AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 12 August 2012

Orang Kita Memang Tidak Mesra Majlis Ilmu?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Last week ag event ni berlangsung tapi baru arini berkesempatan nak berkongsi cerita tentangnya. Masa ada tapi idea pula hilang ntah ke kemana. Nak pula bila memory card material2 yg abg long snap pada hari tersebut dijangkiti kuman. Ketatnya jiwa masa tu hanya Tuhan saja yg tahu. Seb bek buah ati abg long tak turut jahanam sama. Kalau tak mahu meraung abg long dibuatnya.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana sudi menyelamatkan sebahagian pix yg abg long snap. Walaupun tak banyak ok la utk info dan cerita kat entri ini.

Last week telah sukses dgn jayanya Program Motivasi Cemerlang utk murid tahun enam serta ibu bapa penjaga mereka. Majlis sederhana tetapi meriah. Matlamat program ini adalah utk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak2 di bawah jagaan mereka. Selain itu, ia juga bertujuan memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa utk menyedari dan mengimbau kelemahan dan kekuatan yg apa pada anak2 mereka khussusnya dalam pelajaran. 

Pendek dan panjang kata (kementot tak pula kata apa2) program ini nak brain wash ibu bapa supaya cakna pembelajaran anak2, terutamanya yg bakal menduduki peperiksaan. Mengikut apa yg penceramah sampaikan amatlah bertepatan. Pedas tapi best. Panas tapi syok. Beliau berpesan kepada ibu bapa yg hadir supaya tidak menyerahkan segala hal ehwal ttg pendidikan anak2 mereka 120 peratus kpd bahu jemala guru2 semata. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik dan membentuk sahsia anak2 mereka. Jika kita masih berada dalam mentaliti 'serah bulat2 pada guru' pasti kehidupan bermasyarakat melayu mudah lupa ini akan mengalami kemunduran ke belakang. Utk anak2 yg bakal menduduki peperikasaan juga banyak tips telah dilontarkan. 

Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh JASA Dun Kijal serta kerjasama JKKK Padang Kubu.  Sila bagi tepukan maha gemuruh buat mereka...mereka...dan mereka yg terlibat. clap..clap...clap....^^

Utk mencomelkan lagi program ini, pihak penganjur telah mangadakan juga majlis berbuka puasa, bacaan yasin, solat maghrib dan isyak, solat sunat hajat serta solat terawih berjemaah. Masa berbuka dah tentu la berjemaah kan...hihihi ^^

Walau bagaimanapun, abg long rasa terkilan sebesar ibu jari lantaran masih ada ibu bapa yg memandang sinis program ilmu seperti ini. Mereka tak sudi utk memeriahkan majlis. Sedangkan yg nak pekse nanti bukan anak sesiapa, anak depa juga. Sepatutnya depa mai ramai2 bagi sokongan padu lagi jitu utk anak depa. Yg mai hnya separuh sahaja. Selebihnya kerusi kosong yg menjadi wakil pihak mereka. Perkara macam gini la yg buat abg long terkilan dgn sikap orang kita. Utk majlis ilmu orang kita tak sanggup nak mai buang masa, tapi kalau bab hiburan laju ja langkah orang kita. 

Sesungguhnya, benda yg abg long rawan kan ini dah tak pelik utk dunia hari ini. Mmg susah lagi payah dah nak ubah mental org kita. Suka mendahulukan sesuatu yg tdk penting dari perkara yg paling penting.

Ok la, cakap banyak pun tak guna. Biar sahaja Si Luncai dgn labu-labunya. 

-Penyeri majlis...hihihi^^













___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.