AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 16 August 2012

Masih Dalam Mood Demam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hari ni masuk hari ke-3 abg long tak masuk keje. Kira cuti utk hari raya terus la ni gamaknya...^^. Teruk bebeno kena attack dgn kuman kali ni. Abg long mmg mcm gini, dalam setahun paling tidak wajib dapat demam paling teruk sekali. Tapi yg buat jadi tak bestnya kali ni adalah kuman ni mai dekat2 nak raya. Mcm takdak time len dia nak mai menyerang. 

Semalam seharian tak bangun. Terbungkam dalam kain gebaq. Kepala rasa berat teramat. Apa pun tak boleh buat. Selera makan toksah cite la, apa pun tak boleh nak telan. Makan biskut chipsmore yg chips dia ada tak ada tu dua keping ja. Itu pun sebab nak makan obat. Kalau tak mmg tak lalu nak telan. 

Ingatkan kena RM150 dua hari lepas cepat kebah demam dan sakit ni. Tapi semalam memang dia menjadi2. Sebutir nasi pun tak daya nak telan masuk ke dalam perut. Dugaan betul....Satu badan berbau obat, tak juga baiknya. Sabaq ja la.....

Sekarang ni alhamdulillah, dah ok sikit kot. Badan pun dah pecah2  peluh. Kepala pun dah kurang dia punya ting tong. Cuma badan ni macam tak berapa larat lagi, maybe sbb tak masuk nasi sebutir dari semalam. Tekak ni pun dah ok sikit, boleh dah nak menelan. Kalau tak, semalam mmg perit. Nak telan air masak pun azab yg amat. 

Lagi dua hari nak raya, harap2 penyakit ni cepat sembuh hendaknya. Kalau raya duk demam dan sakit lagi mmg tak best la kan? Walau bagaimanapun, raya nnt tak boleh la kot abg long nak belasah ketupat ngan lemang, coz kena berpantang benda2 berminyak. Nanti kan law abg long tak berpantang meroyan lagi penyakit ni.

Walau apa pun, abg long harap sangat cepat2 baik sebelum fajar syawal bertandang datang. Supaya Aidilfitri dapat dirai. Agar raya abg long nanti lebih bererti. 

Doa2 kan la ye abg long cepat sembuh. Kalau sembuh nanti leh abg long updates entri kat blog ni. Untuk angpa juga....^^
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.