Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 31 August 2012

Maksud Oppa Gangnam Style. Angpa tau?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Demam Oppa Gangnam Style

Abg long nak sharing something about Oppa Gangnam Style (speaking london gitu...cey...cey..ceyyy) yang menjadi kegilaan khalayak sekarang ni. Sampaikan sambut raya tempohari pun ada yang buat bido klip Raya Gangnam Style. Satu gerombolan big famili depa join menjayakan pembikinan bidio tersebut. Memang stylo abis la. Sekarang ni musim orang tengah demam tarian Oppa Gangnam Style. Berlambak dah upload bidio kat youtube dgn aksi seakan2 tarian tersebut. Macam2 diorg buat. Ada yang best, tak kurang juga yang hampeh...Ha Ha Ha! Maksud Oppa Gangnam Style. Angpa tau? Kalau tak tau meh sini nak bagitau... Duduk diam2 depan skrin ni, jangan gatai nak pi mana2. Sekeh baru tau. Sediakan kekacang dan cakedis sama, sambil baca sambil mengunyah pun syok juga. ツ

Oppa Gangnam Style
Gangnam style sememangnya telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop. Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 50 juta kali. Bukan co'kia punya orang je tiru aksi tarian ni, bahkan ada juga selebriti turut meniru gaya lagu ini. Lagu ini nampaknya bakal atau sudah menyamai kedudukan lagu Part Rock Anthem yang dibawakan oleh LMFAO. Peminat lagu ini ingat sangat dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.

Apa yang menarik dari video ini? Boleh dikatakan – semuanya. Bermula dari tarian kuda yang aneh tapi menarik, hingga muzik yang begitu mudah mengalir ke dalam telinga – walaupun sebahagian besar orang tidak mengerti maksud liriknya. Tapi angpa tau dak, bahawa dibalik kebestan lagu tersebut, Oppa Gangnam Style ternyata diciptakan di atas sebuah isu yang sensitif.

Psy @ Psycho
Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. Kariernya sudah dimulakan semenjak penyanyi kelahiran tahun 1973 ini melahirkan album pertamanya pada tahun 2001. Karya pertama pemuda bekas pelajar Boston Univeristy ini tidak bernasib kerana Psy dijatuhkan hukuman denda setelah album pertamanya, ‘PSY From The Psycho World!’, diaktankan mengandungi kandungan tidaksesuai untuk anak di bawah umur. Begitu juga dengan nasib album kedua, dibanned, dengan alasan yang sama dengan alasan yang sebelumnya. Album yang dimaksud, ‘Ssa2′ juga dikatakan mengandung lirik yang tidak sesuai untuk orang berusia di bawah 18 tahun. Setelah berulang kali melahirkan album, barulah pada album yang terakhir beliau, ‘PSY6?’, nama Psy menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. Dia telah menjadi penyanyi solo Korea Selatan paling berjaya serta berjaya menembusi pasaran US.

Apa sebenarnya maksud lagu Gangnam Style?

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.

Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.

Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Apa hubungannya dengan lagu Gangnam Style?. Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

Lirik Lagu Gangnam Style

tekan gambar utk tumbesaran
~Kredit untuk : Isu Hangat

Bidio
75,578,496 telah view lagu ini di youtube. Lagu ni memang best walaupun majoriti khalayak tidak faham senikatannya. Ini bermakna kefahaman keatas sesuatu lagu itu tidak penting mana, yang paling penting ialah lirik lagu tersebut unik dan sedap halwa telinga mendengarnya.
kalau angpa disuruh membuat satu pilihan berdasarkan gambaq kat atas, yang manakah pilihan angpa? 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 30 August 2012

Sambut Merdeka Versi Diari Seorang Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Maaf sebab dah banyak lama tak bercanda jemari kat blog ni. Masa ada tapi idea pula takdak, idea ada tapi masa pula takdak. Mati kutu abg long nak updates entri kat blog ni dibuatnya. Untuk memujuk hati, abg long sibukkan diri menerjah open house sana sini. Bak kata orang lama-lama; Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati...Hi hi hi!. Harap angpa yang PENCINTA TEGAR blog abg long ni tidaklah merajuk hati. Kesulitan amat dikesali. Angpa boleh juga follow dan skodeng abg long kat SINI.

