AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 30 September 2012

Gila cool! | Rumah jadi beku. Angpa tau?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Angpa penah tak tengok rumah jadi beku? Maksud abg long rumah yang jadi mcm ketui ais. gila kesian kat tuan rumah ni ha bilamana rumah comel beliau jadi beku macam duk kat dalam tempat freezer peti ais. Memang gila cool abis la rumah ni ha, tak payah dah nak taruk aircond bagai. Silap2 sapa yang tinggal kat dalam rumah ni lepaih ni pun boleh jadi beku sama. 


Menurut berita tempatan, ketika tuan rumah bersama keluarga beliau bercuti ke tempat-tempat perlancongan di Sepanyol selama beberapa hari, rumah tersebut telah dipecah masuk oleh penyamun. Penyamun berkenaan dikatakan telah lupa untuk menutup pintu selepas keluar dari rumah tersebut. Akibatnya, keseluruhan rumah tersebut bertukar menjadi ais yang membeku.

Diberitakan, suspek yang menyebabkan rumah tersebut membeku masih belum dikenal pasti. Kat bawah ni abg long terbangkan khas buat tatapan angpa semua, gambaq2 rumah beliau yang membeku. Gila cool!






Amacam? Gila cool bukan? Dah jadi macam seni plak rasanya....Ha Ha Ha!

Well, abg long nak la pesan kat angpa semua. Jangan pula lepaih ni angpa pi buka peti ais kat dapuq tu semata-mata nak bikin rumah angpa jadi lagu ini. Tindakan lagu tu langsung tak cool. Itu buang tabiat nak mampus masuk kubuq namanya...Kah Kah Kah!

Gila cool tak entri abg long ni? 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Hot! | Anak seorang saudara baru (mu'alaf) hendak dimurtadkan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Terhangat! Tergempaq!


Abg long dapat info ini dari seorang iman tua di sebuah masjid. Abg long di beritahu bahawa anak2 seorang saudara baru (mualaf) akan dimurtadkan oleh saudara mara sebelah isteri beliau. Isteri beliau masih belum dapat memeluk agama Islam ekoran dari sekatan dan halangan keluarga.

Dua orang anak beliau yang masing2 berusia 14 tahun dan 15 tahun telah dilarikan dari jagaan beliau. Ketika entri ini abg long tulis, pihak saudara mara belah isteri beliau telah menfailkan kes dimahkamah persekutuan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengembalikan anak2 beliau kepada agama asal mereka sebelum ini.

Walau bagaimanapun, anak bongsu beliau tidak berjaya dilarikan dan masih berada dalam jagaan beliau.

Maklumat ada dengan abg long. Cuma abg long inginkan sedikit lagi kesahan terhadap maklumat yang ada ini serta keizinan dari pihak2 tertentu supaya cerita dan kisah ini dapat dikongsi bersama pembaca2 blog abg long yang tak berapa cool dan best ini.

Abg long nak lihat kecaknaan dan keseriusan masyarakat islam kita terhadap kesukaran yang beliau hadapi serta kecintaan kita terhadap ISLAM itu sendiri. Ikuti juga abg long di Facebook Diari Seorang Lelaki untuk isu ini.

Murtad! Jangan padang sebelah mata.
-sekadar hiasan

Nantikan lagi kupasan berkenaan isu ini pada entri yang akan datang. InsyaAllah, bersama kita membantui beliau demi agama Islam yang suci ini.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | Cara mengarap idea untuk tulis entri blog versi Amir Aiman Akashah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Balik je dari kerja terus buka dan mengadap laptop. Konon-konon ada entri best yang nak chegita kan, ada kisah cool yang hendak di kongsi sebarkan....Tapi, sampai sekarang hampeh....no idea (sambil buat2 tongkat dagu)


Tadi punya la excited tahap tenuk nak berblog. Perut yang bergangnam style, berdangdut, berdikir barat, berdongdang sayang dan beriban-riban 'ber' lagi tak sedikit pun dihiraukan. Yang utama dalam kepala, "apa la yang aku nak merapu-meraban-meroyan kat blog pujaan".

Hujan yang lebat sedari tadi kat luar sana sedikit pun tak mengcoolkan serembrum. Letih dan penat seakan mengambil tempat mengisi ruang-ruang dalam rongga diri. Ketaklaratan. Perjalanan jauh yang ditempoh semalam seakan menyahnitrat nafsu untuk berblog. Dua hari bercuti  juga bagai suiz mematikan semangat perjuangan harmoni. Ah! dugaan betul.

Memula tadi macam2 yang nak ditaip....macam2 yang nak dichegitakan. Tapi apakan daya, idea pula hilang ntah ke mana. Bila ada sahaja benda perkara nak di conteng, masa pula tak ada. Bila idea dan masa ada, line internet pula tak ada. Bentuk apakah kegilaan ini?


