Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 19 September 2012

Ngeri | Nasib baik tak rentung

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tragedi siang tadi betul-betul bikin abg long kecut tali pusat (eh....ada lg ke tali pusat, kan ke dah besaq gedabak?). Apa tidak nya, secoklat2 muka abg long ni boleh bertukar jadi kaler biru. Memang suspen dan thrill gila babas la kejadian tadi. Nasib baik abg long sedaq, kalau tidak  gerenti esok muka sweet abg long ni masuk muka depan surat khabar Metro dengan tajuk 'Seorang blogger blog tak berapa best rentung akibat 4 ketul nugget yang comel'. Hmmmm....Ada ke tajuk akhbar panjang berbatu nautika cenggini? Nasib baik la siang tadi abg long tidak bernasib tidak baik (ayat tingggg tongggg sudah), kalau tidak haru satu the blogosphere ni ha.

Siang tadi balik keje dalam jam 1:35pm waktu Malaysia. Sampai rumah je tetiba peyot ni bergangnam style. Bersama langkah sopan santun abg long menuju ke dapur dengan perasaan penat, malas dan perut berdenggung. Buka peti ais, mengusyar makanan yang boleh ditelan sepantas gaban....hmmmmm.....tak ada apa2 yang best untuk dimakan. Yang ada seplastik nugget ayam berjenama Ramly yang berharga RM10.99 sen. (beli kat Sabarsun, Kuala Terengganu weekend yang lalu)

Waaalaweeh....kena masak la pulak. Duk tengah kebuluq ni la tak dak makanan yang boleh ditelan sepantas gaban. Ggggggggrrrrrrrr........Time tu muka ketat seakan-akan orang tengah cari ilham dalam jamban. Dah la lapaq tahap kebuluq, kena masak dulu baru boleh mentekedarah. 

Panas kan minyak----->buka api------>letakkan kuali yang tersedia ada atas daapur gas------>tunggu------>lambat betul panas mintak ni------->terus masukkan nugget------->lapaq sudah-------->lambaat lagi-------->amik tudung periuk--------->letak atas kuali-------wait and see. (panaskan minyak dulu ke buka api dulu? terkompius dah ni...Huk Huk Huk!)

Sementara tunggu masak dan boleh di telan nugget tu, abg long masuk bilik lalu on laptop. mengadap skrin laptop, google name Amir Aiman Akashah. Tetiba ilham dari Tuhan datang untuk menconteng apa adanya. Lepaking la abg long depan skrin laptop seperti tiada apa-apa.

Secara tidak sengaja, akhirnya nugget dalam kuali menjadi mangsa. Sedar-sedar satu rumah dah kelam dengan asap hitam. Terus abg long berlari-lari anak dengan gaya sopan lagi santun merempit ke dapur. Adoiiiiiiiii.....sejak semakin tak comel ni daya ingatan semakin lemah pula. 

Nasib baik cepat sedar. Jika tidak, memang naya la kat abg long ang ni ha. Mati rentung la abg long. Sepi dan sunyi la blog ni untuk selamanya. Nauzubillah.....kalau nak mati pun, biaq la mati dalam keadaan yang best dan cool. Tak sanggup ase nye mati terbakaq. 

Kat bawah ni berapa keping gambaq kejadian sadis siang tadi. Dinding ngan siling yang berjelaga lupa nak amik. Ang imagine la sendiri bertapa berjelaganya rumah abg long akibat kecuaian yang telah berlaku siang tadi. Diulangi......akibat kecuaian....Huk Huk Huk!!


Dalam bulatan tu dah hangus sedikit kerana dapur gas tu panas terlampau 
sampai melekat kat tepi kabinet. Dapur pun dah jadi melentik sikit
akibat kepanasan melampau yang berlaku. Periuk tu hanya perhiasan.
Mangsa sebenar telah dikeluarkan.


Setelah disental dengan 'separuh nyawaku pergi' kotoran degil tak juga hilang.
Rasa nak tercabut buah pinggang abg long ni ha duk pulun gosok dia.
Tapi macam cantik pula kaler tudung periuk tu, siap ada corak-carok
Boleh dijadikan lukisan abstrak kot.

Boleh frame ni,
Gantung kat dinding buah kenangan

Senduk ke sudip? ntah.... apa apa je la kan...
rentung di belai api.

Kuali tu dah tak boleh pakai coz body dia dah melekuk-lekuk
Dah tak cun dan tak menghairahkan lagi.

Bahagian bontot kuali yang sudah tidak mantap lagi.
Mengalami kepanasan terlampau.
Sampai herot perot dah jadinya
1 jam lebih kena bakaq atas dapur mau tak jadi cenggini?

Well, berdasarkan kejadian siang tadi maka dapat la abg long simpulkan bahawa banyak kebaikan dan benda baru yang dapat abg long pelajari.

The moral of story is......


1. Jangan buat dua benda utama serentak dalam satu masa terutamanya yang melibatkan bahan2 merbahaya.
2. Bila sesuatu bahan metarial dalam keadaan panas yang terlampau jangan siram dengan air. Biarkan ia buat sementara waktu. Bila dah sejuk baru bilas dan basuh. Ini bertujuan untuk mengelakkan barang tersebut terkezut.
3. Jangan lalai dan alpa dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
4. Jangan duk berangan bagai masa sedang memasak.
5. Jika berlaku kebakaran jangan panik. Sebaliknya bertenang, selepas itu terus cari jalan menyelamatkan diri. Berlarilah selamatkan diri ke kawasan yang lapang.

Ok la, setakat ini sahaja. Mata abg long dah macam garfields. Nanti abg long sambung berstory ya


Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

6 comments:

  1. Pernah kena macam nie, pucat lesi tidak berdarah muka. Siap call aunty belakang rumah, memang terkejut yang amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua berlaku sbb KECUAIAN.
      wlpn waspada, tetap jga akn ada wlau skecil2 kecuaian.

      apa pn, lps ni kna lbih bhati2

      Delete
  2. Nasib laaa sempat sedar.... kalo tak... ishh ishhh mesti kuat berangan nie... huhi

    btw
    salam kenal
    i singgah n follow kamu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum LidiaSuraya.
      Thanks sudi terjah dan follow me...ツ

      itu la, nasib baik abg long tidak bernasib tidak baik.
      pe2 pn ape yg tlh tjadi ini akn abg long jadi kn pedoman.

      ini la bahananya bila dh lma x msk dapur
      dapur pun beni tgk muka kita...Hi Hi Hi

      Delete
  3. mak ai... kalau la gas tu meletup.. fuuhh... x tau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Crew fathi.
      Thanks sudi terjah ini blog.

      Alhamdulillah, Tuhan masih beri abg long ruang dan peluang utk berdada lapang.

      hari2 dpn masih lg dlm psoalan.

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.