Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 26 July 2012

Bonus Raya-Org Goment Teruja

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alahai, semua orang tersenyum sampai ke telinga hari ni. Kebanyakkan wajah yang datang keje hari ni berseri2 macam baru suntik susuk emas 20k je. Pelik juga memula, tapi bila dikhabarkan dengan berita gumbira baru la Abg long tau ceritanya. Lepas tuh bersekali dengan Abg long senyumnya memanjang (sambil kembang kempis lobang idung), tapi Abg long punya senyuman biasa2 sahaja taw. Senyum sebagai sedekah jariah di pagi hari.....hihihi......(sempat lg ayat cover line) 


Rupa2nya semalam Tok Jib (gambaq atas...p/s: cumey kan PM kita sowang ni?...hihihi) dah umumkan bonus hari raya untuk penjawat awam. Lumayan juga org goment dapat kali ini. Dah la dapat tunggakkan gaji, diberi lagi oleh Tok Jib bonus Aidilfitri. Raya sakan la org goment tahun ni. Memasing dah terconggak dalam kepala itu ini apa yg hendak dibeli nanti. 


Hangpa jgn la nak jeles2 dgn org goment ni, dah sememangnya rezeki depa sejak azali....kuikuikui....lagi pun tak cumey la nak jeles2 di bulan pose ni.  Betul tak? Well, hangpa boleh terima tak statment Abg long ni? Kalau hangpa tak boleh terima pun, apa Abg long peduli...hihihi...ileks la sahabat, gurauan bulan pose pun tak kan nak ketat2 kan muka...tenyum ckit la.....lalalala...Y(~__^)Y

Bila mendapat perkhabaran yg sedap mcm gini mula la nafsu Abg long membuak2 nak menyambut Aidilfitri. Nak beli itu, nak beli ini.  Mula la nafsu menguasai diri....(harap2 lps raya nnt x dak la Abg long duk selongkar almari cari stok maggi). Abg long teruja teramat sgt, mcm gaban dapat kenaikkan pangkat pula ase dia....hihihi....Tapi kan,  Abg long nak la juga nasihat kat abg long punya body serta sahabat2 goment yg di kasihi. Bila dah dapat riban2 tu ingat2 la sama pada mak ayah. Pandang2 la juga khalayak disekeliling kita yg susah dan payah. Berkongsi la dengan mereka lapang yg kita ada. Mudah-mudahan kita mendapat redha dari DIA. Tak gitu my friends? InsyaAllah......bersama kita berusaha ke arah yg best.

Tok Jib dah bagi bonus (walapun 1/2 bulan gaji) kena la bersyukur, itu tandanya ekonomi negara kita dah semakin makmur. Apa yg Tok Jib beri tu dah memang hak rakyat. Dah memang responbility dia utk menyenangkan rakyat dia, tak kan siang malam dia nak pikiaq kan kroni sahaja. Jadi, org2 goment kenalah terima pemberian ini dengan berlapang dada (geng2 caupecs jgn berhiba....len kali mintak la dua bulan, insyaAllah nnt Tok Jib bagi satu bulan. Budak2 pun reti guna sifir ni...hihihi)

Apa yg Tok Jib beri tu dia dah yakini dgn hati. Dia dah follow apa yg penasihat ekonomi dia bagi. Jadi, kita toksah la duk kata dia nak beli undi. Lagipun, tak kan la rega diri kita ni seciput nilai setengah bulan gaji. Jadi, hangpa pikiaq la sendiri. Abg long malas nak pikiaq lagi sbb Abg long dah mcm tahap beku duk melepak dlm bilik beraircond ni.

Baik betul Tok Jib kan? kan? kan? (◕‿◕)☆™


NOTADIARI: Iklan 5 saat
Alang2 dah menerjah, terterjah dan diterjah apa kata hangpa join je jadi geng skodeng blog Abg Long yg best ini. (ayat poyo x bley blah..hihihi)
Abg Long kasi penyertaan percuma kat hangpa yg nak jadi followers. Bukan kena bayar yuran tahunan pun. Hangpa picit ja butang 'Sertai Tapak Ini' kat atas sinun.
Selamat bersahabat utk semua...(◕‿◕)☆ 

Tuesday 24 July 2012

[IKTIBAR] Kasihnya Ibu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sahabat2, tolong baca kisah kat bawah ni sampai abis. Ada mesej penting yang perlu kita sama-sama ambil perhatian. Asyik duk layan cite2 gosip artis, cite2 lawak politik...cite2 sengal ginjal pun tak boleh gak kan. Sekali sekala berbatu nautika apa salahnya kita sumbat pale hotak kita yg dah nak tersumbat bagai tu dgn kisah2 yg sedap dan lazat utk kita tuntasi hakikat kehidupan yg dipinjamkan ini. Jemput2 baca semua.....sila2 la, buat macam blog sendiri pun takpa....hihihi...kuikuikui....(◕‿◕)

Kiriman Emel:Daniena Hakimi
Once open a time.....