Rintik-rintik hujan masih lagi berebut turun membasahi seisi bumi. Tapi sayang, abg long yang kat dalam rumah ni sedikit pun tak dibasahi.....OMG....ayat apakah ini? Rasanya, inilah monolog dalaman paling gampang penah abg long taip kat blog ni (sambil buat2 muka terkezut itik).

Angpa pernah lalui tak apa yang abg long ang rasa ni...

Ada IDEA tapi takdak MASA.
Ada MASA tapi takdak IDEA.
Ada IDEA dan MASA tapi INTERNET takdak pula.

Sentap jiwa bukan? sekarang ni abg long ada MASA dan ada INTERNET tapi abg long takdak IDEA pula. Jadi, untuk memujuk jiwa kudus ini dari mengalami keketatan ada baiknya abg long belanja diri abg long rehat (*baca tidur) yang best. Lagi pun, siang2 cengini best juga layan rehat2 kan badan sambil ditemani bunyi2an rintik hujan. Mana la tahu, lepas rehat ini nanti berkontena idea bertandang datang. 

Jadi, untuk dapat idea tulis entri kat blog apa kata tidoq dulu. Kalau duk mengadap skrin lelama pun buang masa gak kalau melopong sesaja tapi idea takdak. Jadi, tidoq la dulu na....Tidoq berjemaah pun ok gak kot....Hi Hi Hi!


Barakallah fiikum

"Sahaja aku niat tidur kerana Allah ta'ala"


NotaDiari:
Dalam2 ketat otak cari idea nak menconteng last2 siap juga satu entri yang tak disengajakan ini. Well, rahmat Allah SWT itu melata dan kekadang kita sebagai hambanya sahaja yang tidak menyedari. 


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday, 27 September 2012

Doa buat Adik Soleh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


1st time abg long baca kisah adik Soleh ni kat blog Hasrul Hassan. Kesian sangat-sangat bila melihat si kecil ini terpaksa menanggung azab kesakitan. Beliau masih kecil, namun ujian Allah SWT tiada daya untuk kita menghalang. 

InsyaAllah, ada hikmat atas apa yang berlaku. Semoga adik Soleh tabah dan cekal dalam hidup. Abg long harap Akak Nora juga sabar dalam menempuh ujian Allah bersama dengan adik Soleh. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu adik soleh dan ibunya memikul kepayahan dan kesukaran yang bertandang.

Bersamalah kita membantu adik Soleh ini. Kalau pun bukan dalam bentuk kewangan, cukuplah kiranya kita membantu mendoakan kesihatan adik Soleh supaya cepat sembuh. Mudah-mudahan rawatan yang bakal dijalani dan telah dijalani oleh adik Soleh menunjukkan tanda-tanda positif. Jika ada sahabat-sahabat abg long yang hendak menyedekahkan wang buat adik Soleh, boleh la hubungi Akak Nora di blog beliau. 



Doa buat Adik Soleh



اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkanlah petakanya dan sembuhkanlah dia (adik Soleh), Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada penyembuh kecuali penyembuhan-Mu, sebuah penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”


Mudah-mudahan usaha kecil kita ini betah memberikan sinar kebahagiaan buat adik Soleh dan ketenangan buat Akak Nora.

Mungkin hari ini hari untuk Allah SWT uji mereka. Hari depan mungkin ujian Allah SWT untuk kita pula. 

Wallahualam

Barakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 26 September 2012

Aku rindu dia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hari ni sedikit kepenatan coz semalam (selasa) balik je dari tempat kerja terus merempit ke bengkel Toyota di Kuala Terengganu. Black warrior abg long di jangka berada di wad selama 3 hari 2 malam. Khamis petang baru boleh keluaq wad. Rabak lagi la bulan ni walaupun boleh claim insurans. Adooiiiiiiiyaaaaaaa.....(sambil meletakkan kepala kat atas meja)



Saat-saat daku membelai dirinya
Arjuna memunajatkan cinta?
gampang punya ayat jiwang tak boleh blah....Ha Ha Ha!
Pejam celik....pejam celik...dah hampir 5 tahun Black Warrior ni berjasa buat abg long dan kami semua. Harap dia mampu bertahan untuk tempoh yang lama. Banyak sentimental value abg long bersama dengan dia. Terutamanya tragedi 6 Jun 2009. Kisah hidup mati yang tak mungkin bisa abg long lupakan.

