Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 26 September 2012

BN Tawan KELANTAN?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Maaf la kalau ang boring terjah blog abg long utk hari ini. Saja ja buat entri pasai politik, nak test market orang kata....Ha Ha Ha....Sekali sekala boleh la kot layan politik. Tapi, kalau nak follow 200 percent politik Malaysia ni memang boleh mengetatkan serebrum kanan kiri. Semua benda kalau boleh depa nak kait dengan politik. Hatta terkentut sekali pun depa sebolehnya kalau boleh nak tepek kaitkan dengan politik. Pendek kata, kat Malaysia sekarang ni, makan politik, tidur politik, berak politik.....semuanya nak dipolitikkan.

Tadi siang abg long ada baca artikel tentang satu kaji selidik berdasarkan trend semsa sokongan terhadap parti-parti politik. Penyelidikan terhadap perubahan trend sokongan ini telah dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel). Peratusan jangkaan memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini.

Jangkaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menguasai semula Kelantan yang ditadbir Pas sejak 1990 pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) menunjukan trend positif. Manakala sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas yang mentadbir kerajaan negeri telah susut  3 mata daripada 44 peratus sepanjang tempoh tersebut. 

Bermakna, Pas kini tidak lagi berada dalam zon selesa. Antara faktor-faktor yang abg long kenal pasti memberi keuntugan kepada BN adalah isu air. Masalah isu air ini bagaikan bom jangka terhadap keupayaan Pas untuk terus mentadbir Kelantan selepas PRU13 nanti. Memang benar isu air ini bukan sahaja berlaku di Kelantan, ia bagai penyakit yang tidak dapat di ubati hatta di negeri yang di perintah oleh BN itu sendiri. Cuma di negeri yang dikuasai oleh BN, media massa baik cetak mahupun elektornik seakan membutakan mata dan memekakkan telinga. Perang saraf dan serangan yang dibuat oleh pihak BN sepanjang tempoh berbulan2 yang lalu di media massa dan media cetak seakan2 telah menyebabkan orang ramai mempercayai serta melihat Pas gagal dalam mengurus tadbir, terutamanya hal yang berkaitan air-keperluan harian.

Lihat sahaja pada waktu kita semua bersiap siaga untuk menyambut Syawal yang mulia tempohari. Keadaan kepayahan dan kesusahan ketiadaan air ketika ingin menyambut Syawal telah mendorong simpatime orang ramai kepada penduduk Kelantan dan isu ini telah menyikap kelemahan kerajaan negeri. Saban waktu media massa memainkan isu air ini walaupun pihak kerajaan negeri telah berusaha untuk menanganinya. 

Selain itu juga, faktor penolakan ini berlaku akibat dari serangan ke atas ketidakupayaan pas dalam menangani isu ladang rakyat. Isu ini memperlihatkan Pas sebagai pentadbir yang lemah dan tidak bertanggungjawab.

Pemberian bayaran royalti minyak yang ditukar kepada bantuan wang ehsan oleh kerajaan BN melalui UMNO negeri juga seakan memberi kelebihan kepada mereka. Banyak  wang telah disalurkan kepada rakyat Kelantan atas nama wang ehsan. Ini sedikit sebanyak telah menaikkan nama BN khususnya UMNO dalam menangani masalah dan kesempitan hidup rakyat.

Isu Ngeh Khoo Ham, MP dari DAP berkaitan demo anti "Innoncence Of Muslims" hanya buatng masa dan tenaga orang melayu-islam juga seperti bom jangka yang bakal meledak dengan dasat sekali. Ini kerana, orang ramai melihat seakan-akan Pas tunduk kepada DAP dalam isu-isu tertentu. Tiada suara vokal dari Pas yang mempertikaikan tindakkan MP tersebut memperlekehkan demo anti "Innoncence Of Muslims"

Pada hemat pala otak abg long, orang melayu ni (melayu kiasu), jika mereka rasa agama, institusi beraja dan hak-hak keistimewaan mereka tergugat mereka rela bergantung kepada syaitan yang dikenali (meminjam kata-kata Tun Dr.Mahatdir) berbanding meletakkan harapan kepada Pas yang berkolaborasi dengan DAP. Jadi, perkataan tidak cermat yang dikeluarkan oleh Ngeh Khoo Ham itu seakan-akan telah dimanipulasi dengan baik oleh BN untuk menghentam PR, khususnya Pas. 