Entri kali ni abg long nak cuit-cuit perihal K.E.M.E.R.D.E.K.A.A.N. Apa itu merdeka? Hmmm...Tak payah kot abg long ulas makna merdeka ni kan. Kalau angpa nak tau juga elok rasanya angpa tanya lebai google. Dah capai akil baligh kalau tak tau apa makna merdeka ada eloknya angpa terjun lombong....Ha ha ha! Tapi, kalau angpa nak tau juga apa itu erti kemerdekaan angpa boleh tekan SINI. Dijamin cool!

Detik masa 31 Ogos semakin mengamit warga Malaysia. Tengah malam nanti bergemalah laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! di sana sini. Langit pun meriah dengan percikkan warna-warni bunga api. Ramailah manusiawi yang terkinjal-kinjal nanti, kononnya meraikan diri yang tidak dijajah lagi. Memang gerenti meriahlah acara malam nanti. Konsert nyanyian menjadi santapan rohani sebagai habuan sebuah perjuangan suci. Halal dan haram sudah tiada bezanya lagi. Gerenti ramai malam nanti yang akan lupa diri....Kalau tak percaya, we will see! Abg long berani potong kuku beb law bab ni!! 

Tahun ni abg long nak sambut merdeka atas tikar sejadah ja. Ok tak? ^_^ Abg long nak sambut ikut nafsu abg long sendiri. Kalau angpa rasa comel dan sweet, u can follow me together (speaking london gitu..hahaha..^^)

Lagi satu, bab logo dan tema merdeka. Sebetuinya, malas Abg Long nak ikut menyibuk dalam perbalahan berkenaan logo dan tema hari kemerdekaan antara parti politik kerajaan (UBN) dan pembangkang (PR) ni. 

Abg long rasa, angpa semua pun dah naik pening kepala dengan tingkah para pemimpin kita. Bergaduh bagai depa tu kanak-kanak ribena. Kalau la ada depan mata, mau ja abg long piat-piat depa punya telinga. 

Jadinya, abg long memilih logo dan tema sendiri yang abg long kira lebih best dan cool. Untuk kita2 aje...Ha ha ha!

¤*¨¨*¤.¸¸.¤*¨¨*¤.¸¸.
\¸..,M.E.R.D.E.K.A¸¸.
.\¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¤*¨¨*¤.¸¸.
...\
☻/...
/▌....
/ \...... Malaysia d'ku


~SELAMAT MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-55~


NotaDiari:
1- Malaysia ni kecik ja...Kalau kita pakat2 gaduh, Malaysia siapa mau jaga?

Y(^__^)Y No War!

2- Malam diambang merdeka bukan malam utk kita-kita berpesta-pestaan melonggokkan anak tidak sah taraf (anak luar nikah). Ada akai tlg pakai!! Nanti tak pasai2 jadi daging salai!!

Saya Anak Malaysia!
Saya Anak Merdeka!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 19 August 2012

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

...:hai Si kacak dan Si Cantik:...

Nak buat kad tak pandai. Jadi, abg long amik langkah utk membuat ucapan ini tanpa kad. (dah macam perutusan pula gamaknya) Hahaha ^^ layan je la yer!
___________________________________________________________

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Walilahilhamda'.

-Tgh layan blues time ni, sbb tu nmpk asap sdg kepul2 malu ^^
Diam tak diam Ramadhan Kareem semakin meninggalkan kita. Tentu sahaja ianya saat yang sangat2 menyedihkan bagi orang2 yang sering mendambakan akan kehadirannya. Kehadirannya hanya sekali dalam setahun. Ramadhan adalah bulan yang didalamnya penuh barakah dan keampunan Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pemerintahan segenap alam semesta. 

Belum tentu ramadhan akan datang akan menjadi milik kita lagi. Apa yang kita lakukan sepanjang ramadhan ini itulah yg bisa kita perolehi diakhirat nanti. Banyak atau sebaliknya, harus kita berpuas hati. Bagi mereka2 yang tidak merebut peluang ramadhan kali ini sebaiknya tentu sahaja akan berasa rugi. Tentu sahaja sesal akan datang menghantui. Semuanya kerana khilaf dan kealpaan diri sendiri. Manakala, golongan yang beriman dan beramal dengannya pasti akan bersedih diri utk melepaskan ramadhan pergi. 

Usahlah pemergian ia kita ratapi, seeloknya kita maintain dengan amalan baik yang kita kerjakan sepanjang bulan Ramadhan utk diteruskan pd bulan2 lain yg mendatang.

