Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 13 September 2012

Tips | Jom Besarkan Payu Dara ツ

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ha Ha Ha....Mesti angpa kata abg long buang tabiat coz buat entri cenggini. Abg long bukan apa, info sihat macam gini tak elok diperam dan baca seorang diri. Ada baiknya info sebegini dikongsi bersama. Untuk kite2 aje.... ツ

Abg long rasa setiap wanita kat planet bumi ni inginkan payudara yang cantik, menarik, tertarik de boommm!!. Angpa tak payah konar baring la yer, sekilas penyu dilautan abg long dah tau jantan ke betina...Hi Hi Hi!! Kalau belah-belah barat depa buat breast implants nak dapatkan payu dara yang ideal. Tapi, itu belah barat. Kalau kita orang islam tak kan nak buat breast implants kan? Rasanya Islam pun haramkan tindakan membuat breast implants semata-mata nak nampak seksi dan mantop (kalau abg long salah tolong betul kan erk!).

Angpa tau dak, payudara terhasil daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, angpa dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara angpa. Lantas menjadikan angpa seorang yang sedap mata memandang. 

Berikut ada beberapa contoh senaman yang angpa boleh lakukan untuk membesar dan menegangkan payudara. Tapi ingat, senaman ini hanya membantu membentuk otot pada tapak payudara angpa sahaja, iaitu otot pektoral. Saiz payudara tidak akan membesar sampai ala-ala kepunyaan Pamela Anderson, Rozita Che Wan ataupun Neelofa....Kah Kah Kah!! 

- PAMELA ANDERSON
-ROZITA CHE WAN
-NEELOFA
Jom besaqkan payudara dan selamat bersenam semua 
1. Chest Press

Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym.

Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada. Lakukan dengan 8-12 ulangan.

Kalau kat rumah, angpa boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).

2. Push Up Pectoral atau Plank

Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu angpa. Sekarang, cuba angkat badan angpa ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. 


3. Dumbbell Pullover

Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada angpa. Dengan perlahan, gerakkan tangan ke belakang kepala sejauh yang boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. 


4. Pec Deck Flyes

Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan angpa. Tangan angpa sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada angpa (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan dengan 10-12 ulangan.

Kalau tiada peluang untuk ke gym. Angpa boleh juga lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, angpa boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain. Terpulang pada citarasa angpa la ye...Hi Hi Hi!!

5. Dips Bench atau Kerusi

Senaman dips ini memang bagus dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah).

Pastikan siku angpa keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku angpa capai dalam 90 darjah.

Untuk semaman di kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung  ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki angpa sentiasa lurus. Sekarang bengkokkan siku tangan angpa untuk menurunkan badan angpa. Pastikan siku keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku capai dalam 90 darjah.
Well, angpa rasa2 nak dak payudara yang mantap dan boombastik? Tak perlu keluarkan modal yang besaq gedabak pun angpa mampu memilikinya. Murah dan mudah, hanya bersenam mengikut cara yang betul dan cool. 

NotaDiari:

Angpa yang jantan tu toksah la ngengade nak besaq2 kan payudara ye....tak sesuai langsung. haiiisshh! 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.