Hakikat yang harus kita telan, demo politik anti "Innoncence Of Muslims" yg telah dibuat oleh Pemuda Pas bertemakan "Ekspresi Hijau Kasih Nabi" di depan kedutaan USA dan Pemuda UMNO bersama 30 ngo di perkarangan Masjid Jamek Kg Baru tidak mendatangkan impak secara besar-besaran.  Google dan youtube tak juga berganjak dengan sikap mereka utk tidak buang filem itu dari disiarkan walaupun bantahan dibuat dari seluruh dunia.  Dan, kerajaan Malaysia tetap dan masih juga menjalin hubungan dengan USA. Jadi tak kemana pun demo tersebut. Sayang Islam dan Nabi bukan dengan berdemo semata-mata....apa? itu pun abg long nak bagitau juga ke? Sendiri pikiaq la wei....kalau takleh pikiaq gak sila baca Innoncence Of Muslims | Dimana kekuatan kita?....aduhhhhhhh....dah terbabas dah ni....

Ok. kembali kita ke track asal. Abg long rasa, pihak pemimpin Pas tidak boleh tidak untuk mengambil mudah dan sambil lewa hasil kajian ini. Satu gerak kerja bersepadu harus disusun gerakkan ssekiranya tred perubahan ini hendak disekat. Itu pun kalau pemimpin Pas celik mata hati dengan dapatan hasil kajian ini. Jika mereka cuba menafikan, bermakna cara politik Pas sama sahaja dengan geng sebelah sana.

Isu Nasharudin Mat Isa juga memberi impak sokongan kepada Pas menjunam. Bekas naib presiden yang kalah bertanding ini bagaikan api dala serkam dan gunting dalam lipatan kepada perjuangan Pas. Ramai melihat Nasarudin sebagai ahli Pas yang bercakap bagi pihak UMNO dalam isu-isu panas kebelakangan ini, kerana kontra beliau dengan pasti jelas sekali tapi tiada tindakan terhadap beliau. Memang benar Pas perlu menangani isu anak Mat Isa ini ibarat menarik rambut dalam tepung, tetapi perlu kita sedari penyakit jika tak dibuang atau diubati, dibimbangi akan merebak dan memudaratkan keseluruhan badan.

Ada juga faktor-faktor lain yang menyebabkan penurunan sokongan terhadap Pas, tapi faktor-faktor yang dinyatakan diatas lebih dominan dan perlu diambil tindakan dengan kadar segera oleh kepimpinan Pas negeri mahupun Pas pusat.

Persoalan disini, adakah majoriti rakyat Kelantan sudah bersedia untuk menukar kerajaan daripada Pas kepada UMNO? Sudah bersediakah mereka untuk menurunkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kerusi Menteri Besar Kelantan?

Biarlah hendaknya segala percaturan politik oleh parti-parti politik baik Pas mahupun UMNO dalam suasana yang sihat walafiat. Dan, abg long harap persaingan yang comel ini kelak akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.

Semua perubahan yang bakal berlaku di PRU13 nanti sebetulnya terletak atas kebijaksanaan rakyat Kelantan itu sendiri dalam menentukan untung nasib diri dan negeri yang mereka sayangi.

NotaDiari:
Kajian Umcedel ini juga bertanya kepada respondennya sama ada debat antara Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim wajar diadakan. Debat ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua tokoh tersebut menyatakan polisi masing-masing dalam mentadbir urus negara Malaysia selepas PRU13 demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Seramai 72 peratus mengatakan pendirian ia wajar diadakan, manakala 17 peratus mengatakan ‘tidak’.

Untuk debat ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun menyatakan pendirian bersedia untuk berdebat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Namun di pihak PM Dato’ Seri Najib Tun Razak masih tiada apa-apa maklum balas untuk debat ini direalisasikan.

p/s: Untuk bacaan lanjut ang boleh la beli surat khabar Sinar Harian yang berada dipasaran.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.