AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 5 May 2012

Fitrah | Memaafkan






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

Dalam kehidupan terkadang hati lelas dan perih bukan kerana orang lain. Seringkali ia dilakukan oleh orang yang kita cintai. Namun, luka itu hanya bisa sembuh dengan memaafkan. Mungkin perkara yang yang paling berat untuk kita lakukan ialah memaafkan orang yang membuat salah atau melukakan hati kita. Orang itu tidak kira siapa sama ada adik beradik, keluarga, kawan mahu pun lawan. Memaafkan mungkin lebih mudah dari melupakan.

Tiadalah salah jika kita tidak memaafkannya kerana hanya kita sahaja yang dapat merasakan keperitan tersebut. Bak kata orang-orang lama, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Akan tetapi jika kita dapat memaafkannya maka kita merupakan orang yang berfikiran di luar kotak dan memiliki hati yang sungguh mulia serta diberi rahmat oleh Yang Maha Esa. Walau bagaimanapun, ada tahap yang penting dalam melakukan proses memaafkan. 

Pertama, belajarlah menerima rasa sakit hati kita bukan kerana perbuatan orang lain tetapi hal itu adalah disebabkan betapa rapuhnya hati kita. Jangan menolak, menekan atau menganggap remeh rasa sakit hati itu. Antisipasilah kesan dari sakit hati agar tidak melakukan tindakan yang destruktif seperti menyakiti diri sendiri atau menyakiti orang lain.

Kedua, cubalah memahami bahawa setiap tindakan yang membuat kita sakit hati bukan semata kerana perbuatan orang lain. Apapun yang ada didalam hidup ini adalah ujian dan dugaan yang datangnya dari Allah SWT agar kita senantiasa meningkatkan kualiti hidup kita menjadi insan yang bertakwa. Memaafkan bererti berprasangka baik kepada Allah SWT bahawa apapun yang terjadi, hal yang menyakitkan sekalipun tentu ada hikmahnya. Kesakitan dan kelukaan tersebut merupakan proses pendewasaan dalam hidup kita agar kita menjadi orang yang senantiasa bersyukur dan bersabar dalam menjalani hidup ini. 

Firman  Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)" (Surah Al-Talaq:2)

Firman Allah SWT yang bermaksud,"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala lanit dan bumi, yang disedikan bagi orang yang bertaqwa."
(A-li 'Imraan: 132-133)


Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [Ali-Imran: 134].

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."[Al-Baqarah: 263].

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, tidak akan bertambah ke atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." [Riwayat Muslim no. 2588].


************************************************************************************

“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.