Malu nye dia tepek besaq gedabaq habis semua jerawat jeragat ku timbul . hahahah .

    Apa-apa pun , terima kasih ye :) Keep in blogging .
    *chaiyok2!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Ha Ha (ketawa gumbire ati).....thanks la lyssa coz sudi terjah ag.

      panjang ke entri ni? rasanya dah memenuhi syarat2 menjawab kertas BM SPM ni....ツ

      peehhhhhhhhh...seb bek lyssa x marah abg long curi pix tu. takot gak kena marah coz baca entri lyssa yg lps lyssa mcm angin je kat 'si pencuri' tu....Hi Hi Hi

      sesama kasih juga lyssa sbb byk beri manfaat pd abg long dan semua blogger melalui toturial kat blog lyssa. terima kasih daun keladi, nnt abg long terjah tutorial blog lyssa lg...He He He

      segan pula rasa pankreas ni bila blogger maha femes mai komen dan terjah blog abg long yg comel ini....Ha Ha Ha...

      **Gila panjang balas komen lyssa faizureen. keterujaan melampau ni (^__^)

      Delete
  5. hahaah . gila panjang je komen tu ?
    Tapi rasanya , panjang lagi entri ni ! hahaahha .

    okeoke . sama-sama xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Ha Ha....asyik2 panjang. pendek x kata pa pun....Kui Kui Kui....

      kalau la entri ni di skodeng dek geng2 dewan bahasa pustaka mau depa mintak utk jadikan koleksi cerpen pendek ni.

      Ha Ha Ha.....pak cik kayooooooooooo!

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.