AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 20 May 2012

Kisah Piala FA Yang Perlu Hangpa Taw

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

TANIAH!!! buat pasukan bola sepak The Red Warrior (TRW) atas kejayaan merangkul piala FA semalam dengan mengalahkan pasukan Sime Darby 1-0. Semalam, sejarah telah tercipta dan kemenangan tersebut telah memahat dan mencatat nama pasukan TRW antara pasukan yang telah memenangi piala FA. Kemenangan semalam menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama. TRW menang atau kalah semalam, negeri Kelantan tetap juga cuti hari ini. Bertuah dan beruntungnya orang2 Kelantan. Bermakna, kemenangan semalam adalah bonus buat mereka.


Semalam kelihatan selautan manusia berbaju MERAH di Stadium Bukit Jalil. Abg long tak fikir manusia2 berbaju merah yang memenuhi stadium semalam di upah seratus dua ringgit Malaysia serta sebungkus nasi bagi menyaksikan perlawanan bola paling epik (Kenapa epik? Sat lagi abg long story) berbanding mereka2 yang hadir ke perhimpunan anjurkan sebuah parti politik yang juga bertemakan warna merah di tempat yang sama beberapa minggu yang lalu. Ini bermakna, para penyokong The Red Warrior lagi best dan cool. 

Berbalik kepada 'perlawanan bola paling epik'. Kenapa abg long cakap epik? Meh sini abg long nak ceghita...Hangpa taw kan kes TSAM dengan pengurusan FAM (Football And Money) tuh? (Kalau hangpa tak taw hangpa godek2 la lebai google, InsyaAllah nanti hangpa temui jawapannya). So, semalam adalah perhitungan dan pertarungan antara mereka. TSAM sudah tentu mahu membuktikan beliau adalah individu yang paling best dan cool dalam memajukan bola sepak. Jadi beliau perlu buktikan melalui pasukan Kelantan,  sebabnya beliau kan presiden KAFA. Bila mana TRW menang, musuh2 beliau dalam FAM akan terkucir dan terdiam dengan sendirinya. Gerenti malu alah pandir2 dalam FAM yang mulut bagai longkang mengutuk dan menyalahkan TSAM ekoran teguran beliau terhadap pretasi skuad Harimau Malaya tempohari. Hangpa tengok tak perlawanan semalam? Perasan tak masa kamera suluh tang TSAM tu? Masa tu TSAM ada mengangkat mafla. Lagi epik kalau masa kamera tala ke TSAM tu, beliau bukan saja angkat mafla TRW. Angkat sekali sepanduk 'FAM BANGSAT!", tak gitu...?


Tapi yang paling maha epik, best, sweet dan cool ialah ketika TSAM menurunkan tanda tangan kat atas banner tuntutan royalti minyak negeri Kelantan yang di pasang diluar Stadium Bukit Jalil semalam. Macam pelik tapi benar....hihihi!!

Semalam dianggarkan 85,000 jumlah penonton di Stadium Bukit Jalil. Memang masyuk la pengurusan Stadium Bukit Jalil dan FAM jika dihitung dari segi keuntungan penjualan tiket semalam. Cuma abg long nak la berpesan sikit kat depa2 ni, harap duit tiket malam tadi boleh la buat baiki padang yang macam lahanat tu. Main gitu2 pun ramai yang injured sebab keadaan padang. Abg long rasa, padang sekolah abg long lagi comel dan best dari padang Stadium Bukit Jalil (abg long tengok dah macam tempat kerbau berkubang lagaknya padang SBJ tu). Buat malu je jikalau buat main dengan negara lain. Football And Money (FAM) jangan ingat nak makan duit je tengok2 juga kekurangan yang di depan mata.

Sime Darby bagi abg long tak kalah, cuma mereka tak menang sahaja. Mungkin nasib tak baik telah menyebelahi mereka. Apa pun, kemaraan mereka ke pentas final sudah cukup membuktikan kepada khalayak bahawa mereka bukan pasukan belasahan semata walaupun hanya berstatus kelab. Bermakna, pasukan2 yang ada main bola kat liga Malaysia ni nanti haruslah BEWARE dengan kelab bernama Sime Darby. Sila buka mata bundar2 ye....hihihi!! Tapi apa yang best tentang player Sime Darby ni bagi abg long ialah kejayaan mereka dalam menutup aurat. Kalau hangpa perasan la kan, kurang lebih ada empat orang player mereka yang menutup aurat. Kelas kan gitu....Kalah di padang bola, menang di padang mashsyar. 

Pertarungan dan perjuangan piala FA sudah pun tamat tapi pertarungan kita melawan hawa nafsu masih lagi berjalan, perjuangan kita untuk ke Syurga masih lagi perlu diteruskan. Jadi, selamat beramal buat semua. Bola2 juga solat jangan lupa.


No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.