Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 21 June 2012

Tangki Pecah. Gambar Jerung Di Shopping Mall Kuwait

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Gambar jerung yang diberitakan diambil di sebuah shopping mall yang menempatkan Pusat Sains Di Kuwait yang membanjiri internet sejak dua hari lalu sebenarnya bukan asli.

Gambar yang memaparkan dua ekor jerung besar berenang di ruang legar sebuah escalator itu sebenarnya adalah hasil kerja photoshop yang sangat berjaya.

Jamie King seorang yang berkemahiran tinggi dalam seni photoshop telah menghasilkan gambar tersebut dan menyebarkannya di internet sebagai satu gurauan.

King berkata, "Helah membuat gambar yang baik dan berkualiti adalah bertujuan untuk membuatkan audien menilai sendiri gambar tersebut kerana ia kelihatan sangat real dan natural."

Lihat gambar asal di bawah dan bandingkan dengan gambar photoshop yang dihasilkan oleh King.

Gambo asal kejadian yang tulen lagi sah ^^

Apa macam beb? Boleh gila dibuatnya... Memang hebat mamat nii!! Kalau la abg long sehebat mamat ni gerenti abg long photoshopkan diri abg long menjadi otomes prime...hihihi!!!

NotaDiari:
Pada hangpa2 kat luar sana yang Tuhan bagi kelebihan sila la guna kan apa yg di anugerahi Tuhan itu ke jalan yg diredhai yer ^^

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 18 June 2012

Sayonara buat Teman...buat semua

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah lama tak membebel kat blog yg serba oranje ini. Sebetulnya banyak benda yg terjadi semenjak tiga minggu yg lalu dan terlalu banyak yg ingin di kongsi bersama. Namun, keterbatasan waktu serta kesulitan yg menghimpit diri membataskan jemari menari2 di keyboard ini.

- Tempat jatuh
Untuk n3 kali ni, abg long nak kongsikan tentang sebuah kenangan. Ya, sebuah kenangan yang abg long kira mahal harganya maha benar. Selama 1605 hari abg long bersama mereka. Bukan sedetik masa kami bersama. Sepanjang di sana banyak kenangan yang tercipta.  Berkarun jerih perih yg digumba. Walaupun berlainan bangsa dan agama, kemesraan antara kami tetap ada. Menabur bakti dan menerima ilmu tanpa mengira bangsa dan agama.  Terlalu sukar untuk meninggalkan semua, namun apa daya…..setiap benda baru ada awal dan akhirannya. Setiap pertemuan pasti bertandang saat perpisahan yang menyakitkan.

SWEET MEMORIES
Kekadang kita perlu berhijrah untuk perubahan, demi sebuah kehidupan yang baru…..supaya dalam hidup kita penambahbaikkan betah berlaku. Kita tidak perlu terlalu statik dlm kehidupan. Ada kala kita perlu juga berjalan, lantas berlari….Cuma, kita perlu berhenti sementara dikala lelah membelit diri dan jiwa. Bukankah orang lama pernah berpesan, “Banyak perjalanan luas pengalaman”, Bukankah pengalaman hidup  itu sendiri adalah guru yang paling akrab.


Jadi, demi penambahbaikkan (sekirannya tidak tersalah percaturan) maka abg long terpaksa keluar dari kedaerahan yang memula menjana pengalaman buat abg long dalam melayari dunia keguruan…..Tanah Selat Tebrau tetap dihati abg long, SJKC BAN FOO sentiasa dalam bingkai kenangan abg long untuk selamanya. Tempat jatuh lagi kan di kenangan ini kan pula tempat pertama kali memijakkan kaki dalam dunia mendidik. Namun, inilah yang dikatakan kehidupan.

Kepada sahabat2 di SJKC BAN FOO terima kasih atas kerjasama serta tolenrasi yang kalian persembahkan. Buat teman2 di Tanah Selat Tebrau, sekalung ucapan terima kasih atas budi, tunjuk ajar serta ilmu kehidupan yang kalian kongsikan. Sesungguhnya, kenangan bersama anda semua tidak mungkin abg long lupakan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah, andai ada jodoh kita pasti kita akan dipertemukan lagi olehNYA.

Buat bintang2 hati abg long di SJKC BAN FOO…..Cintailah ilmu, hargailah guru dan hormatilah ibu bapa mu….nescaya, hidup kan sukses selalu. Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi kelak. Sesungguhnya, “TIADA YANG BERUBAH JIKA DIRI TIDAK MERUBAH”….Study Smart and don’t play2…..(^___^).

Selamat tinggal semua……berpisahlah kita buat sementara. Berpisah kita hanyalah dimata tapi bukan di jiwa. InsyaAllah…..andai ada jodoh buat kita, kita pasti kan bersua semula.


Kat bawah ni sebahagian dari warna-warna kenangan yang tidak betah hapuskan.









Tahun 5
Tahun 5
Tahun 4
Tahun 3
DIARI HATI:
InsyaAllah, untuk masa2 akan dtg abg long akan publish tempat baru abg long duk melepak kini.

Tuesday 12 June 2012

Tips | cara berkesan yang dapat membantu anda menjadi IBU SUPER

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sepakat dengan suami perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan. Sesuatu yang perlu anda tahu ialah perkara yang dimarahi suami mestilah sama dengan perkara yang anda marahi. Sekalipun tidak sama, jangan sekali-kali anda membela anak di hadapan suami anda. Hal ini akan menyebabkan anak anda bingung. Sekiranya didapati suami melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tunggulah pada masa lain untuk berbincang dengannya.

