AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 19 August 2012

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

...:hai Si kacak dan Si Cantik:...

Nak buat kad tak pandai. Jadi, abg long amik langkah utk membuat ucapan ini tanpa kad. (dah macam perutusan pula gamaknya) Hahaha ^^ layan je la yer!
___________________________________________________________

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Walilahilhamda'.

-Tgh layan blues time ni, sbb tu nmpk asap sdg kepul2 malu ^^
Diam tak diam Ramadhan Kareem semakin meninggalkan kita. Tentu sahaja ianya saat yang sangat2 menyedihkan bagi orang2 yang sering mendambakan akan kehadirannya. Kehadirannya hanya sekali dalam setahun. Ramadhan adalah bulan yang didalamnya penuh barakah dan keampunan Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pemerintahan segenap alam semesta. 

Belum tentu ramadhan akan datang akan menjadi milik kita lagi. Apa yang kita lakukan sepanjang ramadhan ini itulah yg bisa kita perolehi diakhirat nanti. Banyak atau sebaliknya, harus kita berpuas hati. Bagi mereka2 yang tidak merebut peluang ramadhan kali ini sebaiknya tentu sahaja akan berasa rugi. Tentu sahaja sesal akan datang menghantui. Semuanya kerana khilaf dan kealpaan diri sendiri. Manakala, golongan yang beriman dan beramal dengannya pasti akan bersedih diri utk melepaskan ramadhan pergi. 

Usahlah pemergian ia kita ratapi, seeloknya kita maintain dengan amalan baik yang kita kerjakan sepanjang bulan Ramadhan utk diteruskan pd bulan2 lain yg mendatang.

Berdoa dan bertawakallah, semoga segala amalan kita bersamanya diterima oleh Yang Maha Esa. Berdoa dan bertawakallah, agar kita betah bertemu lagi dengannya. Mudah-mudahan kita berada dalam golongan atau orang2 yg beruntungan. Di dunia mahupun diakhirat. InsyaAllah…

Mentari syawal bila2 masa akan menjelma, namun hidup kita belum tentu panjang atau sebaliknya. Syawal adalah bulan kemenangan untuk kita umat Islam. Kemenangan Abg Long, kemenangan rakan2 sahabat semua, ia adalah hari kemenangan kita bersama setelah sebulan berhempas pulas mengawal diri dari gelora nafsu (makan, minum, membuat perkara maksiat dan terlarang). Semoga amalan baik yang kita laksanakan  disepanjang bulan Ramadhan mendapat pengiktirafan Allah SWT. Mudah-mudahan, kita telah lulus ujian ini dengan sijil cemerlang, gemilang dan terbilang.  InsyaAllah…

Seeeloknya di bulan syawal, bulan kemenangan dan kemaafan ini nanti kita boleh saling berjabat tangan antara satu sama lain. Saling memberi dan menerima kemaafan dengan penuh keikhlasan. Kita lupakan sahaja sengketa lama dan kekurangan yang pernah ada. Untuk apa kita harus saling berdendam andai ia akan menjadikan hidup kita muram. Kenapa perlu pilih yang ‘hitam’ andai warna lain menyenangkan. Buka lembaran baru dihari lebaran. Mudah-mudahan usaha dan tingkah kecil kita ini bisa mendapat rahmat serta berkat dari Allah SWT. 

Kepada mereka2 yang merajuk hati sehingga membawa diri jauh dari keluarga sendiri jadikanlah lebaran kali ini sebagai titik mula untuk bertaut kembali. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Sesungguhnya, buruk dan busuknya (sikap) mereka itu adalah darah daging kita juga. Terimalah mereka apa adanya. Sedangkan Allah SWT ampuni dan maafi hambanya, tak kan kita sesame kita tidak mampu untuk melakukkan sesuatu yang bermakna?. Usahlah dikenang barang yang lepas. Kenapa pilih  jalan hidup duka dan luka jika kita berhak untuk hidup bahagia dan gembira. 

