Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 16 July 2012

Aku Mencintaimu kerana aku mencintai Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu sebahagian hidupku". Mendengar itu isterinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?". Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut serta penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNYA, melayan dengan hormat dan penuh kasih sayang isteriku, anak-anakku dan sesama makhluk. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah".

Sahabat sekalian, cintailah pasangan kita kerana cinta kita kepada Allah, perlakukanlah dengan rasa hormat terhadap pasangan kita, setia dan mencintainya dengan setulus hati kita. Kehidupan tika diselimuti rasa kecintaan sangat abstrak. Di dalamnya ada pelbagai warna......kebahagiaan, kesedihan, kebencian, senyuman semua datang mewarnai diri. Jika pasangan suami dan isteri serta pasangan kekasih hati dua sejoli saling memahami,  maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi. Jika tunas cinta terus bersemi maka akan selalu ada bunga-bunga yang bermekaran, lantas menyebarkan semerbak harum wangi dipagi hari menyambut kehidupan yang indah untuk dimiliki.

Sahabat yang abg long kasihi,  bersabarlah menghadapi kekurangan si dia yang kita punya, selalu ingatlah akan pengorbanannya. jadikanlah apa yang dia berkurangan itu sebagai kelebihanya. Ingatlah kebaikannya. 

Bila datang masalah dan konflik dalam perhubungan, jangan sesekali antara kita saling mengali kelemahan dan mengeluh pengorbanan yang telah pernah kita lakukan,  tetapi hendaknya kita saling mengakui kelemahan diri dengan setulus hati, memahami dan memuji. Disinilah rahmat Ilahi turun melimpahi sehingga cinta bersemi kembali. Sesungguhnya, sudah menjadi adat resam sebuah kehidupan yang dipinjamkan, disela hempasan badai dan gelombang samudera datang siling berganti kerana pengakhirannya nanti DIA akan memberi kita ketenangan dan kedamaian hidup yang hakiki. Di situ nanti kita akan belajar erti mensyukuri.

"Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baiknya kamu adalah yang paling baik kepada pasangannya". (HR. Bukhari).

- Sekadar Hiasan

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.