Seorang pemuda yang bernama Faizal (bukan nama sebenar) terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah (pun bukan  nama sebenar) segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu,

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redha nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Kita bagaimana? Apa doa kita untuk ibu bapa kita? Tepuk dada, tanya minda....selamat beramal utk semua.


NotaDiari: Zaman skrg ni,  apa yg abg long duk peratikan anak2 tak endah sgt dah senang payah mak ayah. Bila dengar kekasih demam, depa kalut bagai nak gila.......Bila mak ayah sakit, tanah dan harta pusaka dah terconggak di kepala. Dengan kekasih depa lembut sahaja bila bicara, dengan mak ayah sopan depa entah kemana.

Monday 23 July 2012

Cikgu Seluruh Malaysia Bakal Ambil Alih Agen Jual Topup?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mulai tahun 2013, semua pelajar sekolah dibenarkan utk. membawa telefon bimbit ke sekolah.



Sebetulnya dah lama nak publish entry ttg isu ni tapi atas sebab2 yg tidak dapat nak elak maka abg long peramkan dulu kat dalam balang jeruk pekasam entry ni. Sementara menunggu ranum, abg long join beberapa forum kat sesawang pesbuk utk mengskodeng rasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membenarkan pelajar2 sekolah bawa handphone (gadjet) memasing ke sekolah. Abg long pun tak pasti idea kepala hotak menteri mana la yg bagi cadangan sedemikian rupa....Ini la hasilnya bila orang politik pegang hal2 berkaitan keilmuan. Huru-hara jadinya pusat2 pendidikan negara seperti sekolah.

Hasil dari dapatan pengamatan abg long berkenaan isu tersebut, majoriti adalah menolak dasar berkenaan dari dilaksanakan. Banyak keburukkan dari kebaikkan yg diperolehi hasil dari membenarkan pelajar membawa gadjet mereka ke sekolah. Sekarang ni pun tanpa gadjet di bawa ke sekolah, pelajar2 kita dah macam2. Klik video lucah dgn berpakaian sekolah bersepah kat internet. Itu yg bawa tanpa kebenaran, kalau dgn kebenaran hangpa pikiaq la macam mana trouble effect dia nnt. 

Abg long punya la tujuh hari tujuh malam duk pikiaq kewajaran KPM duk nak laksana dasar ni tahun depan sampai takdak selera nak makan. Abg long bukan apa, Abg long kesian kat anak bangsa abg long ja, Abg long takut depa alpa.....last2 depa lupa objektif utama. Duk pakat syok tilik gadjet yg ada, sampai terabai apa cikgu duk ajaq kat depan sana. Hilanglah rasa cinta mereka terhadap ilmu, akhiran nanti jadilah mereka seperti lembu. Lepaih ni bertambah bestan la juga pelajar2 kita bila dasar bawa handphone ke sekolah dilaksana, dapat la bluetooth apa yg ada dgn kwn2 depa. Hangpa rasa la kan, apa benda yg paling menjadi kesukaan utk mereka berbluetooth sesama mereka? 


Lepas ni cikgu-cikgi dah tak payah dah duk peningkan kepala nak pikiaq macam mana nak cari side income. Lepas ni boleh la cikgu-cikgi bawa kad topup bebanyak yer. Boleh buat partime sebagai agen topup. Pelanggan tetap dah tersedia ada...ahaks3...kah3.....Nanti boleh juga tambah keje kat sekolah macam gambaq kat bawah ni...kuikuikui!!!


Maka itu, dengan dasar ini abg long kira pak2 menteri akan melihat pelajar2 kita  bertambah modenisasi dan canggih manggih. Tapi kan, Abg long rasa la kan....ini mesti permintaan anak2 org besaq yg punya keje. Tak pun ada lobang utk diniagakan bilamana dasar ini dilaksanakan.....hahaha.....kat Malaysia ni, sistem pendidikan itu sendiri apa yg dapat jana kan wang orang2 akan ambil kesempatan. 

Malas la nak cakap bebanyak pasal baik buruk pelajar2 dibolehkan bawa gadjet mereka ke sekolah. Buang karan jer coz bukan pak2 menteri kat atas sana nak dengaq pun. Depa kan semua gila nama.