Pulanglah ke desa di hari lebaran nanti. Kucupilah tangan tua insan yang pernah membelai kita sedari kecil sehinggalah kita dewasa. Lihatlah kewajah mereka yg dimamah masa, kenangkan kembali kepayahan dan kelapangan mereka tika bersama dengan kita. Cuba renungi anak mata mereka sedalamnya, ada garis rindu yang bertamu disitu. Hitung dan conggak la masa, adakah berkesempatan untuk kita membahagiakan mereka? Sedangkan mereka kudrat bagaikan dikerat. Tanamlah dalam diri kita mulai lebaran ini untuk membahagiakan mereka selagi hayat mereka masih ada. Usahlah kita lupa dan alpa pada tanggungjawab kita terhadap mereka. Insafilah diri bahawa tanpa mereka mana mungkin kita bisa melihat indahnya dunia.

Meriahkanlah syawal dengan menziarahi sanak saudara, sahabat handai serta rakan taulan. Kukuhkan kembali silarulrahim yang longgar. Hulurkan tangan, saling bermaafan. Dalam kita bergembira di Aidilfitri jangan kita lupa pada insan-insan yang tak berpunya. Ziarahilah mereka, warnailah aidilfitri mereka. Berilah mereka kegembiraan agar mereka tidak merasa kekosongan. Sesungguhnya hidup ini adalah satu pengkongsian-memberi dan menerima. InsyaAllah, kelak kita semua bisa tersenyum dan hidup  gembira.

Sebagai ibu bapa, ajarilah anak-anak agar menghormati yang lebih tua. Santunilah juga anak-anak kita, supaya tidak meminta-minta terutamanya dalam hal-hal bersangkut duit raya. Berilah mereka kefahaman yang betul tentang HARI RAYA, janganlah kita yang tua ini merosakkan minda anak-anak kecil kita. Katakan kepada mereka, duit raya bukan perkara utama. Yang lebih penting dihari raya adalah saling memberi maaf dan ziarah-menziarahi, itulah yang paling utama dan mulia. Sekiranya mereka diberi duit raya, katakan kepada mereka itu adalah hadiah untuk anak-anak kecil seperti mereka. Dan, syukuri dengan apa yang diberi. Inilah yang sebaik-baiknya ajaran yg patut kita ajari kepada si kecil ini. 

Usahlah kita lalai dan alpa dalam meraikan lebaran nanti. Panjatkanlah doa kemenangan untuk saudara-saudari semuslim kita yang menyambut Aidilfitri dalam serba kekurangan dan kepayahan dek tekanan musuh-musuh Islam. Mohonlah pada Tuhan agar diberi mereka kekuatan dan kemenangan. Supaya musuh-musuh Islam itu akan tersungkur dalam kehinaan. InsyaAllah….

Bersempena syawal yg bakal bertandang datang esok hari. Abg Long serta seisi famili ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada semua sahabat2, rakan taulan, insan2 yg dikasihi serta penjenguk blog Abg Long ini. Mohon maaf zahir dan batin diatas khilaf yang ada. Tanpa Abg Long sedarI mahupun Abg Long sengajaI. Mana la tahu sepanjang abg long berblogging, berfesbuking, bertaggeding dan bermacam2 lagi dilaman sosial maya yg Abg Long sertai ada terkasar bahasa bicara sehingga menghiris limpa kalian semua. Mana la tahu kan, lawak tak menjadi yang Abg Long persembahkan membuat tulang2 spatula kalian berantakan. Ampun dan maaf dipinta, untuk mensuci segala dosa. Sesungguhnya Abg Long insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Yang comel itu datang dari Allah SWT, yang huduh bagai itu datangnya dari Abg Long sendiri. Yakinilah hati angpa bahawa hasil contengan abg long tidak sampai sehingga membunuh sesama sendiri. Ia hanya bicara bisu utk sesama kita belajar utk mengenal 'sesuatu'.

Selamat hari raya Aidifitri 1433/2012.

Teratak Bonda Ayahanda
Kg.Durian Bitter Village
Kelantan
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.