Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 14 September 2012

Adakah Angpa Antara Pembeli Berperangai Huduh Kat Malaysia?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Rasa-rasanya angpa tergolong dak antara pembeli yang berperangai sengal sepertimana yang di laporkan oleh akhbar The Star kat atas? Baik mengaku je, tak payah duk konar baring bagai....Macam la angpa tak pernah buat kan? kan? kan? Ha Ha Ha....

Antara perangai huduh pembeli-pembeli Malaysia (termasuk abg long?) yang dishotlistkan oleh akhbar The Star bertarikh 23/7/2012 yang mengakibatkan peniaga kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan. Peeeehhhh....banyak tu kerugian peniaga angkara kenakalan kita....Hi Hi Hi

1. Menekan atau memicit buah-buahan atau sayur-sayuran. 

[yang ni abg long pernah buat]

- Kalau nak beli sayur, yang selalu jadi mangsa keadaan ialah kacang bendi, abg long selalu cuba patahkan hujung buahnya. Kalau boleh dipatahkan, maknanya ia masih muda dan boleh dibeli. Ini semua angpa pernah buat kan? Maklum la, petua orang2 lama. Ahaks...ahaks....ahaks....
- Kalau beli buah, selalu yang menjadi mangsa buah mangga dan epal. Tak tahu kenapa, tapi suka sangat tekan2 dengan jari. Rasanya abg long saja nak test keanjalan isi dia kot...Kui Kui Kui
 2. Membuka barangan yang berbungkus dan kemudian meletakan atas rak semula. 

[yang ni abg long tak pernah buat]

- Tapi pernah letak barang bukan kat tempat asalnya bila rasa macam tak perlu pula beli barangan tersebut. Letak tempat lain pun takpa kot coz nanti mat-mat bangla yang kerja pasaraya tu boleh kutip semula, tak la depa kerja makan gaji buta. Rasa-rasanya perbuatan ini tidak merugikan peniaga. Hi Hi Hi...
 3. Menukar tanda harga atau ‘barcode’ dengan yang lebih murah.

[yang ni abg long tak pernah buat]

- Tapi selalu gak bila ambil barang yang nak dibeli, bila dah sampai kaunter and nak buat bayaran tengok2 tanda harga dan barcode takdak. Cashier tu pula boleh suruh abg long pi amik item yang sama yang ada tanda harga or barcode supaya boleh dia scan harga. Masa ni nak je abg long bagi smackdown kat dia, kaunter dengan tempat barang yang abg long amik tu bukan sekangkang monyet. Dah la jenuh beratur, last2 tak boleh beli sebab takdak tanda harga or barcode. Hu Hu Hu....
 4. Mencuba seluar dalam walau pun jelas tegahan berbuat demikian.

[yang ni abg long tak pernah buat]

- Selagi abg long waras dan siuman tidak sesekali abg long buat lagu ni. Abg long pun hairan kenapa ada orang nak cuba. Tak kan saiz sendiri pun tak tahu. Kah Kah Kah.....Tapi, abg long ada pengalaman sadis bab beli seluar dalam ni. Pernah sekali beli, balik rumah baru perasaan dalam kotak tu ada macam-macam saiz. Paling tak boleh tahan bila ada selai yang bersaiz XXL. bapok beso!! Dalam kotak ada lima helai, satu je yang bersaizkan abg long. Huk...Huk...Huk.....Naya wei.
Angpa pernah buat tak? atau angpa pernah lihat spesis2 pembeli yang berperangai huduh sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star tu?

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.