Buat sementara ni terpaksa la merempit dengan Nissan 'pinjam' ke hulu ke hilir. Tapi best juga test drive keta berjenama Nissan ni.....Hi Hi Hi.....(dalam kepala tengah duk buat kira-kira tambah, tolak, kali dan bahagi)

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

BN Tawan KELANTAN?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Maaf la kalau ang boring terjah blog abg long utk hari ini. Saja ja buat entri pasai politik, nak test market orang kata....Ha Ha Ha....Sekali sekala boleh la kot layan politik. Tapi, kalau nak follow 200 percent politik Malaysia ni memang boleh mengetatkan serebrum kanan kiri. Semua benda kalau boleh depa nak kait dengan politik. Hatta terkentut sekali pun depa sebolehnya kalau boleh nak tepek kaitkan dengan politik. Pendek kata, kat Malaysia sekarang ni, makan politik, tidur politik, berak politik.....semuanya nak dipolitikkan.

Tadi siang abg long ada baca artikel tentang satu kaji selidik berdasarkan trend semsa sokongan terhadap parti-parti politik. Penyelidikan terhadap perubahan trend sokongan ini telah dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel). Peratusan jangkaan memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini.

Jangkaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menguasai semula Kelantan yang ditadbir Pas sejak 1990 pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) menunjukan trend positif. Manakala sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas yang mentadbir kerajaan negeri telah susut  3 mata daripada 44 peratus sepanjang tempoh tersebut. 

Bermakna, Pas kini tidak lagi berada dalam zon selesa. Antara faktor-faktor yang abg long kenal pasti memberi keuntugan kepada BN adalah isu air. Masalah isu air ini bagaikan bom jangka terhadap keupayaan Pas untuk terus mentadbir Kelantan selepas PRU13 nanti. Memang benar isu air ini bukan sahaja berlaku di Kelantan, ia bagai penyakit yang tidak dapat di ubati hatta di negeri yang di perintah oleh BN itu sendiri. Cuma di negeri yang dikuasai oleh BN, media massa baik cetak mahupun elektornik seakan membutakan mata dan memekakkan telinga. Perang saraf dan serangan yang dibuat oleh pihak BN sepanjang tempoh berbulan2 yang lalu di media massa dan media cetak seakan2 telah menyebabkan orang ramai mempercayai serta melihat Pas gagal dalam mengurus tadbir, terutamanya hal yang berkaitan air-keperluan harian.

Lihat sahaja pada waktu kita semua bersiap siaga untuk menyambut Syawal yang mulia tempohari. Keadaan kepayahan dan kesusahan ketiadaan air ketika ingin menyambut Syawal telah mendorong simpatime orang ramai kepada penduduk Kelantan dan isu ini telah menyikap kelemahan kerajaan negeri. Saban waktu media massa memainkan isu air ini walaupun pihak kerajaan negeri telah berusaha untuk menanganinya. 

Selain itu juga, faktor penolakan ini berlaku akibat dari serangan ke atas ketidakupayaan pas dalam menangani isu ladang rakyat. Isu ini memperlihatkan Pas sebagai pentadbir yang lemah dan tidak bertanggungjawab.

Pemberian bayaran royalti minyak yang ditukar kepada bantuan wang ehsan oleh kerajaan BN melalui UMNO negeri juga seakan memberi kelebihan kepada mereka. Banyak  wang telah disalurkan kepada rakyat Kelantan atas nama wang ehsan. Ini sedikit sebanyak telah menaikkan nama BN khususnya UMNO dalam menangani masalah dan kesempitan hidup rakyat.

Isu Ngeh Khoo Ham, MP dari DAP berkaitan demo anti "Innoncence Of Muslims" hanya buatng masa dan tenaga orang melayu-islam juga seperti bom jangka yang bakal meledak dengan dasat sekali. Ini kerana, orang ramai melihat seakan-akan Pas tunduk kepada DAP dalam isu-isu tertentu. Tiada suara vokal dari Pas yang mempertikaikan tindakkan MP tersebut memperlekehkan demo anti "Innoncence Of Muslims"

Pada hemat pala otak abg long, orang melayu ni (melayu kiasu), jika mereka rasa agama, institusi beraja dan hak-hak keistimewaan mereka tergugat mereka rela bergantung kepada syaitan yang dikenali (meminjam kata-kata Tun Dr.Mahatdir) berbanding meletakkan harapan kepada Pas yang berkolaborasi dengan DAP. Jadi, perkataan tidak cermat yang dikeluarkan oleh Ngeh Khoo Ham itu seakan-akan telah dimanipulasi dengan baik oleh BN untuk menghentam PR, khususnya Pas. 