Jangan biar anak rasa terbela ketika membuat kesalahan. Sekiranya anda mengikuti asas ini, maka anda akan mendapati anak tidak akan melawan dan patuh. Saat itu, barulah kita boleh memujuk anak semula dan jelaskan bahawa perkara yang dilakukannya tadi adalah tidak boleh.

Sekiranya boleh, jangan sampai kedua-duanya suka berleter atau kedua-duanya suka marah-marah. Pernah terlihat keluarga yang ayahnya kurang memarahi anak tetapi sekiranya ayah itu meninggikan suara sedikit, anak akan terus ketakutan? Adakalanya juga dengan hanya menyebut nama penuh anak akan menyebabkan anak-anak cukup faham bahawa anda betul-betul sedang marahkan mereka. Justeru, paling penting adalah dengan menyemai rasa hormat anak kepada kita sebagai ibu bapa.

Menerapkan disiplin

Jika diperhatikan, banyak bahagian dalam buku ini adalah secara berjadual. Mengapa teknik ini digunakan? Teknik ini telah banyak menunjukkan testimonial yang sangat berjaya, iaitu di akhirnya, perkara yang terjadual menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Bukankah ini lebih baik daripada hidup tidak berdisiplin?

Anda perlu bersikap tegas terhadap anak-anak anda tetapi janganlah sehingga tiada lemah lembut langsung. Mereka ibarat tanah. Sekiranya tanah itu kasar, siramkanlah dahulu air untuk melembutkannya sedikit sebelum dicangkul. Sejak kecil lagi mereka perlu diberikan pengenalan atas perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka.

Hindari memukul anak sekiranya sedang marah

Ketika anda terasa sangat marah, cubalah kawal diri daripada memukul anak. Hal ini akan menyebabkan pukulan anda terlalu kuat dan hal ini akan membekaskan sesuatu dalam jiwa mereka. Kudrat semasa sedang marah sangat kuat dan akan menyebabkan anda akan terasa berkuasa memukul anak anda.

Kadangkala kita mempunyai masalah lain tetapi pada masa yang sama, anak kita melakukan perkara yang tidak kita sukai. Justeru, kemarahan kita tertumpah kepada si anak. Cubalah bertenang dan tarik nafas perlahan. Fikirkan semula adakah berbaloi sekiranya anda memukul anak yang melakukan kesalahan ketika anda sedang marah?

Ugutan dan herdikan

Sekadar mengugut tidak mendidik anak kerana selalunya kita tidak akan melakukan perkara yang kita ugutkan itu. Anak-anak akan menjadi lali kerana ibu bapa hanya tahu mengugut. Kemungkinan anak menjadi kurang rasa hormat kepada kita akibat daripada perbuatan tersebut.

Herdikan juga menimbulkan kesan yang tidak baik. Kebanyakan masa kita mengherdik, kita akan menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Kata-kata kita ialah doa. Bayangkan kita tega untuk mendoakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kita dan kemudian memarahinya lagi.

Bayangkan kita menggunakan kata seperti, "Budak bangang!!" Sanggupkah kita mendoakan anak dengan perkataan kesat seperti ini? Sekalipun kesabaran kita memang benar-benar sedang diuji, mengapa tidak kita memilih untuk menggunakan cara yang berhikmah berbanding dengan kaedah seperti ini yang jelas tidak pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w?

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak

Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:

Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.

Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.

Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?

Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.

Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.

Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.


DIARI HATI:
Artikel di atas dipetik daripada Bab 5: Suri Rumah Si Ibu dalam buku MANUAL KERJA SUPER ISTERI. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di PERINTIS BOOK SDN.BHD atau pukul no telefon Cik Nor di talian 03-90195303.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Layan Internet Sambil Di Layan Awek

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pelbagai cara yang digunakan oleh para peniaga untuk mencari keuntungan. Antaranya adalah seperti gambar kat bawah ni. Sebuah Cybercafe di China mengupah berpuluh-puluh orang pelayan yang cukup comel+seksi untuk menemani para pengunjung. Pelayan ini bukan sahaja cantik malah mahir juga menggunakan komputer. 

Memang super duper meriah la ini cafe cyber, mesti ramai yang datang berkunjung ke CC ini ye tak? Bukan saja orang muda yang tua bangka pun turut serta. Cuba korang tengok gambar kat bawah. Fullhouse bukan?? Mesti bayarannya pun mahal seksa.

Cons
1. Semua awek di sana tahu kata laluan semua orang yg datang sana.
2. Tak der privasi langsung nak bukak email or FB
3. Nak tengok gambo lucah pun dah tak boleh. Awek ader kat sebelah MELAINKAN dia pun nak turut serta atau kuikuikui.....

Pro
1. Dapat pegang-pegang, sentuh-sentuh, selongkar-selongkar apa2 yang patut....hehehe
2. Dapat ngorat free jer tiap ari satu awek, kalau bernasib baik leh bawak terus....ahaks3
3. Dapat menemani at least individu yg keseorangan a.k.a kegersangan dalam hidup, cam yg putus cinta, yg rasakan dunia nie membenci diorang, etc.
4. Dapat belajar tentang penggunaan komputer disebabkan aweks yg dibekalkan semua mahir IT...terbaiklah kan???


Well, apa pula pendapat korang? Abg Long rasa pengusaha2 CC kat Malaysia ni boleh la kot nak follow cara PELARIS cenggini...hihihi......ala, apa nak kisah.....MALAYSIA BOLEH!!


Korang boleh la skodeng gambar2 kat bawah. Jangan sampai meleleh dah la no......jikalau ayaq liur tak pa la kot...kikikki!!



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.