Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 6 September 2012

Kisah Iman Abu Hanifah | Buat Sesiapa Yang Telah Atau Berangan-angan Nak Hina Profesion Keguruan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Panjang gila tajuk entri abg long kali ni. Entri ni abg long tuju kan KHAS buat sesiapa yang telah atau berangan-angan menghina dan mengkondem profesion keguruan untuk meraih publisiti murahan. Dari angpa duk hina dan kondem profesion keguruan ada baiknya angpa jual burger tepi jalan. Duit masyuk, hidup angpa pun tenteram....Hi Hi Hi (gelak nyenyeh)


Kisah ini berkenaan Imam Abu Hanifah yang menghormati dan memanggil 'GURU' kepada seorang lelaki kafir yang hanya mengajarnya satu ilmu. Iaitu ilmu bagaimana mengetahui bilakah cukup umur bagi seekor anjing.

Imam Abu Hanifah lahir pada tahun 80 Hijrah (sahabat Nabi masih ada pada masa itu). Imam Abu Hanifah adalah salah satu dari imam kepada 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. 4 mazhab ini berasal dari 1 ‘kepala’ iaitu Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi).

Sila baca, faham dan amalkan.
Begini kisahnya. Seperti biasa pada petang itu orang ramai memenuhi Masjid Kufah bagi mengikuti pengajian ilmu hadith yang disampaikan oleh Imam Abu Hanifah. Sedang beliau mengajar tiba-tiba muncul seorang lelaki dari keturunan Yahudi. Imam Hanafi segera bangun sebagai tanda hormat kepada lelaki itu

“selamat datang datang wahai guruku. Adakah apa-apa yang dapat saya bantu?” tanya Imam Abu Hanifah sambil menunjukkan rasa hormat.


“sebentar tadi saya singgah di kedai kamu bagi membeli sehelai baju. Saya tidak cukup duit mahu membelinya kerana harganya di luar kemampuan saya. Pekerja kamu tidak setuju apabila saya minta diturunkan harganya. Kerana itu saya datang dan mengadu kepada kamu,” jawab lelaki itu.


“selepas habis mengajar nanti saya akan berada di kedai itu. Tuan tunggu saya di sana dan tuan akan mendapat baju itu,” kata Imam Abu Hanifah. Lelaki itu kelihatan gembira lalu beredar dari situ.


“Tuan guru, bukankah lelaki itu berbangsa yahudi? Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri menyambut kedatangannya?” tanya salah seorang anak muridnya.


“Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,” jawab Imam Hanafi.


“Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki yahudi itu?” tanya seorang lagi dengan rasa kehairanan.


Menurut Imam Hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki yahudi itu banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakannya perkara tersebut.


“Lelaki itu memberitahu saya seekor anjing itu cukup umurnya apabila ia sudah kencing berdiri. Sesiapa saja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya. Lelaki itu mengajar saya satu ilmu mengenai anjing kerana itu saya menganggap dia juga salah seorang guru saya,” kata Imam Abu Hanifah.


Selesai mengajar, Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki yahudi itu masih berada di situ menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira, dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya.


“Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit untuk membelinya,” kata lelaki Yahudi itu lagi.


Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Yahudi itu sambi berkata, “saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu.”


“Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.


“Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing. Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu adakah satu ilmu dan tuan adalah guru saya walau mengajar satu ilmu,” jawab Imam Abu Hanifah.


“Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai besok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.


“Boleh…,” jawab Imam Abu Hanifah.


“Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana belum Islam,” kata lelaki Yahudi itu.


“Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan mengganggu,” kata Imam Abu Hanifah pula.


Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah.


Begitu juga dengan Imam Malik yang tidak menganggap Khalifah Harun Al-Rashid sebagai seorang khalifah apabila khalifah datang untuk belajar ilmu hadith (kitab Al-Muwatta’) daripadanya. Beliau hanya menganggap khalifah sebagai anak-anak muridnya seperti yang lain. Beliau hanya menyuruh Khalifah Harun duduk di bawah dan beliau duduk di atas sebagai guru.


Sikap menghormati guru ini sama diamalkan juga oleh Imam Shafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. [sumber: Wana Amani]
Di sini menunjukkan kita bahawa mulianya darjat seorang guru. Maka, kepada anda2 diluar sana hormatilah guru seadanya. Tidak akan kikir seseorang hamba Allah itu andai dia menghargai dan mengasahi seseorang yang pernah memberi kepadanya ilmu.

Barakallah fiikum.
____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.