Berdoa dan bertawakallah, semoga segala amalan kita bersamanya diterima oleh Yang Maha Esa. Berdoa dan bertawakallah, agar kita betah bertemu lagi dengannya. Mudah-mudahan kita berada dalam golongan atau orang2 yg beruntungan. Di dunia mahupun diakhirat. InsyaAllah…

Mentari syawal bila2 masa akan menjelma, namun hidup kita belum tentu panjang atau sebaliknya. Syawal adalah bulan kemenangan untuk kita umat Islam. Kemenangan Abg Long, kemenangan rakan2 sahabat semua, ia adalah hari kemenangan kita bersama setelah sebulan berhempas pulas mengawal diri dari gelora nafsu (makan, minum, membuat perkara maksiat dan terlarang). Semoga amalan baik yang kita laksanakan  disepanjang bulan Ramadhan mendapat pengiktirafan Allah SWT. Mudah-mudahan, kita telah lulus ujian ini dengan sijil cemerlang, gemilang dan terbilang.  InsyaAllah…

Seeeloknya di bulan syawal, bulan kemenangan dan kemaafan ini nanti kita boleh saling berjabat tangan antara satu sama lain. Saling memberi dan menerima kemaafan dengan penuh keikhlasan. Kita lupakan sahaja sengketa lama dan kekurangan yang pernah ada. Untuk apa kita harus saling berdendam andai ia akan menjadikan hidup kita muram. Kenapa perlu pilih yang ‘hitam’ andai warna lain menyenangkan. Buka lembaran baru dihari lebaran. Mudah-mudahan usaha dan tingkah kecil kita ini bisa mendapat rahmat serta berkat dari Allah SWT. 

Kepada mereka2 yang merajuk hati sehingga membawa diri jauh dari keluarga sendiri jadikanlah lebaran kali ini sebagai titik mula untuk bertaut kembali. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Sesungguhnya, buruk dan busuknya (sikap) mereka itu adalah darah daging kita juga. Terimalah mereka apa adanya. Sedangkan Allah SWT ampuni dan maafi hambanya, tak kan kita sesame kita tidak mampu untuk melakukkan sesuatu yang bermakna?. Usahlah dikenang barang yang lepas. Kenapa pilih  jalan hidup duka dan luka jika kita berhak untuk hidup bahagia dan gembira. 

Pulanglah ke desa di hari lebaran nanti. Kucupilah tangan tua insan yang pernah membelai kita sedari kecil sehinggalah kita dewasa. Lihatlah kewajah mereka yg dimamah masa, kenangkan kembali kepayahan dan kelapangan mereka tika bersama dengan kita. Cuba renungi anak mata mereka sedalamnya, ada garis rindu yang bertamu disitu. Hitung dan conggak la masa, adakah berkesempatan untuk kita membahagiakan mereka? Sedangkan mereka kudrat bagaikan dikerat. Tanamlah dalam diri kita mulai lebaran ini untuk membahagiakan mereka selagi hayat mereka masih ada. Usahlah kita lupa dan alpa pada tanggungjawab kita terhadap mereka. Insafilah diri bahawa tanpa mereka mana mungkin kita bisa melihat indahnya dunia.

Meriahkanlah syawal dengan menziarahi sanak saudara, sahabat handai serta rakan taulan. Kukuhkan kembali silarulrahim yang longgar. Hulurkan tangan, saling bermaafan. Dalam kita bergembira di Aidilfitri jangan kita lupa pada insan-insan yang tak berpunya. Ziarahilah mereka, warnailah aidilfitri mereka. Berilah mereka kegembiraan agar mereka tidak merasa kekosongan. Sesungguhnya hidup ini adalah satu pengkongsian-memberi dan menerima. InsyaAllah, kelak kita semua bisa tersenyum dan hidup  gembira.

Sebagai ibu bapa, ajarilah anak-anak agar menghormati yang lebih tua. Santunilah juga anak-anak kita, supaya tidak meminta-minta terutamanya dalam hal-hal bersangkut duit raya. Berilah mereka kefahaman yang betul tentang HARI RAYA, janganlah kita yang tua ini merosakkan minda anak-anak kecil kita. Katakan kepada mereka, duit raya bukan perkara utama. Yang lebih penting dihari raya adalah saling memberi maaf dan ziarah-menziarahi, itulah yang paling utama dan mulia. Sekiranya mereka diberi duit raya, katakan kepada mereka itu adalah hadiah untuk anak-anak kecil seperti mereka. Dan, syukuri dengan apa yang diberi. Inilah yang sebaik-baiknya ajaran yg patut kita ajari kepada si kecil ini. 

