Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


M.A.L.A.Y.S.I.A




Banyak status kat pesbuk, twit, tagged dan laman2 forum publish about ucapan SELAMAT HARI MALAYSIA, HAPPY MALAYSIA DAY, SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA dan tak kurang juga yang nak buat wish nakal bersempena hari Malaysia ni dgn ucapan SELAMATKAN MALAYSIA. Tapi, tak kisah la kan apa pun ucapannya, yang pasti kita semua dapat CUTI....Ha Ha Ha!!

Namun, tahukah ang tentang kewujudan Hari Malaysia ni? Mengikut catatan di Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Ang tau ka bila Hari Malaysia ini telah diiktiraf sebagai hari cuti umum untuk seluruh negara? Kalau ang nak tau mai sini abg long nak bagitau.

Untuk pengetahuan ang yang belum akil baligh dalam bab2 sejarah, pengiktirfan 16 September ini sebagai Hari Malaysia dan diberi cuti umum telah dibuat oleh PM kita Dato' Seri Najib Bin Tun Razak pada tahun 2010. Bermakna, tahun ni merupakan tahun ke-3 negara kita Malaysia bercuti umum untuk menyambut Hari Malaysia. Tarikh ini jarang diingati oleh rakyat Malaysia (termasuk abg long ang ni ha....Hi Hi Hi!!) kerana sebelum ini tarikh 16 September tidak diberikan cuti pun. Well, Best kan dapat cuti tambahan? Ha Ha Ha!!!

Abg long macam mana 16 September boleh diiktiraf sebagai cuti umum? Aduhaiiiiiii.....ang jangan la duk buat lawak bagai. Geli pankreas abg long dengar soklan macam gitu. Budak tadika kemas pun tau sejarah ni, ang yang berbulu kematu atas bawah kalau tak tau elok terjun lombong kepala tala ke bawah...Hi Hi Hi! 

Meh sini nak habaq mai, dekat la sikit. Yang ang duk jauh2 nape? Sekeh kan! Kalau ang nak tau, tarikh 16 September merupakan tarikh keramat dalam senario politik tanah air. Ang tau, tarikh 16 September 2008 merupakan tarikh yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan dan mengulingkan kerajaan sedia ada melalui wakil2 rakyat kerajaan yang berpaling tadah. Dato Seri Anwar Ibrahim juga berjanji akan memberikan cuti umum  bersempena 16 September kepada seluruh rakyat jika PR mengambil alih Putrajaya.

Kerajaan Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 semasa Pilihanraya Umum ke-12 (2008) dan menyaksikan kembalinya Anwar Ibrahim ke arena politik selepas beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P.44) membawa harapan Ketua Pembangkang untuk menggulingkan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi. Pada masa yang sama, harga barang melambung tinggi serta harga minyak yang mahal menjadikan ia modal untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.

Namun, Allah maha kuasa dan Maha Mengetahui, akhirnya rancangan mengambil alih pemerintahan pada 16 September 2008 tidak berjaya. Tapi pengulingan terhadap kekuasaan Tun Abdullah Ahmad Badawi tetap juga dilakukan, tapi ia dilakukan dari dalam dan dari luar oleh ahli2 UMNO sendiri. Akhirnya Dato Sri Najib Tun Razak telah di lantik mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Setelah berada ditampuk kuasa orang no.1 dalam negara, Dato' Sri Najib telah mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum seluruh negara bagi menyekat dan melenyapkan pengaruh Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Oooopppppssss.....alamak....alapak....alagapas....tertulis hal politik la pula. Tapi takpa kot, bukan abg long caki maki sapa2 pun kan. Just sharing ilmu untuk pengetahuan am....Kalau ang tak suka ada abg long nak kisah? Blog abg long, suka suki jemari abg long la nak taip apa pun (ayat terbongkak tak boleh blah...Kih Kih Kih!!).  Apa pun, terima kasih la kat Dato Seri Anwar Ibrahim sebab buat rancangan 1609. Jikalau tidak mesti Dato Seri Najib tak bagi abg long dengan angpa semua cuti pada 1609 ni. Ini fakta, bukan auta!

Jadi, dikesempatan ini abg long nak la juga ucap SELAMAT HARI MALAYSIA buat semua sahabat2 abg long. Terima kasih juga kerana sudi terjah blog best dan cool (cisssss....ayat gempaq cam siot je kan...) abg long ang ni ha. Terima kasih daun keladi, ape hal plak nak terima kasih dengan daun keladi.....Ayooooooooooo!!! sengal suda...



Abg long bangga jadi anak Malaysia. Angpa macam mana?

NotaDiari:
Dengan kadar jenayah yang tinggi dan berlakunya jenayah sana sini, selamatkah warga Malaysia kini? Selamat Hari Malaysia atau Mari Selamatkan Malaysia? Jom renung2 kan.... ツ
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Pandainya abg long bab2 sejarah...tq 4 info 16 sept..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tanpa Nama. 1st abg long nk ucapkn terimas ats ksudian terjah blog abg long ni ha. thanks a many2 lot of bunglow la coz sudi mninggalkn komen.

      Tapi kan, law Tanpa Nama ada nama kan comel sikit. Pe pun tak kisah la erk....janjiiiiiii ditepati.....jgn lupa bls budi....kihkihkih. (maaf la, abg long ang ni mmg suka merapu-meraban-meroyan bagai)

      kekdg kan...kita kna tahu gak 'sejarah', baru hidup kita akn best dan cool

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.