Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 9 August 2012

CUTI ITU BEST

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sepatutnya entri ni abg long publish pat lima ari lepas. Tetapi, atas sbb2 kengkangan masa baru hari ni terdaya abg long coretkan. Lagipun, macam malas nak inform coz kurang berkaitan dengan schedule kerja abg long. Walau bagaimanapun, demi sahabat2 kesayangan abg long maka abg long penatkan juga jari jemari yg comel ni utk menaip.

Taniah kepada rakan2 yg lepak kat Negeri-negeri Melayu Bersekutu (termasuk Johor), Sabah dan Sarawak kerna KPM telah pun memberi cuti (17 Ogos 2012-Jumaat) kepada mereka bersempena Hari Raya Aidilfitri nanti.....Kalau angpa tak tahu apa itu Negeri2 Melayu Bersekutu sila selak buku sejarah semula. Pi skola perabiskan beras ja. 

Semoga dengan pemberian cuti tersebut rakan2 dapat pulang ke kampung dengan selamat dan tidak merempit sesuka suki. Jadi, rancanglah perjalanan dan servislah kenderaan angpa. Ingat pesan abg long ni ha, Pandu cermat, ingatlah hutang yang duk keliling pinggang...hahaha...sesekali kena bagi len dari yg len, mana taw kot2 sangkut tang pala hotak nanti. Best apa, takdak la streotaip sgt....betul tak?

Angpaa balik nanti bawa la beskal, motorsikal, kereta, lori, bas, kapal terbang serta kapal selam angpa tu pelan2. Tak payah la duk ligan bagai...angpa tu bukan pemandu formula one pun. Lagi pun, jalan raya kat Malaysia ni bukan best pun utk dibuat track merempit. Silap2 boleh jahanam sport rim angpa yg cun melecun tu. Abg long rasa angpa faham kot apa abg long nak ceghita ni....kalau tak faham gak, angpa buat2 faham dah la ye...tak kuasa abg long nak melayan.

Satu lagi, abg long tersangat la sayang kat duit angpa tu. Nanti elok2 dapat bonus buat raya angpa perabis duk bayaq saman kot atas jalan raya. Macam angpa tak taw, kan ke depa duk heboh macam  jom heboh bahawa pesalah trafik dalam Ops Sikap nanti akan diminta bayaq saman on the spot toto. Gila ang law kena saman. Tak bermakna raya nanti. Oleh sbb itu la abg long suh angpa bawa kenderaan angpa tu pelan2. Biaq pelan asal tak kena saman....kahkahkah....Nanti duit bonus tu boleh angpa buat duit raya, masuk dlm sarung angpau bt sedekah jariah. Nanti boleh kasi abg long sama...hahaha...Sapa tak mau kasi dia kedekut tahap mentibang laut lolllllllllll...^^

-Gila nakal gambaq kartun ni. kahkahkah!!
Lepaih ni ada la kot suara2 sumbang mahram yg kata bestnya jadi cikgu, cuti memanjang. Meh sini abg long nak ceghita, pihak sekolah dicadang menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu, 22 September 2012. Kalau tak faham juga baca perkeliling kat bawah untuk pencerahan minda.



Untuk tidak menyeksakan kornea angpa apa kata buat macam biasa. Klik pada gambaq. Bila dah baca, dah faham sila bagi tepukan untuk diri sendiri. Sekurang2nya hari ini angpa dah mengamalkan budaya membaca...(◕‿◕). Dan sesungguhnya, cuti itu best.

Sekian sahaja info untuk kali ini. 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. ketiketok, terima kasih sudi menyinggahi.InsyaAllah.....akan difikirkan

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.