AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 19 May 2012

...::Aduhai Remaja::....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru berkesempatan untuk mengetuk keyboard. Lepas isyak tadi keluar ngeteh dengan sedara. Dah lama tak bersua mata dengannya. Sebelum ni dah banyak kali janji nak jumpa tapi masa seakan cemburu. Masing2 busy dengan kerjaya memasing. Bila dah lama tak jumpa maka banyak la perkara yang nak dibual dan digosipkan. Lepas satu topik beralih ke topik yang lain. Isu politik, kereta, piala FA antara Sime Derby vs The Red Warrior, Pilihanraya, Bersih  dan sebagainya. Sedar tak sedar jam dah menampak ke angka 3 pagi. Mau lebam mata ni nanti. Dah la nanti pagi ada program motivasi yang perlu dihadiri. mau goyang gerak langkah ini esok hari.

Bila cerita bab motivasi ini, teringat kisah yang terjadi siang tadi. Kisah sewaktu nak solat jumaat. Balik kerja awal semalam, sementara menunggu nak ke masjid baring atas sofa sambil baca paper. Ntah macam mana boleh pula terlelap. Sedar2 jarum jam dah hampir 1.30pm. Bergegas la ke bilik air, jirus badan....sarung kain dan baju, terus start enjin kereta memecut ke masjid. 

Disingkatkan cerita, masa sampai masjid tu jemaah dah nak masuk rakaat ke-2. Abg long tengok ramai bebudak yang duk bersidai kat berada sambil bergelak ketawa. Ada juga yang tengah melayan 'ubat pendek usia' dengan aksi konon2 merekalah makhluk bumi paling macho. Dalam hati abg long tertanya-tanya kenapa la bebudak ni tak ikut solat sama. 

Atas keprihatinan, abg long tegur dan tanya mereka kenapa tak ikut solat. Tau apa mereka jawab? "Kita orang datang tengok orang solat je". pehhhhh...ayat, memang tak boleh blah budak2 sekarang. Sebab abg long pun dah tergesa2, abg long ajak diorang solat sama. Lagipun apa guna datang jumaat kalau tak solat. "Abg solat la, kita orang muda lagi"....ada juga yang cakap "ala...kubo masing2". Menyirap je rasa. terdengar iman angkat takbir rakaat ke-2, malas nak ketat2 kan jiwa yang kudus ni melayan bebudak hingusan tu terus abg long amik tempat dan solat mengikut iman.Tapi, solat jumaat kali ni langsung macam tak best je rasa sebab dek kerana emosi sedikit terganggu dengan sikap dan tingkah remaja2 tersebut. Terasa betapa hampehnya masa tu.

Selepas solat, abg long usya2 bebudak tadi dah takde. Maybe diorang dah blah seusai iman memberikan salam. Abg long terkilan sesangat dengan remaja kita sekarang. Mereka terlalu disenangkan oleh keadaan sehingga lupa pada tanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, keluarga dan masyarakat. Mereka hanya fikirkan keseronokkan. Kalau solat jumaat yang seminggu sekali itu pun mereka 'tuang' apatah lagi solat wajib yang lima waktu. Datang ke masjid semata2 nak berbual dan berlagak macho sesama rakan sebarisan. Konon2 hisap rokok dan tak solat jumaat itu cool la kot bagi mereka. Remaja kita sudah susut nilai diri, sudah mati mata hati.

Dalam kepala abg long, "kesian kat ibu bapa bebudak tu. tak pasal2 mereka susah dunia akhirat lantaran sikap anak yang sedemikian". Berdasarkan permerhatian abg long bebudak tu ada yang dah masuk sekolah menengah. Ada juga yang masih bersekolah rendah....(Ada la sekerat dua). Perangai buruk abang-abang senior menjadi ikutan mereka yang kurang arif dalam menentukan hitam atau putih.

Sebetulnya, nak mengharapkan guru mendidik sepenuhnya pun tak boleh juga. Dirumah ibu bapa perlulah memainkan peranan sama. Menegur dan menasihati apa yang wajar. Jangan serahkan urusan mendidik sepenuhnya pada guru. Lihat2 lah anak sendiri. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk keluarga mereka juga.

Kepada adik2 yang berusrah dengan abg long tadi tu abg long harap Allah kurniakan hidayah kepada kalian. Cuma abg long nak pesan satu je, kematian datang tak kira engkau muda atau 'orang lama'. Datang dia tak kan bertangguh. Kalau dah DIA kata kunfayakun apa lagi yang tinggal buat kita? Taubat pun dah tak berguna. So, apa pun yang kita lakukan kena la mengikut laluan pintu fitrah. Amin



p/s: korang ada tak kes2 yang sedemikian? cu cite agar kita boleh kongsi 'rasa' bersama. Agar dapat kita belajar dari sesuatu untuk mengenal sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.