Kalau hangpa sebagai student, ibu bapa, guru dan yg sewaktu dengannya (kecuali pemimpin politik atau pak menteri pasola) apakah sudut pandang hangpa terhadap dasar baru ini?


p/s: ada akai pakai.....jangan jadi pencacai Y(^___^)Y

Thursday 19 July 2012

Ramadhan Kareem 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

- Foto: kredit utk incik google
Syaaban semakin meninggalkan kita, Ramadhan pula semakin menghampiri kita. Bulan yang ditunggu2 oleh para Sang pencinta yang mendambakan redha Tuhan Yang Esa. Bulan yang terkandung didalamnya 1001 keberkatan dan barakah. Di dalamnya tersimpan rahsia malam lailatul qada' yang tiada siapa mengetahui akan kehadirannya.

- Foto: kredit utk incik google
Bulan Ramadhan ni bulan utk kita umat Islam mengamal hawa nafsu serakah yg berkiblatkan iblis dan setan. Abg long nak berpesan dan invite diri abg long serta sahabat2 semua supaya mana2 perangai tak baik yg kita anuti sebelum ini ada eloknya kita tinggalkan bermula seawal hadirnya fajar Ramadhan nanti. Supaya kita betah mendapat pahala pose yg afdal, lantas menjadikan diri kita diantara hamba2NYA yg terbaik.

Kalau ke pasar ramadhan nanti jangan la berpinar mata, nak itu...nak ini.....semua benda kita pulun beli.....kawal nafsu makan kita juga nafsu membeli. Bersamalah kita bersederhana dibulan ramadhan nanti. Toksah la duk ikut sangat nafsu kebuluq kita tu na....abg long bukan apa, bila kita duk pulun beli mcm2 nanti kita penat nak makan. Bila kita pulun makan macam2 time berbuka pun merbahayakan kesihatan juga. Terlampau kekenyangan selepas berbuka juga buat kita jadi malas untuk bersolat terawih. Jadi, apa yg kita mahu sebetulnya di bulan ramadhan nanti? kepuasan beribadah atau kepuasan perut semata? Tepuk dada, tanya minda.
INGAT!!!
Ramadhan bukan bulan pesta JUADAH
tetapi pesta IBADAH...
(◕‿◕)☆ 
Untuk teman2 shbt pompuan tuh (laki2 jga tdk berkecuali kot), suka la abg long nak berpesan....jikalau ada gambaq2 hangpa yang seksi lagi seksa bagai tu kat facebook, tagged, blog, twitter, imesh dan laman2 sesawang sewaktu dgnnya elok la dipadam terus dari menjadi tontonan percuma khalayak. Bukan apa, nanti pose yg hangpa jalani tu tak bermakna...sia2 saja.....yg hangpa dapat lapaq dan dahaga. 

Sebelum bermulanye pose ada baiknya kita minta maaf dgn kedua ibu bapa kita serta orang2 di sekeliling kita sepaya kita dapat jalani ibadah pose dengan tenang jiwa. Kalau jiwa tgh kacau bilau time jalani ibadah pose takde guna gak kan? Jadi, mintak la kemaafan dari mereka2 yg sepatutnya. Bersama la kita buat amal ibadah yg berkualiti di bulan pose nanti yer. Sama2 kita jadi hambaNYA yg berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah...Jadi, kesempatan yg ada ni, abg long nak la minta maaf dari semua penyinggah blog abg long yg tak semengahnya ni. Mana2 yg abg long ada terkasaq bahasa serta salah silap tanpa abg long sedari harap hangpa sudi memaafi.

Alhamdulillah, pose tahun ni abg long dpt merasai suasana pose bersama kengkawan seagama dgn abg long. Dulu pose abg long sesorang je.....maklum la, masa tu abg long ni ibarat lelaki melayu terakhir kat situ. Syukur tahun ni bakal dapat merasai kemanisan berpose dlm suasana yg lain dari biasa. 

Hari Ahad dpn negeri ganu cuti bersempena menjadi juara SUKMA ke-15. Dapat la cuti tiga hari. So, dapat la abg long merempitkan diri pulang ke kampung untuk menyambut pose bersama keluarga, ayahanda dan bonda tercinta. Dapat la juga abg long settlekan urusan Hostel Raudhah sama. Petang ni akan bertolak ke negeri Serambi Mekah. Harap2 dapat sampai before maghrib nanti.

