Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 10 September 2012

Gadis Melayu Terlampau

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Astagfirullahaladzim.....Mengucap panjang abg long bila baca satu emel yang dikirimkan oleh seorang sahabat. Dalam emel tersebut ada berserta sekali dengan prints screen seorang gadis remaja melayu yang memberi komen pada wall facebook miliknya yang mengambarkan gadis tersebut sedang memperlekehkan agama dan Allah SWT. Dia sanggup hina Allah SWT kerana teman lelaki apabila membalas komen rakannya. 

Sebetuinya kisah ni dah lama berlaku, cuma abg long ang ni ha tertinggal keretapi. Baru hari ni berkesempatan merapu-meraban tentang kisah meruntun jiwa ni. Macam biasa la, entri ini hanyalah pendapat abg long semata-mata. Ianya bukan MANDATORI utk angpa menerima setiap apa yang abg long bicarakan.

Macam biasa, sila klik pada gambaq untuk tumbesaran.  Jangan seksa kornea mata angpa.


-Kiriman emel: Garfield Jassmine
Cu tengok gambaq tu ha, sampai begitu sekali tahap kecetekkan agama dikalangan muda mudi kita sekarang ini.  Sehingga sanggup menghina agama sendiri dan Tuhan yang memberi peluang untuk dia melihat betapa indahnya dunia.  Tak kan la kerana terlalu mencintai kekasih (belum tentu lagi pakwe/makwe kita tu akan menjadi yang halal buat kita) sanggup menghina Allah SWT dan memperlekeh agama sendiri. Hilang akai ka apa budak ni....Ggggrrr!!!
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud,
"Tiada beriman seorang diantara kamu sehinggalah ia menjadikan ALLAH dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lain"
[HR:Bukhari & Muslim]
Abg long tidak pasti adakah gadis ini sedar atas keterlanjuran tutur katanya atau tidak. Jika dia sedar dengan setiap perkataan yang dia taip, maka tergelincirlah dia dari roh keimanan dan ketakwaan. Nauzubillahiminzalik!

Ini baru satu kisah yang ditemui, abg long yakin kat luar sana masih berlambak lagi cerita2 tidak cool dan best seperti ini sedang rancak menghiasi laman2 sesawang. Abg long sedih dan terkilan teramat sangat dengan apa yang terjadi ini. Seolah-olah sistem pendidikan kita ada ketidaksempurnaan. Jika ini benar, siapakah yang harus dipersalahkan? Sedangkan ia adalah menjadi tanggungjawab kita bersama.

Bagi abg long, ada kewajarannya sistem pendidikan kita direformasikan semula dengan menitikberatkan elemen pendidikan agama islam itu sendiri. Salah satunya adalah dengan menjadikan subjek pendidikan agama islam itu sebagai subjek wajib lulus seperti mana subjek2 teras yang lain agar anak2 kita yang beragama islam ini lebih mendalami agamanya.  Supaya kisah seperti gadis ini tidak berulang lagi di kemudian hari.

Abg long hanya mampu berdoa semoga gadis yang bernama Nur Lysa ini diberi hidayah oleh Allah SWT. Harap dia sedar dan insaf atas kekhilafan yang dia lakukan itu.

Abg long ingin berpesan pada diri sendiri dan rakan sahabat sekalian, berhati-hatilah dalam setiap tutur kata kerana ia mencerminkan siapa diri kita yang sebenar.

Semoga Allah SWT memelihara kita semua dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi, 'disini' dan juga 'disana'.

NotaDiari:
Tidak kisah mencintai atau dicintai, yang penting ♥ mau suci ツ
____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.