Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 14 August 2012

Iftar Bersama Warga Pusat Ko Terengganu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulilah berkesempatan lagi utk berbicara kat diari maya ini. Semoga anda semua sudi membacanya tanpa ketat jiwa. Hahaha...awat abg long tetiba jadi mat skema ni?. Mungkin berlaku metabolisme akibat tindak balas obat yg abg long telan tadi. Kemungkinan juga kuman2 tgh bergerak secara rawak utk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa keadaan...aduh, merepek betul kan...^^

Tadi petang merempit dgn sahabat2 ke majlis iftar anjuran pusat kokurikulum Terengganu di SK Menerong, Kuala Berang. Sikit punya jauh tempat tu. Nasib baik jumpa gak. Berbuka tadi sambil diiringi keriuhan hujan dan petir yg sabung menyabung. Kiranya kejadian alam tu jadi background majlis berbuka la kot. Mmg ohsem la suasana tadi.

Ramai juga yg hadir. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri dgn Timbalan beliau juga turut sama hadir. Menu berbuka tak payah cite la, mmg tip top yummy..yummy punya la. Maklum la, berbuka dgn pengarah la katakan...hihihi ^^  Tapi, kalau pengarah tak mai pun abg long rasa tukang catering tersebut tetap akan buat yg terbaik. Maklum la, itu kan sumber rezeki dia. Kalau setakat masak bagai melepas kentut di tangga dah pasti lepas ni orang akan bye bye dia punya bisnes. Hai...hai la dia sesorang kat situ kan..kan...kan ^^

Memang berniaga ni kita nak untung, tapi jangan kita lupa utk buat kebajikan sama. Tak rugi pun jika kerana Allah kita berniaga, nnt lagi banyak masyuk ada. Tapi yg berniaga semata2 utk keuntungan pun melata sekarang ni. Masak ala kadar je. Masam, manis dan masin sikit pun tak terasa. Tawar macam nak kasi makan kat pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi je. Kalau buat masak lemak, banyak air dari santan....Mmg tak boleh blah la kan...

Bagi abg long, sebagai orang berniaga ni perlu ada mentaliti yg super hebat. Apa yg kita nak bagi orang makan sama sahaja dgn apa yg kita nak makan. Kalau kita nak makan makanan yg sedap, begitu juga dgn pelanggan kita. Jadi kena la masak dgn sedap. Masak tu biaq la rasa segala bahan yg diguna. Jangan la sampai kita jadi peniaga yg berkira. Pelanggan berkira takpa, betul tak? ^^

Jadi, berbanyak kontena terima kasih la buat sahabat yg menginvite abg long ke majlis iftar tadi. Terima kasih juga kepada pusat ko Terengganu kerana sudi menerima abg long sebagai ahli keluarga baru. Nampak gayanya lepas ni pusat ko jadi rumah ke-2 abg long la gamaknya.....Hmmmmm......Mak Nani nak ke lepas abg long bertugas kat pusat ko nnt erk? Sesekali nak juga menyergah dunia luar kotak geng bus sekolah. Baru idup boleh jadi warna-warni. Tak la kelam dan kusam berzaman.

NotaDiari:
Rindu bangat sama rakan2 sepermainan di pusat ko JB.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
    purely handmade products such as pouch,
    earrings, cards, hp strap, cute items!
    쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://twinscraftlife.blogspot.com
    http://thesoaplicious.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks twincraftile krn sudi terjah dan tgglkn komen.
      nnt abg long nk beli kan scraf utk bonda abg long, abg long sggh erk

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.