Lafaz niat puasa sebulan
- Foto: kredit utk incik google

Lafaz niat puasa sehari
- Foto: kredit utk incik google

Doa ketika berbuka puasa
- Foto: kredit utk incik google
- Foto: kredit utk incik google

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT BERTERAWIH

Terengganu Cuti Ahad Nanti...Yeeepiiiiiii!!!!!!!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Firtsly abg long nak mengucapkan taniah buat kontijen Penyu atas kejayaan depa mengungguli SUKMA ke-15. Rasa2 belum terlewat waktu kot wish abg long ni...hihihi ^^. SUKMA ke-15 sekali lagi memberi tuah buat depa untuk dinobatkan sebagai juara. Arus kehebatan atlit depa tidak dapat di tahan oleh mana2 atlit negeri lain yg bertanding sama. Ternyata Sang Penyu berada dalam kelas Mahadewa….empat kali berturut2 beb depa jadi Sang juara….Oh la la lalalalala……Tentu pengurusan sukan negeri2 lain akan pening kepala. Mesti depa tengah susun ayat baik punye untuk mengadap masing2 punya ketua (Menteri Besaq/Ketua menteri). Sah2 report nanti panjang berjela. Nak buat macam mana, atlit ramai yg tak bermaya…pakat perabis kan boreh je...^^. Abg long rasa ada eloknya negeri2 len pakat2 korek rahsia bagaimana Penyu boleh bikin ramai wira sehingga depa boleh muncul juara. Cuba hangpa tanya lebai google ttg khasiat telur penyu, mana la tau kot2 ada sesuatu kat situ….kuikuikui…..hihhihi…^^


Atas sebab Terengganu muncul juara SUKMA maka Tok Mat Said selaku MB telah mengisytiharkan seluruh tanah jajahan Sang Penyu akan holiday pada 22 Julai 2012 (Ahad)….clap…clap…clap….Maha best la dpt cuti ni, semacam diri abg long sebahagian dari atlit2 Terengganu yg ke SUKMA. Terasa sgt2 diri dihargai…..hihihi…….Ini la yg dikatakan lembu punya susu, semua dapat rasa……ahaks3…..Baru hampir dua bulan abg long berkhidmat kat sini dah diberi holiday..^^ terbaeeeeekkkk!!. 




KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri itu sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.
  
Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini.
  
Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011. - Bernama
Kosmo| 17.07.2012
Rasanya tak perlu kot abg long ulas pepanjang perihal kebestan Sang Penyu ni jadi juara SUKMA. Abg long ni hanya blogger picisan lagi hingusan. Dalam bahasa buku teksnya abg long ni ibarat buah cempedak diluar pagar…….Lagi pun dah ramai tok dalang bahagian sukan kat media2 arus perdana dan portal online dah mengulas tentang ini. Well, macam tak best pula kalau abg long amik alih tugas depa kan?. Abg long bukan apa, malas nak menambahkan perisa isu tentang wartawan vs blogger yg heboh didebatkan muktahir ini. Kalau hangpa tak tau ceghita ni memang hangpa spesis yg rabun maklumat la gamaknya…ahaks3….hihihi…Sekali lagi taniah buat kontijen Penyu a.k.a Terengganu atas kejayaan dinobatkan selaku juara SUKMA ke-15.

Paaaaaadang Kubuuuu kepak kepak!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetuinya dah lama abg long nak publish entry ni.  Sahabat2 pun ramai yg bertanya khabar dan bertanya perihal tempat baru abg long duk melepak skrg. Tapi ntah macam mana asyik lupa je. Nak kata dah tua masih kelihatan awek muda..….hihihi….Mungkin dah tertelan semut kot…..mungkin……sbb tu asyik lupa. Kalau tak lupa pun dia jadi mcm tak ingat….^^

Untuk pengetahuan sahabat2, para  penjenguk dan pengskodeng blog abg long, skrg ni abg long lepak kat sebuah LADANG yg jauh nun di pedalaman. Diulangi….disebuah ladang….sekali lagi diulangi, di sebuah ladang. Tengok, berapa banyak pengulangan ‘ladang’ untuk tujuan penegasan abg long taip. Pasni hangpa tak payah gatai2 duk menanya lagi, malas dah nak habaq coz perkataan ‘ladang’ tu boleh mengtrafikjemkan pengaliran sel darah merah abg long.

Masa memula menjejak body kat sini punya la terasa ketatnya jiwa…..hangpa rasa tak keketatan yg abg long rasa?. Hmmmmm….meh sini abg long nak ceghita…..Terencat perasaan juga la memulanya bila dapat tahu dapat kat tempat cenggini. Hangpa bayangkan la, (bayang jangan tak bayang) dari sebuah bandaq besaq abg long mai, last2 terpelosok kat dalam sebuah ladang. Keliling-kelalang (kata ganda jenis apa la plak ni?) diselubungi pepokok kelapa sawit. Tempat abg long ni jauh dari pekan/bandaq. Memang takdak kemudahan maha best. Kalau nak cucuk gaji terpaksa merempit ke Mesra Mall atau bandar Cukai, Kemaman yg mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Jadi setiap kali nak berfoya2 dgn duit gaji terpaksa la abg long menampak jauh ke sana. Kalau pokok2 kelapa sawit yg byk kat cni leh cucuk kad ATM lazat gak, tak payah nak menampak jejauh. Stesen minyak terdekat pun abg long agak2 ada la dalam 15km-20km. Kalau abg long nak isi minyak setakat seploh hinggit baik toksah, keje gila namanya tu kot.