Usahlah kita lalai dan alpa dalam meraikan lebaran nanti. Panjatkanlah doa kemenangan untuk saudara-saudari semuslim kita yang menyambut Aidilfitri dalam serba kekurangan dan kepayahan dek tekanan musuh-musuh Islam. Mohonlah pada Tuhan agar diberi mereka kekuatan dan kemenangan. Supaya musuh-musuh Islam itu akan tersungkur dalam kehinaan. InsyaAllah….

Bersempena syawal yg bakal bertandang datang esok hari. Abg Long serta seisi famili ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada semua sahabat2, rakan taulan, insan2 yg dikasihi serta penjenguk blog Abg Long ini. Mohon maaf zahir dan batin diatas khilaf yang ada. Tanpa Abg Long sedarI mahupun Abg Long sengajaI. Mana la tahu sepanjang abg long berblogging, berfesbuking, bertaggeding dan bermacam2 lagi dilaman sosial maya yg Abg Long sertai ada terkasar bahasa bicara sehingga menghiris limpa kalian semua. Mana la tahu kan, lawak tak menjadi yang Abg Long persembahkan membuat tulang2 spatula kalian berantakan. Ampun dan maaf dipinta, untuk mensuci segala dosa. Sesungguhnya Abg Long insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Yang comel itu datang dari Allah SWT, yang huduh bagai itu datangnya dari Abg Long sendiri. Yakinilah hati angpa bahawa hasil contengan abg long tidak sampai sehingga membunuh sesama sendiri. Ia hanya bicara bisu utk sesama kita belajar utk mengenal 'sesuatu'.

Selamat hari raya Aidifitri 1433/2012.

Teratak Bonda Ayahanda
Kg.Durian Bitter Village
Kelantan
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 18 August 2012

Ngeri | 10 Tahun Garpu Dalam Perut

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Lee Gardner bersama garfu yang lepak dalam perut beliau

Lee Gardner (beliau tiada bau-bau bacang pun dgn pengasas Garnier) diberitakan bergegas ke hospital akibat muntah darah dan mengalami masalah sakit perut yang membimbangkan.

Ketika doktor di Barnsley membuat pemeriksaan ke atas beliau, didapati garfu berukuran 9 inci tengah best duk lepak kat dalam perut beliu. Apa yg lebih mengezutkan, garpu itu sudah 10 tahun lepak kat situ. Maybe perut Lee Gardner tu bertaraf hotel lima bintang kan? Nasib baik la garfu tu tak bercucu cicit, kalau tidak lagi haru dibuatnya kan?

Mengikut Lee Gardner, beliau lupa sejak bila beliau tertelan garfu tersebut. Masa jumpa doktor ketika kejadian tika itu, doktor memaklumkan garfu tersebut akan keluar melalui sistem penghadaman secara semula jadi.

Kalau tengok pada garfu tu, manusia yg normal dan waras pun tidak akan tergamak utk menelannya. 10 tahun garfu tu duk lepak dalam perut beliau, warna pun dah jadi lusuh. Abg long kira , kalau tak mau jadikan barang lusuh pun, boleh juga dibuat barangan artik. Nak lagi best framekan supaya anak cucu tujuh keturunan dapat lihat dan menhayati kisah mengerikan usus ni.

Angpa rasa ngeri tak kisah Lee Gardner ni? Hmmmm.....Kalau tertelan duit syiling rasa2 keluar tak erk? ^^

Boleh terjah SINI utk full story.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tutorial | Masuk Lagu Dalam Blog (MP3)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hari ni tergerak limpa dan pankreas nak buat tutorial. Tapi Tutorial abg long ni takdak la semarbeless macam sesetengah blogger tersohor tu. 1st time buat ni. Saja je buat mende alah ni. Saja nak taste market dekat2 nak raya ni. Mana law tau kot2 boleh masuk majalah Mustika muka depan...Hahaha....Langsung takdak kaitan kan? 

