Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 5 August 2012

Sebuah Kisah:Bohong Sunat, boleh ker??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ni dah masuk pose yg ke-16, dah tak lama dah syawal nak kunjung tiba. org2 kita pun dah banyak persiapan rayanya. Cuma tinggal lagi nak balik beraya kat mana, dalam kepala dah conggak dan berkira-kira.  Bagi yg dah bernikah tu byk la berdoa,  moga aidilfitri tahun ni takdak la meletus perang dunia yg ntah kali ke berapa. Naya...naya.....!!!. Semoleknya, duduk la sekatil bawa bincang apa adanya, sambil2 tu boleh juga bergurau senda bersama. Alangkah nikmatnya idup berumah tangga..........^^

Ibu bapa kat kampung sana plan mereka boleh tahan juga. Ye la kan, anak2 bila besaq pakat merantau jejauh cari kerja.  Kat rumah tinggal la depa berdua. Anak2 pula, bila dah kerja sibuk mereka mengalahkan PM 1Malaysia. Hati ibu bapa mana tak hiba jika sambut raya berdua tanpa anak2 yg dijaga dari kecil hingga dewasa. Jadinya, Aidilfitri la saat depa nak jumpa kita. Nak meraikan kemeriahan yg ada bersama. 

Atas dasar itu, maka abg long rasa cerita kat bawah ni mungkin byk boleh membantu. Ibu bapa yg anak2nya liat nak balik beraya, boleh cuba ini idea. Mana la taw kot2 boleh berjaya. Selamat mencuba ya.....hihihi!! ^^
Seorang Ayah menelefon anaknya yang berada di London :

“Nak, Abah tak nak rosakkan mood kau hari ini..tapi abah terpaksa juga beritahu yang mak dan abah hendak bercerai..setelah 35 tahun perkahwinan. Keputusan ini amat berat sekali.”

“Abah..!!apa yang abah cakapkan ni..!!??”, Jerit anaknya.

“Kami dah bosan hidup berdua, abah sudah bosan tgk muka mak kau,mak pun da bosan tgk muka abah..kami pun sudah boring bercakap…” keluh si ayah.

“Engkau tolong call kakak dekat australia dan tolong beritahu pasal benda ni..” , sambung si ayah.

Dengan keadaan cuak, Si adik menelefon kakaknya yang berada di Australia;

“Apa..!!! Mak ngan abah nak bercerai..??? Jangan harap mereka nak cerai..aku akan settlekan masalah ni..!!”, Bising si kakak pada si adik.

Si Kakak dengan segera menelefon ayah mereka di Selangor, Malaysia dan memarahinya.

 “Abah dgn mak takkan bercerai, Jangan lakukan apa-apa pun perkara sehingga saya balik sana. Saya akan ajak adik balik sekali dan esok juga kami akan sampai KL.”

“Ingat..!!jangan buat apa2 keputusan sebelum saya balik…PAHAM..!??” , sambung si kakak dan menghempas ganggang.

Si Ayah meletakkan telefon dan kembali ke isterinya sambil tersenyum dan berkata ;

“Wokeh beres…Anak2 kita akan balik beraya tahun ni…esok depa sampai. Dan duit tiket pun kita tak perlu risau…”  (^_^)

“Eh bang, takper ker kita buat camtu pada anak-anak. Tak marah ker diorang nanti?”, luah isterinya yang penuh kebimbangan.

“Alahhh takper, BOHONG SUNAT! sekali sekala…huhu”. 
Cerita kat atas ni kiriman emel: Daniena Hakimi


NotaDiari: 
1-Sesibuk mana pun kita sebagai anak, jangan lupa untuk menziarahi kedua ibu bapa kita.
2-Dalam Islam tiada istilah bohong/tipu sunat. Utk kefahaman lebih best ttg istilah tersebut angpa boleh la terjah SINI

- Sekadar Hiasan. Tiada kaitan dgn entri pun ^^
___________________________________________________________
… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.