Kemudahan internet toksah sembang la. Bagi pengguna setia berokben seperti abg long ni akan terasa keperitan maha sadis. Atas sbb itulah abg long terlambat atau terjarang mengupdate entry kat blog ni. Dua minggu lps abg long ada ke Telekom Malaysia,  daftar streamxy. Harap2 ada la tuah utk diri abg long. Jikalau tidak, memang sakai la abg long nanti. Dah la sebulan lebih asyik duk tengok tv je.  Baru semalam geng van Astro mai pasang set Astro kat umah abg long. Hampir sebulan abg long daftar baru semalam depa mai pasang, hangpa bayangkan la betapa bestnya lepak kat ladang ni. Orang dulu2 penah pesan, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian”. Tapi, abg long sekarang ni jadi terbalik pula. Ntah la, mungkin sebab bumi ni bulat kot…huhuhu….terharu…terharu…terharu sgt2… TT_TT

Abg long masih lagi berasimilasi dengan persekitaran tempat ini berserta dengan warganya. Masih lagi tercunggap2 jiwa. Bagi abg long, tempat baru ni takde la teruk sgt. Ada pro ada kontranya. Warga dia semua ok. Tak tahu la kalau belakang abg long jadi tak ok….Y(~___^)Y. Kat sini lalu lintasnya clear, takde jem2. Udaranya segar sbb banyak pokok (kelapa sawit). Sungai pun ada (kalau hangpa nak uji joran & skill hangpa mancing meh la sini), abg long intai tengok sungai tu jernih juga airnya. Cuma ikan je abg long tak nampak kelibat dia. Kawan2 baharu abg long kata, kat sini international school coz Burma ada, Thailand ada, Indonesia ada….Nepal dengan Bangla tak pula abg long usul tanya. peeeerrrhhhh, maha hebat kan tempat baru abg long ni?

Jom join abg long nyanyi semua....123
Tepuk…tepuk…tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai
Padang Kubu nombor satu

Paaaaaadang Kubuuuu kepak kepak!!!
Paaaaaadang Kubuuuu kepak kepak!!!
Hoiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Nota Diari: gambaq2 pemandangan kat bawah ni adalah tempat abg long duk lepaking sambil mengebestkan diri.




Wednesday 18 July 2012

Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ari ke-2 kursus terasa boring sesangat. Untuk menghilangkan boring tahap gaban yg kian melingakari diri maka abg long pon menampakkan diri sambil mengalas buah ati abg long. Kami pun meronda2kan diri kami sekitar IPGM Dato' Razali Ismail. Last2 telajak sampai ke UMT. Tak pikir panjang, abg long terus memecut mencari kelibat pantai.

Best gak lepak pantai ni. Sesaujana mata memandang gigi pantai tersebut diletakkan batu. Sangat syok bagi spesis2 yg suka layan blues. Atas batu tu nanti boleh la lepak sambil menghayati dan memuji kekuasaan Allah SWT. Tapi, jikalau hangpa bernawaitu nak berdating dgn kekasih hati kat pantai nan indah ini tersangat la tidak cumey. 

Untuk menambahkan kesahihan keindahan dan kebestan pantai tersebut maka abg long tepek selai dua gambaq. Khas untuk sahabat2 kesayangan abg long.....^^

Abg long nak conteng banyak ag tapi tetiba pihak Astro calling. Dah smpai depan umah utk pasang mende alah tu. Dah sebulan lebih abg long daftar & hanya tengok tv shj. Alhamdulillah, ari ni depa dah mai & jumpa pun villa tempat abg long lepaking skrg. (psl Astro ni nnt abg long story len kali ek)....^^

Jadi, buat sahabat semua.....Selamat menghayati keindahan gambaq pantai Tok Jembal. (Sila klik tang gambaq utk kebestan penglihatan)



Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. (belakang Universiti Malaysia Terengganu)

Tips | Petua Kesihatan Untuk Diamalkan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hangpa dah makan belum? kalau belum apa kata hangpa abiskan bacaan entry abg long perihal info tentang cara makan ni. Rileks la, kita bukan hidup semata2 untuk makan beb, tapi kita makan semata2 untuk hidup. Bila makan kita BETUL baru la kita senang dan tenang nak beramal ibadat. tak gitu?? 

Kat bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin kita boleh kongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan yang bagus.

Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini ;
1.     Jangan makan SUSU + DAGING
2.    Jangan makan DAGING + IKAN
3.    Jangan makan IKAN + SUSU
4.    Jangan makan AYAM + SUSU
5.    Jangan makan IKAN + TELUR
6.    Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7.    Jangan makan SUSU + CUKA
8.    Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
  • Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi.
  • Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
  • Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah makan malam sebelum maghrib.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-

1-Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

3-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tak amalkan WAT DE HELL kan?. Yang penting…baca….faham….amal….dan sesama kita  sebar luaskan. Tak rugi pun kan kalau kita share benda2 yang baik ni. Betul tak??


- Foto: Kredit untuk Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 17 July 2012

Senjakala

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Diari Usang: teringat abg long pada pesan orang lama2, "Jangan main luar rumah waktu senja, nanti kena sorok ngan hantu kopek tua". Time tu, berselirat memasing berlarian masuk ke rumah menyelamatkan jiwa. Sebetulnya, orang2 lama ni 'halus' cara didikan mereka sekalipun menggunakan unsur2 halus dalam tutur bicara . Rasa2 hangpa la kan, budak2 zaman la makan ke dengan ayat kaler merah tu?


Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu

Monday 16 July 2012

Aku Mencintaimu kerana aku mencintai Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu sebahagian hidupku". Mendengar itu isterinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?". Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut serta penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNYA, melayan dengan hormat dan penuh kasih sayang isteriku, anak-anakku dan sesama makhluk. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah".

Sahabat sekalian, cintailah pasangan kita kerana cinta kita kepada Allah, perlakukanlah dengan rasa hormat terhadap pasangan kita, setia dan mencintainya dengan setulus hati kita. Kehidupan tika diselimuti rasa kecintaan sangat abstrak. Di dalamnya ada pelbagai warna......kebahagiaan, kesedihan, kebencian, senyuman semua datang mewarnai diri. Jika pasangan suami dan isteri serta pasangan kekasih hati dua sejoli saling memahami,  maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi. Jika tunas cinta terus bersemi maka akan selalu ada bunga-bunga yang bermekaran, lantas menyebarkan semerbak harum wangi dipagi hari menyambut kehidupan yang indah untuk dimiliki.

Sahabat yang abg long kasihi,  bersabarlah menghadapi kekurangan si dia yang kita punya, selalu ingatlah akan pengorbanannya. jadikanlah apa yang dia berkurangan itu sebagai kelebihanya. Ingatlah kebaikannya. 

Bila datang masalah dan konflik dalam perhubungan, jangan sesekali antara kita saling mengali kelemahan dan mengeluh pengorbanan yang telah pernah kita lakukan,  tetapi hendaknya kita saling mengakui kelemahan diri dengan setulus hati, memahami dan memuji. Disinilah rahmat Ilahi turun melimpahi sehingga cinta bersemi kembali. Sesungguhnya, sudah menjadi adat resam sebuah kehidupan yang dipinjamkan, disela hempasan badai dan gelombang samudera datang siling berganti kerana pengakhirannya nanti DIA akan memberi kita ketenangan dan kedamaian hidup yang hakiki. Di situ nanti kita akan belajar erti mensyukuri.

"Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baiknya kamu adalah yang paling baik kepada pasangannya". (HR. Bukhari).

- Sekadar Hiasan

Nadi Kehidupan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Jeti Bot Penambang, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Sunday 15 July 2012

Pergi bersama sejalur harapan, Pulang membawa hasil tangkapan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Muara Sungai Seberang Takir, Kuala Terengganu.

MAJLIS PERBANDARAN KUALA BERANG YANG SENGAL LAGI HAMPEH.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jikalau di baca pada tajuk entri kat atas bermakna mood abg long tengah suam2 kuku saat ini. Secara ritualnya peredaran sel darah merah abg long tidak lagi lancar. Malah, keketatan perasaan ini mengakibatkan atom2 kecergasan mengalami sidrom ketaklaratan……rasa cuak tahap cipan melingkari abdomen diri, semuanya bersatu menjadi satu. Semuanya gara2 kekhilafan pihak MPKB dalam mengawal selia tanah jajahannya sehinggakan mendatangkan mudarat kepada abg long yg cute dan sweet ini.