Hakikat yang harus kita telan, demo politik anti "Innoncence Of Muslims" yg telah dibuat oleh Pemuda Pas bertemakan "Ekspresi Hijau Kasih Nabi" di depan kedutaan USA dan Pemuda UMNO bersama 30 ngo di perkarangan Masjid Jamek Kg Baru tidak mendatangkan impak secara besar-besaran.  Google dan youtube tak juga berganjak dengan sikap mereka utk tidak buang filem itu dari disiarkan walaupun bantahan dibuat dari seluruh dunia.  Dan, kerajaan Malaysia tetap dan masih juga menjalin hubungan dengan USA. Jadi tak kemana pun demo tersebut. Sayang Islam dan Nabi bukan dengan berdemo semata-mata....apa? itu pun abg long nak bagitau juga ke? Sendiri pikiaq la wei....kalau takleh pikiaq gak sila baca Innoncence Of Muslims | Dimana kekuatan kita?....aduhhhhhhh....dah terbabas dah ni....

Ok. kembali kita ke track asal. Abg long rasa, pihak pemimpin Pas tidak boleh tidak untuk mengambil mudah dan sambil lewa hasil kajian ini. Satu gerak kerja bersepadu harus disusun gerakkan ssekiranya tred perubahan ini hendak disekat. Itu pun kalau pemimpin Pas celik mata hati dengan dapatan hasil kajian ini. Jika mereka cuba menafikan, bermakna cara politik Pas sama sahaja dengan geng sebelah sana.

Isu Nasharudin Mat Isa juga memberi impak sokongan kepada Pas menjunam. Bekas naib presiden yang kalah bertanding ini bagaikan api dala serkam dan gunting dalam lipatan kepada perjuangan Pas. Ramai melihat Nasarudin sebagai ahli Pas yang bercakap bagi pihak UMNO dalam isu-isu panas kebelakangan ini, kerana kontra beliau dengan pasti jelas sekali tapi tiada tindakan terhadap beliau. Memang benar Pas perlu menangani isu anak Mat Isa ini ibarat menarik rambut dalam tepung, tetapi perlu kita sedari penyakit jika tak dibuang atau diubati, dibimbangi akan merebak dan memudaratkan keseluruhan badan.

Ada juga faktor-faktor lain yang menyebabkan penurunan sokongan terhadap Pas, tapi faktor-faktor yang dinyatakan diatas lebih dominan dan perlu diambil tindakan dengan kadar segera oleh kepimpinan Pas negeri mahupun Pas pusat.

Persoalan disini, adakah majoriti rakyat Kelantan sudah bersedia untuk menukar kerajaan daripada Pas kepada UMNO? Sudah bersediakah mereka untuk menurunkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kerusi Menteri Besar Kelantan?

Biarlah hendaknya segala percaturan politik oleh parti-parti politik baik Pas mahupun UMNO dalam suasana yang sihat walafiat. Dan, abg long harap persaingan yang comel ini kelak akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.

Semua perubahan yang bakal berlaku di PRU13 nanti sebetulnya terletak atas kebijaksanaan rakyat Kelantan itu sendiri dalam menentukan untung nasib diri dan negeri yang mereka sayangi.

NotaDiari:
Kajian Umcedel ini juga bertanya kepada respondennya sama ada debat antara Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim wajar diadakan. Debat ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua tokoh tersebut menyatakan polisi masing-masing dalam mentadbir urus negara Malaysia selepas PRU13 demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Seramai 72 peratus mengatakan pendirian ia wajar diadakan, manakala 17 peratus mengatakan ‘tidak’.

Untuk debat ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun menyatakan pendirian bersedia untuk berdebat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Namun di pihak PM Dato’ Seri Najib Tun Razak masih tiada apa-apa maklum balas untuk debat ini direalisasikan.

p/s: Untuk bacaan lanjut ang boleh la beli surat khabar Sinar Harian yang berada dipasaran.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tak perlu seks pun

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semalam tengah2 duk chatting dengan kengkawan kat laman forum tentang politik yang suam2 kuku, masalah sosial dan jenayah yang semakin menjadi-jadi kat bumi Malaysia yang tercinta ini. Tetiba ada someone ni mencelah, dia kata "tak perlu seks pun". Opppsssssssss.....tak perlu seks? Macam nak lari dari fitrah la pula....betul ke tak perlukan seks? Sapa kat sini yang tak perlu seks sila angkat tangan....Ha Ha Ha.....tengok...tengok.....sorang pun tak nak angkat tangan....kih Kih Kih! serabai betui angpa ni...He He he..

Semalam bukan apa, sahabat forum abg long ni tengah ketat jiwa katanya. Nak taw kenapa dia kata tak perlu seks? Cu tengok bawah ni ha....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Makhluk yang dalam gambaq ni bukan sahabat yang abg long kata kan tu. Gambaq ni dia tepek (tak taw dia rembat mana).....mungkin ayat kat dalam gambaq tu yang dia nak habaq kat semua yang berforum semalam.

Ang paham dak ayat dalam gambaq tu? Kalau tak paham, ang tanya la lebai google yer. Abg long ni kalau bab-bab bahasa omputih memang abg long rabun mata.

Selamat berfikir semua.

