Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 24 September 2012

Laguna Ikan Bakar | Sudah Cukup Sudah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tadi, seusai solat maghrib abg long ke bandar Chukai, Kemaman...Eh...bandar ke? Tak rasa macam bandar pun, lagi comel kalau panggil pekan jer kot...Hi Hi Hi....orang Chukai jangan marah tau...

Ke sana tadi pun coz nak pergi klinik. Masa tu hujan punya la lebat dengan kilat pumpang pumpang kat atas langit sana. Bulat je mata abg long ni nengok jalan. Maklum la, abg long ni rabun ayam sikit. Kalau drive dalam keadaan hujan memang merimaskan. Silau cahaya kenderaan dari depan betul2 buat nazak penglihatan. Tapi apa nak buat kan, bukan abg long ni bomoh hujan boleh nak halau2 hujan. Apa lagi nak punyai ilmu mengelecek ayaq hujan. 

Perjalanan dari tempat abg long lepak nak ke pekan Chukai tu paling lama amik masa dalam 45 minute....pehhhhhhh....jauh gila kan? Dah nama pun tinggal kat dalam ladang disebuah kawasan pedalaman.....hu hu hu...Sabaq ja la....

Dishortkan chegite (sebab badan dah letih dan mata dah ketat), lepas je berurusan kat klinik cepat2 abg long drive untuk pulang ke Padang Kubu. Tak sabaq nak mengadap blog yang sweet dan comel ini....bajet ohsem la plak abg long ni...eh, ada ke abg long kisah. Masa duk layan stereng tetibe perut ni bergangnam style, mintak soru la tu....

Abg long pun singgah la kat sebuah kedai ni. Nampak cantik je kedai makan ni, meriah bagai dengan lampu lip lap lip lap dia ha. Serebrum abg long kata kedai ni mesti makanan dia tip top, fasalitas (sekali cakap indo plak) memang gempak abis.

Masa duduk tu mai la pelayan lelaki dia, tanya abg long nak order apa. 

Abg long mintak la senarai menu kat dia. Boleh dia kata takdak.....Mak datuk nenek opah ang, kedai punya besaq gedabak dan berhias bagai, satu senarai menu pun takdak. Apa celop tot! celop tak celop, lapaq punya pasai abg long order tapau nasi goreng USA lahanat satu.

Sementara tunggu order siap, abg long baca paper atas meja. Selang dalam 15 minute order siap....

"Bang, ni nasi yg abg order", kata pelayan lelaki tersebut

"Berapa dik", tanya abg long sambil mengeluarkan dompet jenama polo dari poket jeans live's 501.

"Seploh ringgit je bang", jawab pelayan tu selamba.

Terkezut berok mat yeh yang teramat abg long bila dengaq ayat "seploh hinggit je bang".  Gila mahai ko....bukan order kat bankuet hotel tujuh lapan bintang pun...eh..eh...ada ka hotel tujuh lapan bintang? bese lima bintang ja kan? tersasul sudahhhh...

Abg long tanya dia lagi sekali, mana la taw kot2 abg long ada sound trouble sekejap masa dia cakap. Tapi jawaban dia tetap sama macam memula abg long dengaq yang 1st tadi, "seploh ringgit je bang".

Ke memang dasar nasi goreng USA lahanat rega dia mahai lagu tu?. Tapi sebelum2 ni pun pernah gak mentekedarah nasi goreng ni, tapi takdak la kena taboo sampai seploh hinggit. Memang cekik darah melampau-lampau la tokey kedai makanan Laguna Ikan Bakaq ni. Nak pergi Makkah ke apa jual memahai lagu ni. Selalu abg long duk makan kat kedai2 len rega dia empat hinggit lima kupang ja, paling tinggi pun lima hinggit. Malam ni kena seploh hinggit, nasib baik abg long tak tapau ayaq sama. Kalau dak, mau lunyai dompet abg long ni ha.

Taaaadaaaaaaaaaaaa.......Ni la rupa nasi goreng USA lahanat seploh hinggit yg abg long order tadi sebelum menjadi mangsa perut abg long.


Apa ada dengan nasi goreng USA lahanat?
Lima ketul sosej sebesaq anu budak 4 tahun
5 keping daging lembu import yang di masak merah
Sebiji telur ayang betina yang digoreng dadar
Selonggok nasi yang berbau dan berasa hangit
Selai daun salad
Sepotong timun

Itu la spesis2 yang terlepak dalam bekas tapau tu. Ang rasa berbaloi ka abg long bayaq rega seploh hinggit dengan sebungkus nasi goreng USA lahanat ni? Dah la bila makan tak best, nasi dia rasa sedikit hangit. Apa punya kedai daaaaaaaaaaaaaaa 

Abg long bukan berkira sangat dengan nilai seploh hinggit tu, kot ya pun nak jual mahai biaq la sedap macam masakan kat hotel nun. Ini tidak, bikin panas ja.

Dunia hari ini macam gini la, kita yang pengguna selalu jer terkena. Para peniaga sekarang ni dalam pala hotak depa hanya pikiaq untung ja. Langsung tak pikiaq tanggungjawab sosial pada masyarakat terutamanya pengguna. Tak salah berniaga nak untung, dah memang adat orang berniaga dia tak nak rugi. 

Tapi, ada tapinya juga....Kot ya pun nak untung biaq la dengan cara yang sweet dan comel. Toksah la duk cekik darah pengguna sangat. Sekali orang dah terkena, orang dah tak pi dah untuk kali kedua. 

Abg long memang tak kan pijak dah kedai tu. Sudah cukup sudah. Kat pengkedai yang lagu ni la kita sebagai pengguna perlu guna kita punya power. Kita boikot. Biaq depa sedaq....biaq depa insaf. 

Kepada perniaga2 lain yang terbaca entri ini, suka la abg long nak pesan. Ang berniaga la dengan sweet. Ikut la prinsip2 berniaga dalam islam, elakkan penindasan.

wallahulam

Barakallah fiikum

p/s: Sahabat2 pernah tak alami situasi seperti mana yang abg long rasai malam ni?

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.