Sebenarnya masuk lagu dalam blog abg long ni request dari seorg followers yg comey, Ejiey nama dia. Dia kata best ada lagu. Jejak tidak dapat dikesan sebab 'Profiles Disable'. Takdak link blog....Myb dia takdak blog lagi atau dia malu alah nak share blog dia dgn abg long. Tapi takpa la, harap dia selalu terjah blog abg long yg orange macam limau mandarin ni utk baca...baca...baca dan baca sampai lebam entri2 yg abg long rawankan sambil2 melayan halwa telinga dgn lagu yg abg long tepek kat blog ni.

Sebetulnya, dulu abg long ada buat mende alah ni tapi versi youtube. Lepas tu abg long nyah kan coz rasa menyemak pula bila tak boleh nak pause bagai masa kaki skodeng blog abg long ni tgh syok menikmati bidio2 yg abg long upload. 

Act...ada yg suka, ada yg tak suka masuk lagu dalam blog ni. Terpulang pada diri masing2 la kan. Blog angpa, suka hati angpa la ye. Ada abg long nak kisah....^^

Kalau angpa berminat meh sini abg long ajar. Tak payah bayaq pengeras lima duit pun. Percuma ja tutorial ni. Angpa bayar bil berokband or wifi angpa dah la ya. Abg long ang ni seorg yg prihatin dgn masalah kenazakkan poket kwn2. Nak2 pula bila time dah dekat nak raya cenggini. Banyak la yg kuar dari masyuk kan..kan...kan? Hahaha......^^ 

Macam mana nak buat? Ikut step bawah ni pelan2.

1- Masuk google. Lepas tu angpa search la ---> musicdumper. Kalau malas sangat angpa terjah je SINI

2- Bila dah kuar mende alah yg angpa search tu angpa taip lagu yg angpa mau dan angpa suka. Macam2 ada...Nak taip lagu yg disukai macam mana? Angpa lihat gambaq kat bawah. Dalam bulatan merah tu la angpa taip utk cari lagu yg angpa suka. Abg long pilih lagu Rapuh-Opic

Klik gambaq utk tumbesaran

Klik gambaq utk tumbesaran

3- Bila dah kompem angpa nak lagu apa, angpa klik ja kat lagu tuh.

Klik gambaq utk tumbesaran

4- Angpa skroll bawah. Nanti ada 'Song Preview'. Lepas tu angpa cari 'Embed Options'. Copy 'Embed code' yang ada dalam kotak tu. 


Klik gambaq utk tumbesaran


5- Buka blog, pegi kat Design > Add a Gadget > HTML/Javascript. Pastekan code yang angpa copy tadi kat situ. Done!

6- Nanti dulu. Belum abis lagi. Angpa preview dulu. Kalau jadi save. Angpa juga boleh letak kat mana2 bahagian blog angpa tu, sama ada kutub utara, kutub selatan, timur atau barat...terpulang la pada nafsu masing2 ya.

***Mudah je kan? Macam makan kacang putih....Jadi, bila dah berjaya tu sila2 la bagi tepukan kat diri sendiri. Bravo! Bravo! Bravo!



NotaDiari:
Kalau rasa nak ikut tutorial ni, angpa ikut je lah. TIADA PAKSAAN! Nak copy & paste pun boleh. Tapi bagi la kredit kat abg long na. Just tulis link blog abg long ja, bukan abg long mintak kredit telefon angpa pun. Y(~__^)Y No War!


Selamat Mencuba Sahabat-sahabat!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | 10 Cara Membahagiakan Ibu dan Bapa. Angpa tau?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

sebetulnya nak dapat pahalaa ni tak susah cuma kita sahaja yang menjadikan sesuatu itu payah.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa”. Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. 

kiriman emel: Daniena Hakimi

NotaDiari:
Kita selalu melihat mereka ketawa,tetapi mungkin sebenarnya mereka tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyuman itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu betapa payah dan sukarnya menjadi ayah dan ibu.

Jika baca tapi tidak diamalkan tiadalah bermakna ilmu itu. Jika diamalkan tapi tak mahu dikongsi apalah erti hidup ini. Share entri ini dgn rakan2 angpa. Tak susah kan nak dapat pahala? ^^
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 17 August 2012

Macam ni rupanya ulat resdung. Angpa tau?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Selasa lepas doktor cakap demam dan sakik tekak abg long ni ada siptom2 resdung. Tapi tak tau pula yg ulat resdung ni macam gini ghuper dia. Tadi tetibe tingat yg doktor India tu cakap pasal resdung. Jadi abg long pun rajin kan la diri godek2 kat youtube tentang permasalahan resdung ni.