NotaDiari:
Abg long hanya mampu ter bila tengok gambaq ni

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Oh! Karenah Si Kaki Kipas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dalam kita mengharungi dunia kerjaya tentu sahaja kita pernah menemui individu yang suka membawa watak Si Kaki Kipas Sakti. 

Depa ni suka sangat membodek dan mengapu boss. Kekadang ayat yang depa guna memang super duper tak masuk dek akai bila memuji dan mengepam boss. Apa sahaja yang boss buat akan dipuji bagai nak rak. Sedangkan benda tu bukan apa-apa pun.

Nak pula kalau boss pun spesis yang memang suka dibodek dan dipam, memang secocok  dan sepadan sesangat la. Silap2 boleh jadi haru biru woooooooo tempat kerja dengan spesis depa. Biasanya boss yang suka dibodek dan dipam ni asai kenaikkan dia dulu pun datang dari aktiviti membodek. Jadi kena sangat-sangat la bila bertemu dengan anak buah yang Si Kaki Kipas.

Si Kaki Kipas ni, bila depan boss depa ni pijat semut pun tak mati. Baiknya depa mengalahkan keturunan para malaikat.  Bercakap pun penuh kesopanan dan kesusilaan. Tapi, bila belakang boss merekalah setan, mereka la pertualang.....apa kerja yang diberikan langsung mereka tak jalan. Banyak cengkadak dan banyak pula dia punya sembang. 

Sebenarnya, dibelakang boss mereka inilah yang paling kuat mengutuk boss bila bersama rakan sekerja yang lain. Punya la kaw-kaw Si Kaki Kipas ni kutuk bossnya. Rakan yang lurus tahap bendul apa lagi, join la bersekali aktiviti kutukan tak membina itu.  Last-last yang sampai kat telinga boss bukan Si Kaki Kipas yang punya angkara tapi si polan lain pula yang menjadi mangsa. Depa ini memang pandai sungguh bermain politik sumbang.

Jika baik punya kipas silap-silap boleh naik pangkat, laju je macam roket. Tapi, abg long pelik dengan spesis yang sedemikian....Pelik teramat sangat. Mencari kepuasan hidup dengan cara yang tak betul. Hidup berkiblatkan kepura-puraan. Hipokrit mereka memang tahap dewataraya. Omputih kata first class.

Bagi abg long budaya suka mengipas dan suka di kipas ni bukan unsur yang baik. Bagi abg long mereka ini ibarat pepohon tumpang yang hanya akan memudaratkan sistem atau induk yang ada. Dengan bahasa yang comel, mereka ini tak ubah sebagai parasit.

Bayangkan jika seorang pekerja yang rajin, tekun, jujur, amanah dan baik dinafikan haknya. Pekerja yang cemerlang dan gemilang tersebut akhirnya tewas hanya dimulut Si Kaki Kipas. Si Kaki Kipas kerja habuk pun tarak buat. Kesian wooooooooooo...Jadi boss pun satu hal, buta mata hati....pekak telinga yang tak tuli.

Adakah berkat makan pendapatan dengan cara mengambil hak orang lain? Yang ni kena la beringat sikit. Hasil pendapatan tu nanti kita nak bagi makan kat keluarga, mak-ayah dan anak bini. Kalau ianya tidak halal dan tidak diberkati apa akan jadi? 

Eh........lu pikir la sendiri.

Barakallah fiikum

NotaDiari:
Sebelum ni abg long pernah buat entri Si Kipas Sakti. Jemput baca semua.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Buat yang suka perlekeh produk Malaysia exspecially kereta keluaran Proton

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Abg long pelik dengan orang kita. Terlalu membanggai benda yang datang dari luar dari apa yang dalam negara ada. Mungkinkah ini yang dikatakan orang dulu2, pemimpin kencing berdiri...rakyat kencing berlari (saja buat perumpamaan begini....sape terasa sila terjun lombong la...Ha Ha Ha!). Tengok saja la fenomena gangnam sytle oleh PSY, setiap hari ada saja paroddy tarian kuda kangkang ni dimuat turun kat youtube. Tapi ada tak ang jumpa makhluk2 pentaksub pengaruh luar ni duk bikin paroddy pasal tarian zapin hatta tarian kuda kepang? Sedangkan zapin dan kuda kepang tu adalah tunjung budaya bangsa. Tapi yang tarian separuh lucah itu gak la yang depa nak sangat follow. Betui la apa yang Bigboh kata, orang kita ni suka ikut-ikutan. Tak kira dalam hal comel mahupun hal2 yang cilaka. (Maaf. Kekadang....kata biar terasa)

Masih kedengaran lagi kata2 nista yang tak abis-abis nak kondem Proton. Kalau tak suka sekali pun tak payah la kutuk bagai.....memang diakui bahawa kereta keluaran Proton ada kelemahannya, tapi depa bukan duk diam. Depa pulun duk buat kajian. Test sana test sini supaya hasil keluaran Proton ada penambahbaikkan dari sehari ke sehari. Cuba2 la belek sejarah Proton dari dulu sampai kini. Kan ke dah banyak depa berevolusi...Cu celik mata hati!

