AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 20 May 2012

"FIKIRAN KECIL, SEDANG & BESAR"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Menarik untuk mengamati cetusan idea dari Eleanor Roosevelt, bekas Presiden USA yang mengatakan: "Small Minds discuss people, Average Minds discuss events, Great Minds discuss ideas".
"Fikiran Kecil membicarakan orang. Fikiran Sedang membicarakan peristiwa. Fikiran Besar membicarakan gagasan".

Maka sebagai akibatnya ...

FIKIRAN KECIL akan menghasilkan GOSIP.
FIKIRAN SEDANG akan menghasilkan PENGETAHUAN.
FIKIRAN BESAR akan menghasilkan PENYELESAIAN.

Ketiga-tiga jenis fikiran ini ada di dalam setiap otak kita. Fikiran mana yang lebih mendominasi kita, begitulah apa yang dihasilkannya. Kalau setiap saat otak kita dipenuhi oleh Fikiran Kecil, maka kita akan selalu asyik dengan urusan orang lain, namun tidak menghasilkan apa-apa, kecuali perseteruan. Tetapi bila Fikiran Besar yang mendominasi, maka ia akan aktif mencari gagasan atau idea baru.

FIKIRAN KECIL senang menggunakan kata tanya "SIAPA", FIKIRAN SEDANG senang menggunakan kata: "ADA APA", sedangkan FIKIRAN BESAR selalu memanfaatkan kata tanya: "MENGAPA" dan "BAGAIMANA".

Dalam melihat satu peristiwa yang sama, misalnya jatuhnya buah epal dari pokok, akan cenderung menzahirkan pentafsiran yang berbeza.

Si FIKIRAN KECIL akan tertarik dengan soalan: 
"SIAPA YANG SEMALAM TERCICIR BUAH EPAL?"

Si Fikiran Sedang akan bertanya: 
"APAKAH SEKARANG BERERTI SUDAH MULAI MUSIM BUAH EPAL?"

Sedangkan Si FIKIRAN BESAR: 
"MENGAPA BUAH APEL ITU JATUH KE BAWAH, BUKANNYA KE ATAS?".


Dan fikiran yang terakhir itulah yang konon menginspirasi SIR ISAAC NEWTON mencari TEORI gravitinya yang terkenal. Tidak ada satu pun prestasi atau karya di dunia ini yang dihasilkan oleh Fikiran Kecil.

Di samping itu, ketiga jenis fikiran ini juga mempunyai 'makanan' kegemaran yang berbeza.
Si FIKIRAN KECIL biasanya senang melahap TABLOID, INFOTAINMENT dan GOSIP2
Si FIKIRAN SEDANG amat berselera dengan RUANGAN BERITA, POLITIK ....
Si FIKIRAN BESAR memilih BUKU-BUKU/ARTIKEL yang membangkitkan INSPIRASI, TULISAN2 TENTANG  IDEA2 dan MOTIVASI ....

Jadi, apa yang sedang anda fikirkan saat ini?


Kiriman emel: Dewo

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.