Gila ngeri bila tengok bidio2 ni. Nak pitam pun ada. Geli lagi meloyakan. Sah2 sape yg tgk ni takde selera nak bersahur dan berbuka nanti.

Bahaya juga penyakit ni kalau tidak diubati dan dibasmi. Boleh memudaratkan kesihatan. Tapi, abg long takdak pula menatang ni duk lepak kat dalam idung dan telinga. Sakit tekak nak menelan masih bersisa ada la.

Semalam nyaris2 ke wad kecemasan. Demam teruk gile campur dgn sakit tekak. Melayang lagi la semalam RM65. Dah la ari selasa ritu berabis RM150 dgn 2 suntikan kat montok. Tapi tak juga baiknya penyakit ni. Dugaan betul dibulan puasa ni. 

Sapa2 yg teringin nak tengok benda alah ni boleh la tekan tang bidio kat bawah ni. Harap angpa sediakan besen atau plastik sebagai langkah berjaga2.

Abg long tak pasti betul lagi sahih ke tak bidio ni. Kalau ada pakar biologi yg terbaca blog abg long ni leh la kongsi ilmu sama ya. Doktor sakit puan pun boleh gak la law nak join bagi ilmu. Kesudian semua amat dialu-alukan. 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Van Persi sah milik Setan Merah sebelun Syawal menjelma

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sudah terang lagi mau suluh pakai tochlight ka?. Akhirannya dup dab dup dab ttg pemain kecintaan jutaan peminat geng meriam katak (Arsenal) dan juga pemain Belanda terjawab sudah. Sebelum syawal menjelma beberapa hari lagi, Van Persi akhirnya telah mengambil keputusan mengingkat kontrak selama empat tahun dgn kelab Setan Merah (Manchester United-Red Devils). Gerenti leleh ayaq mata penyokong geng meriam dgn apa yg berlaku ini.

Diberitakan bahawa kontrak perpindahan tersebut mencecah 20 juta pound yakni bersamaan RM199 juta. Kalau lulus ujian kecergasan maka Van Persi akan menyertai rakan2 Setan Merah yang lain dengan sempurnanya.

Harga tinggi yg di tawarkan dan masa yg singkat menyebabkan pengurusan geng meriam terpaksa melepaskan Robin Van Persi. Kalau ikut pada penghijrahan Fabregas dan Nasri, ternyata ianya berbaloi coz mereka telah pun berjaya memenangi trofi bersama kelab baru masing2. Kalau dgn geng meriam tu ntah bila la nak merasa kan?..hahaha ^^

Komen Van Persi berkenaan isu ini, "Main sampai terjelir dgn geng meriam pun tak dapat piala. Kalau main dgn geng burung helang jersi biru cair belum tentu dapat main 1st eleben. Ghamai sgt geng starz. Ternyata....jersi kotak-kotak tetap menjadi pujaan hatikuuuuuuuu".

Van Persi berjaya menjaringkan 30 gol dalam musim EPL 2011/2012 dan Ronney bakal kembar beliau di tgh padang nanti mengumpul 27 gol. Tak jauh dah kan? kira sama2 super duper hebat la tu kan?


Mampukah gandingan ini merampas semula takhta EPL dari Manchester City?

Setan Merah kini mempunyai 4 pilihan penyerang yang dikira sempurna iaitu Van Persie, Rooney, Welbeck dan Hernandez. Ini akan mengulangi apa yang dimiliki oleh mereka sekitar tahun 1999 dimana mereka dibarisi penyerang seperti Andy Cole, Yorke, Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer.

Robin Van Persie dijangka membuat penampilan pertama bersama Setan Merah pada perlawanan pertama EPL menentang Everton Isnin ini.

Kat bawah ni gambaq2 Van Persi tgh buat latihan mencemar duli dgn geng Setan Merah yg abg long rembat kat SINI




NotaDiari:
Jangan jadi macam Toress masa memula join Naga Biru pegang kunci dah la yer. Perabiskan bores ja....hahaha ^^
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Asal Perkataan Elektrik. Angpa tau?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang kita ni hanya pandai bising ja bila takdak letrik. Bila letrik ada pun bising gak sbb bil letrik mai melambung2 macam saham kat BSKL. Tapi angpa tau ka dari mana asal usul letrik ni? Meh sini abg long nak habaq mai kat angpa.