Kalau tak suka guna kereta buatan proton sekali pun toksah la kondem dan kutuk bagai. Proton mudah calar la, tekan dengan tangan pun body boleh kemek, masalah aksesori yang kurang kualiti, kalau berlaku xcident body kereta buatan Proton tak kuat, tak kemas.....macam2 lagi la kutukan yang ada. Abg long nak la tanya kat depa2 yang suka kondem Proton ni. Ang duk kutuk bagai, tapi apa sumbangan ang untuk memajukan Proton? 

Ingat lagi tak kisah yang tersebar luas kat facebook dan laman forum berkenaan gambaq Proton Preve yang kemalangan ni? Kalau ingat bermakna hard disk kepala hotak ang baguih lagi, tang ni ang perlu juga mensyukuri.




Abg long bukan nak cerita kisah Preve test drive yang kemalangan ni. Cuma abg long nak bagitau kat mulut, jemari dan hati depa2 yang suka kutuk Proton sana sini bahawa yang mahai tu pun belum tentu baguih aaiiisshh. Kalau tak percaya ang tengok gambaq kat bawah ni.




Ang baca komen mamat yang pakai kereta buatan Honda ni pula. Lepas tu ang muhassabah diri. 

Kes  kereta Honda Civic, pemilik menjelaskan masalah sebenar secara jelas dan beliau hanya memberikan komen dan pandangan hanya berkenaan masalah yang menimpa kereta beliau. Kan ke comel lagu tu, bukan kutuk dan kondem Proton kaw-kaw macam sesetengah orang kita buat.

Ang nak guna kereta jenama apa sekali pun tak kisah. Itu hak memasing. Tepuk dompet, tanya selera. 

NotaDiari:
Mana lebih cool antara MPV Wish dengan Honda Stream RSZ? Cu bagi pendapat sikit....Hi Hi Hi!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 25 September 2012

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) DISEKOLAH BERASRAMA PENUH KPM SESI 2013.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

INFORMASI 


Kepada sahabat-sahabat yang ada anak, adik, ipar duai, sedara mara, jiran tetangga yang ingin memohon kemasukkan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu (1) Dan Tingkatan empat (4) Sesi 2013 boleh la membuat permohonan secara online (atas talian) kerana permohonan ini akan berakhir pada 31 Oktober 2012.

Kepada yang belum mengisi permohonan tersebut adalah disarankan melakukan dengar kadar segera kerana dikhuatiri pengisian beramai-ramai disaat-saat akhir menyebabkan server kementerian mengalami gangguan. 

Jadi, sediakan la payung sebelum hujan......Sesal dahulu pendapatan, sesal kendian cukai pendapatan.....Oppppsss, terbuat lawak pulak. Sesal kendian tiada gunanya yang sebetuinya....Hi Hi Hi!

Sahabat2 boleh juga menerjah laman portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk informasi terkini di http://www.moe.gov.my

Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya di url di bawah

NotaDiari:
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Padah kirim gambar bogel

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mengucap panjang berbatu nautika abg long bila baca tajuk berita dalam akhbar Metro semalam. Akibat gambar bogel yang beliau hantar kepada teman lelaki, beliau kini hidup dalam ketakutan setelah diugut oleh bapa saudara teman lelaki beliau yang bergelar 'datuk'.

Mengikut apa yang di laporkan dalam akhbar, remaja yang bernama Ah Leng, 16 tahun itu dikatakan mengambil gambaq bogel sendiri dan menghantarnya kepada kekasih beliau San Jian Tong, 18 tahun. Tujuan beliau mengambil dan menghantar gambar bogel tersebut kepada teman lelaki adalah konon untuk memberi semangat kepada teman lelaki yang kini terlantar disebabkan sakit jantung. 

Walau bagaimanapun, selepas kekasihnya itu dimasukkan ke sebuah hospital di ibukota. SMS yang beliau hantar telah dibaca oleh bapa saudara teman lelakinya yang bergelar 'datuk'. Melalui 'datuk' itu la beliau bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini kesihatan teman lelaki yang sakit. Sejak dari itu, bapa saudara teman lelaki telah meminta beliau mengirimkan beberapa lagi gambaq2 bogel kepada San kononnya bagi meniup semangat melawan penyakit.

Menurut Ah Leng, teman lelaki juga telah mengirimkan beberapa gambar alat sulit kepadanya. Bapa saudara teman lelakinya juga meminta beliau melakukan beberapa perkara pelik. Antaranya tidak boleh tidur selama 8 hari. Ekoran dari itu, beliau mula menjadi seorang pendiam.