Sebetuinya kisah yg nak abg long dongengkan ini dah lama berlaku. Peristiwa ni seingat2 lupa abg long berlaku penghujung bulan Mei. Cuma abg long saja nak bagi kesempatan buat pihak2 berkenaan muhasabah diri serta memperbaiki kesilapan yg terzahir sebelum ini. Namun, harapan serta tolak ansur yg abg long letakkan bagaikan langsung tiada nilai estetika buat mereka. Pokemon tahap siput sedut btui la depa ni…..kalau siput sedut boleh juga la abg long buat masak lomak cili api, ini tahap bebal depa yg macam siput sedut buat abg long rasa tak bestan sgt2. Hangpa penah makan siput sedut tak? Kalau penah hangpa fhm la kan mcm mana sikit punya susah nak menyedut siput tu…. Sampai muncung2 bibir duk menyedut. kena yg tahap bebal memang bikin ketat la rongga jiwa. Jadi, mcm tu juga la rasa ketat abg long terhadap kebebalan spesis2 yg menghuni bangunan MPKB.

Apa tidaknya, hasil dari kecelaruan, kemalasan, kecuaian…..dan berapa banyak ‘ke’ lagi dari pihak MPKB telah mengakibatkan dompet berjenama Polo abg long mengalami susut nilai. Tak pasal2 abg long dapat ‘surat ngelang’ (loghat Terengganu) dari bapak polisi. Suka suki hati mak nenek belah acu wan depa je orang MPKB ni nak pasang papan tanda jalan, langsung tidak mengikut prosedur majlis keselamatan jalan raya  sedunia. Papan tanda jalan bertindan-tindih antara satu sama lain. Akibatnya, abg long serta pengguna jalan raya yg berjiwa kudus dan mulus terpaksa mengalami kesulitan, kesukaran dan kemashalatan. Sambal belacan btui la depa ni buat kerja……sambal belacan pun tak buat kerja mcm depa. Huuuuhhhhhhhhhhh!!

dalam bulatan bertanda merah menunjukan jalan sehala, yg membelakangi papan tanda  jalan sehala tersebut pula  papan tanda BERHENTI dan tidak boleh belok ke kanan.
untuk sudut pandang yg lebih jelas dan sedap ^^
Ternyata abg long menjadi spesis makhluk Allah yg bernasib malang di hari yg tidak best itu. Pada hari tak best tersebut bukan Black Warrior abg long sahaja yg dpt bahana dari sikap bangang dan bebal pihak majlis (ini bkn ayat marah tapi nasihatttttttttt) , tetapi apa yg abg long perhatikan byk juga kenderaan berplatkan tempatan yg bapak polisi tenyeh masa tu. Senario tersebut jelas dan sahih bahawasanya ramai khalayak yg dikelirukan oleh papan tanda yg dipasang oleh MPKB.

Banyak kenderaan yg parking TERsalah haluan ekoran tiada papan tanda dilarang masuk lorong berkenaan.
Dalam bulatan Black Warrior abg long yg mjadi mangsa kecuaian pihak MPKB
bulatan 1 pandangan dari arah belakang jalan yg ada papan tanda sehala, tetapi dari  sudut ini  terdapat tanda berhenti dan tidak boleh belok ke kanan.

bulatan 2 pula menunjukkan kecelaruan parking, di mana parking dalam gambaq atas berbeza letak duduk parking. Gambaq atas melintang, yg bawah ni pula menegak....aduhaiiiiiiiiiiiii!!!!
satu papan tanda No Entry untuk dua lorong yg di pacak di tepi satu lorong.
ini konon2 nya langkah berjimat cermat la kot....2 in 1. atok depa yg ajaq kot bt lagu ni....abestos tul la
mana dia papan tanda No Entry utk lorong ini? Keadaan yg mengelirukan lantas mengundang susah bt khalayak
hebat MPKB ni, kwsn pili bomba pun boleh parking (dlm bulatan). mana ada garisan kuning2 kat situ. tapi  incik polis tenyeh je saman wlpn xde garisan kuning2, logik mereka kwsn pili bomba TIDAK BOLEH parking. tak ke keliru namanya tuh. 
rasa2 hangpa la kan, apa yg tak kena dgn gambaq ni? 
Di atas sikap prihatin dan rasa tdk bersalah yg meluap2 lagi berkobar2 (ayat tak agak2 dah ni) maka abg long dengan muka macho telah ke Pejabat Trafik Kuala Berang untuk menyahniratkan rasa cuak yg kian berbenih kat serembrum abg long time tuh. Namun, makcik polisi yg bertugas tdk dapat utk menyettlekan masalah tersebut kerana saman telah di keluarkan, walaupun abg long dah tunjukan gambaq2 papan tanda yg mengelirukan pengguna jalan raya yg dipasang oleh pihak MPKB. Pala hotak makcik polisi itu memang marbeles. Makcik polisi tersebut suh abg long bayar je saman tersebut, bkn banyak pun katanya. Hello, memang la tak banyak….tapi masalah problem skrg, kecuaian bkn dari pihak pengguna tapi pihak MPKB. Yg incik polisi plak sesuka jemari pi tenyeh tanpa mengambil kira kekhilafan papan2 tanda tu ape kejadahnya. Ada akai tak mau pakai, suka sangat jadi pencacai (abg bukan marah, abg long nasihattttttttttttt).  Bagi abg long jumlah RM utk byr saman tu celah gusi je la (ayat tak boleh blah kan?….ahaks3….bkn nak riak, tapi saja nak tambah panasssss…hihihi!!) tapi cuba bayangkan jikalau yg kena saman tu orang2 kampung yg susah, orang2 kebanyakkan yg hidupnya tak sesenang pengarah2 syarikat serta pegawai2 kelas A….Bagi depa, RM150 tu dah boleh beli bekalan barangan dapur 2 3 minggu untuk anak, isteri daan keluarga depa. Apatah lagi jika hukuman dan denda tersebut akibat kelalaian dan kecuaian pihak lain. Bukan ke itu zalim namanya. Ke lagu mana pendapat sahabat2 semua???.