Duk diam2 depan blog aabg long. Jangan pi mana2. Di jamin takdak iklan sepanjang entri ini bersiaran...hahaha ^^

Asal perkataan eletrik tu sebenarnya mai dari org melayu. Benda ni tak penah pun depa nak simpan dalam kamus dewan. Maka, jadilah ia sejarah lisan yg diperturunkan dari mulut ke mulut. Bukan sambil2 cium mulut ya...hihihi

Kisahnya begini, orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris...angpa paham dak ni? berbelit jemari abg long menaip ni ha...
Ceritanya…Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tersebut tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup.

Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.

Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. (Bermaksud tipu) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih.

Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

SUMBER:ceritaduniaku.ning.com
HAHAHA.....macam mana? Dah tau kan asal usul elektrik? Taniah la sbb angpa berjaya juga mengabiskan silibus pelajaran hari ini dalam sejarah dgn jayanya. Nanti angpa boleh la turunkan dari blog ke blog ya. 

Macam mana nak buat? Angpa Link je la....Apa? Tak reti gak? Angpa copy & paste pastu angpa kredit atas nama abg long. Kalau tak reti gak angpa pi kat plug letrik angpa kasi karan kat pale angpa. Mana tau kot2 lebih kefahaman nanti...hihihi^^
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

kembang kempis lobang idung Abg Long ni ha

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hai semua, sihat ka? Kalau tak sihat Pandai2 la telan obat ya. Tapi jangan salah telan obat pula, nanti haru satu malaya. Entri ni bukan nak story about kuman yg duk menghuni dalam alur darah abg long tapi nak story pasal seorg blogger ni ha...Seorg tokey blogger yg femes   dan ganteng. Beliau mmg blogger gourges abis la. Blog beliau pun maha cun lagi comel. Disebabkan beliau la, lobang idung abg long yg tak mancung ni kembang kempis dek rasa terharu dan suka gumbira yg teramat sangat (nama beliau terpaksa di rahsiakan sehingga angpa khatam entri ni...hihihi^^)

Abg long, famili abg long serta kambing belaan abg long betul2 tak sangka beliau boleh menerjah dan menyinggah kat blog hingusan abg long yg ntahapaapantah ni. Bukan itu sahaja, siap tggl kan komen ag kat entri abg long. Pehhhhhhhh....bukan SEronok dah lagi, tapi dua tiga ronok dah jadinya limpa abg long ni.

Angpa jangan tak percaya, sbb memula pun mmg abg long tak percaya....last2 abg long kena percaya juga. Sbb percaya itu motip utk abg long rasa gembira...hahaha....macam hilang akai plak ayat abg long kan? Lantak angpa la nak kata apa kat abg long. Ini blog abg long yg punya....(baca ikut sebutan dan intonasi cite Ahmad Albab)..hahaha ^^

Angpa nak tau ka siapakah gerangan blogger tersebut? Kalau angpa nak tau cu angpa skodeng print screen kat bawah ni. Macam biasa la, angpa klik je gambaq tu utk tdk menyeksakan mata angpa....ahaks3....hihihi...^^



Siapa NURDANI? Angpa ni biaq betul. Tak kan la angpa tak kenai dia kot. Blogger femes tu. Kalau angpa tak kenai mmg angpa ni kurang lucky draw la gamaknya kot. Utk pengetahuan am angpa semua, beliau ni gadis 24 tahun yang berada dalam badan pelajar sekolah berusia 14 tahun. Awet muda selalu. Hahaha.....ayat yg abg long bold tu bukan abg long yg kata taw tapi abg long copy & paste dari blog beliau. Kalau angpa nak kenai sapa blogger kiut miut ni angpa leh terjah kat SINI

Abg long suka lepak2 kat blog beliau sbb beliau ni bukan setakat blogger je tapi seorg artis yg abg long kira punyai bakat yg super duper hebat. Berkoyan2 karya beliau yg marbeles lagi lazat utk tatapan kornea dan minda.

Thanks buat nurdani dan angpa semua coz sudi singgah sini. Dah singgah tu jangan lupa utk sertai blog abg long ni. Dan, jangan malaskan jemari angpa tu utk tinggalkan komen. Tak kisah la komen negatif ka komen positif ka, sbb komen2 angpa la makanan dan minuman utk abg long terus berblogging. 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.