Perubahan ini akhirnya terbongkar setelah bapa beliau bertanyakan masalah beliau. Bapa beliau telah membaca sms yang dihantar oleh 'Datuk' tersebut berserta dengan beberapa keping gambar yang mengandungi alat sulit.


Adoiiiiiiii....dah takdak kerja lagi ke sampai buat semua benda macam gitu. Ini la jadinya bila kemudahan dan teknologi disalah gunakan untuk keseronokan. Ini yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan abg long rasa berlambak lagi.

Kepada semua, berfikir la sebelum bertindak. Terutamanya kita yang berbangsa melayu yang Islam adalah tunjang kehidupan.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 24 September 2012

Laguna Ikan Bakar | Sudah Cukup Sudah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tadi, seusai solat maghrib abg long ke bandar Chukai, Kemaman...Eh...bandar ke? Tak rasa macam bandar pun, lagi comel kalau panggil pekan jer kot...Hi Hi Hi....orang Chukai jangan marah tau...

Ke sana tadi pun coz nak pergi klinik. Masa tu hujan punya la lebat dengan kilat pumpang pumpang kat atas langit sana. Bulat je mata abg long ni nengok jalan. Maklum la, abg long ni rabun ayam sikit. Kalau drive dalam keadaan hujan memang merimaskan. Silau cahaya kenderaan dari depan betul2 buat nazak penglihatan. Tapi apa nak buat kan, bukan abg long ni bomoh hujan boleh nak halau2 hujan. Apa lagi nak punyai ilmu mengelecek ayaq hujan. 

Perjalanan dari tempat abg long lepak nak ke pekan Chukai tu paling lama amik masa dalam 45 minute....pehhhhhhh....jauh gila kan? Dah nama pun tinggal kat dalam ladang disebuah kawasan pedalaman.....hu hu hu...Sabaq ja la....

Dishortkan chegite (sebab badan dah letih dan mata dah ketat), lepas je berurusan kat klinik cepat2 abg long drive untuk pulang ke Padang Kubu. Tak sabaq nak mengadap blog yang sweet dan comel ini....bajet ohsem la plak abg long ni...eh, ada ke abg long kisah. Masa duk layan stereng tetibe perut ni bergangnam style, mintak soru la tu....

Abg long pun singgah la kat sebuah kedai ni. Nampak cantik je kedai makan ni, meriah bagai dengan lampu lip lap lip lap dia ha. Serebrum abg long kata kedai ni mesti makanan dia tip top, fasalitas (sekali cakap indo plak) memang gempak abis.

Masa duduk tu mai la pelayan lelaki dia, tanya abg long nak order apa. 

Abg long mintak la senarai menu kat dia. Boleh dia kata takdak.....Mak datuk nenek opah ang, kedai punya besaq gedabak dan berhias bagai, satu senarai menu pun takdak. Apa celop tot! celop tak celop, lapaq punya pasai abg long order tapau nasi goreng USA lahanat satu.

Sementara tunggu order siap, abg long baca paper atas meja. Selang dalam 15 minute order siap....

"Bang, ni nasi yg abg order", kata pelayan lelaki tersebut

"Berapa dik", tanya abg long sambil mengeluarkan dompet jenama polo dari poket jeans live's 501.

"Seploh ringgit je bang", jawab pelayan tu selamba.

Terkezut berok mat yeh yang teramat abg long bila dengaq ayat "seploh hinggit je bang".  Gila mahai ko....bukan order kat bankuet hotel tujuh lapan bintang pun...eh..eh...ada ka hotel tujuh lapan bintang? bese lima bintang ja kan? tersasul sudahhhh...

Abg long tanya dia lagi sekali, mana la taw kot2 abg long ada sound trouble sekejap masa dia cakap. Tapi jawaban dia tetap sama macam memula abg long dengaq yang 1st tadi, "seploh ringgit je bang".

Ke memang dasar nasi goreng USA lahanat rega dia mahai lagu tu?. Tapi sebelum2 ni pun pernah gak mentekedarah nasi goreng ni, tapi takdak la kena taboo sampai seploh hinggit. Memang cekik darah melampau-lampau la tokey kedai makanan Laguna Ikan Bakaq ni. Nak pergi Makkah ke apa jual memahai lagu ni. Selalu abg long duk makan kat kedai2 len rega dia empat hinggit lima kupang ja, paling tinggi pun lima hinggit. Malam ni kena seploh hinggit, nasib baik abg long tak tapau ayaq sama. Kalau dak, mau lunyai dompet abg long ni ha.

Taaaadaaaaaaaaaaaa.......Ni la rupa nasi goreng USA lahanat seploh hinggit yg abg long order tadi sebelum menjadi mangsa perut abg long.