Di shotkan story, setelah berurusan dgn incik polisi yg tdk best itu maka abg long pun memblahkan diri abg long dari sana (duduk lelama kan nnt ada yg mkn guna wayar…hihihi!!) menuju ke bangunan MPKB dgn suhu kepanasan darah merah yg high. Ketika di MPKB abg long telah ke bahagian kejuruteraan, kat situ abg long telah dipertemukan empat mata dengan pegawai yg bertanggungjawab menyebabkan huru hara lalu lintas di Bandar Kuala Berang. Nama beliau Tengku, nama penuh abg long lupa. Abg long bab utk mengingati nama orang laki2 ni sejak dari dahulukala lagi memang bermasalah, jikalau nama awekz senang pula abg long nk hafal dan ingat….hihihi!!. Dipendekkan lagi cerita,  Abg long telah menyatakan masalah yg abg long dan pengguna lain hadapi. Abg long siap cuci gambaq lagi bagi kat dia suh dia tengok sebagai bukti. Tergagap2 dia nak menjawab. Akhirnya beliau mengakui kesilapan pihak MPKB dan memohon maaf….Beliau juga berjanji akan menyettlekan papan2 tanda yg bermasalah dgn sepantas gaban. Beliau juga berjanji akan mengutusi pejabat incik polisi untuk memaklumkan kekhilafan MPKB serta memohon saman yg telah dikeluarkan ditarik balik. Abg long ni nak kata cerdik tu takde la juga. Jadi, untuk tengok pihak MPKB buat kerja ke tak maka abg long suh la incik Tengku tu s.k kan sesalinan surat yg MPKB hantar ke pejabat incik polisi ke pejabat abg long nun di selatan tanahair.

Hari berganti hari, minggu bertukar minggu….bulan sesedap rasa main cik ku cakkk arrrr tapi hampeh takdak pun maklum balas dari pihak MPKB. Sah2 abg long kena kencing dengan makhluk bernama Tengku yg menghuni bangunan MPKB. Ternyata, kuasa Allah ni tiada siapa dpt menduga. Bulan Jun yg menjelma membawa abg long meninggalkan tanah selatan sana utk berkhidmat di Terengganu pula. Kesempatan bertukar di Terengganu abg long amik dgn bersemuka semula dgn makhluk yg bernama Tengku itu. Banyak la usul yg abg long baling kat beliau lantaran sikap sambil lewa beliau menyettlekan problem yg di hadapi oleh abg long yg terdahulu. Makan gaji buta aje….merugikan pembayar cukai ada pegawai seperti beliau….abestos tul.

Walaupun kes abg long di saman itu belum lagi pihak beliau dan MPKB settlekan, namun sekalung ucapan taniah abg long ucapankan kepada beliau dan MPKB kerana papan2 tanda yg mengelirukan dan haru biru telah pun di take action oleh MPKB. Bermakna, tiada lagi khalayak yg bakal menjadi mangsa keadaan. Jikalau ada juga yg kena saman dgn incik polisi nnt itu tanda kebebalan individu itu sendiri la…….(gambaq terkini nnt abg long postkan bila mana abg long ke Kuala Berang lagi. Hari tu tak sempat nak amik gambaq coz hujan yg turun tnpa diundang).

Abg long harap, kes abg long di saman atas kecuaian MPKB akan settle scepat mungkin. Doa2 kan supaya terbuka hati, limpa dan ginjal depa utk bt kerja utk abg long dgn lapang dada. Kepada sahabat2 pengguna jalan raya, lebuh raya, balai raya serta raya2 yg lain…..harap berhati2 dan sentiasa cakna dgn persekitaran serta hak2 anda.

Pesanan abg long buat semua.

“PANDU CERMAT INGATLAH ORANG TERSAYANG” 

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.