Apa ada dengan nasi goreng USA lahanat?
Lima ketul sosej sebesaq anu budak 4 tahun
5 keping daging lembu import yang di masak merah
Sebiji telur ayang betina yang digoreng dadar
Selonggok nasi yang berbau dan berasa hangit
Selai daun salad
Sepotong timun

Itu la spesis2 yang terlepak dalam bekas tapau tu. Ang rasa berbaloi ka abg long bayaq rega seploh hinggit dengan sebungkus nasi goreng USA lahanat ni? Dah la bila makan tak best, nasi dia rasa sedikit hangit. Apa punya kedai daaaaaaaaaaaaaaa 

Abg long bukan berkira sangat dengan nilai seploh hinggit tu, kot ya pun nak jual mahai biaq la sedap macam masakan kat hotel nun. Ini tidak, bikin panas ja.

Dunia hari ini macam gini la, kita yang pengguna selalu jer terkena. Para peniaga sekarang ni dalam pala hotak depa hanya pikiaq untung ja. Langsung tak pikiaq tanggungjawab sosial pada masyarakat terutamanya pengguna. Tak salah berniaga nak untung, dah memang adat orang berniaga dia tak nak rugi. 

Tapi, ada tapinya juga....Kot ya pun nak untung biaq la dengan cara yang sweet dan comel. Toksah la duk cekik darah pengguna sangat. Sekali orang dah terkena, orang dah tak pi dah untuk kali kedua. 

Abg long memang tak kan pijak dah kedai tu. Sudah cukup sudah. Kat pengkedai yang lagu ni la kita sebagai pengguna perlu guna kita punya power. Kita boikot. Biaq depa sedaq....biaq depa insaf. 

Kepada perniaga2 lain yang terbaca entri ini, suka la abg long nak pesan. Ang berniaga la dengan sweet. Ikut la prinsip2 berniaga dalam islam, elakkan penindasan.

wallahulam

Barakallah fiikum

p/s: Sahabat2 pernah tak alami situasi seperti mana yang abg long rasai malam ni?

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Petua | Rambut cantik menawan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ang ada rambut tak? Cu raba tang kepala memasing. Alhamdulillah kalau ada. Kalau takdak rambut sekali pun kena gak bersyukur, sekurang-kurangnya ang masih punya kepala.

Well, semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Paling benci kalau rambut gugur, bercabang atau berkelemumur. Macam2 syampoo kita guna. Macam2 salun kecantikkan rambut kita terjah. Macam2 betul kan kita ni....Hi Hi Hi...

Kalau cara moden tak boleh blah, apa kata try cuba test amalan tradisional petua2 dari tok nenek moyang kita dolu2. Amalan ni murah, mudah dan yang paling gile cool ia tak pedihkan mata......Ha Ha Ha.....Apa yang pasti ia bebas bahan kimia dan bahan pengawet serta pewarna yang tidak dibenarkan.

Sekurang-kurangnya, dengan follow cara tradisional secara langsung dari blog AMIR AIMAN AKASHAH | Diari Seorang Lelaki ini kita lebih menghargai ciptaan Ilahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. 

1- Mengelakkan rambut berguguran ke bumi.
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. 
2- Kekal rambut lembut dan harum.
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
3- Rambut berminyak.
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
4- Masalah rambut kering.
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.
5- Menghitamkan rambut.
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
6- Rambut berbuah.
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
7- Meluruskan rambut.
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
8- Rambut cepat panjang.
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
9- Elak rambut mudah beruban.
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.
10- Melebatkan rambut.
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
11- Rambut bercabang.
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
InsyaAllah.....Kalau kita terus berusaha pasti akan membuahkan hasil. Abg long rasa tak salah kot kita berusaha untuk kelihatan lebih sedap mata memandang dan cool bebeh. Lagi pun, ramuan yang petua ni sarankan kepada kita pun halalan toyyiban dan kita sendiri yang perlu sediakan.

Untuk makluman, adik-kakak....pakcik-makcik dan dato'-datin sekalian, petua ni bukan hanya untuk orang tua sahaja, tetapi juga boleh diguna pakai untuk orang muda. Ala, orang muda macam abg long ang ni ha.....Kui Kui Kui!! 

Tapi kan, abg long nak try la petua yang no.9 tu. Ntah la, sejak guna syampoo ni rambut abg long makin lusuh dan luntur kaler dia. Jadi keputihan. Tensen tahap cipan sangat2 dengan transformasi yang terjadi ni.

Terima kasih kepada Daniena Hakimi (kiriman emel) atas pengkongsiaan ini.

NotaDiari:
Cantik dan sihat macam mana sekali pun rambut, terutamanya wanita adalah lebih elok jika bertudung litup. 

Bertudung itu comel.... 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.