Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 7 April 2012

RATU ROTI CANAI


Tengah belek-belek blog sambil layan Suria.FM (berkumandang lagu 3 kata-KRU) terjumpa gambar awek ni sedang menebar roti canai. Tidak semena-mena perut aku berlagu sama mengikut irama 3 kata KRU, "Roti Canai Satuuuuuuu"........hanya bergema diruang jiwa tanpa suara. Rasa lapar menendang-nendang usus besar aku, seakan ingin menerjah melihat dunia. Betapa permai dan indahnya weekend minggu ini. 
- Gadis penebar roti canai
Agak malang bagi aku kerana Si Jelitawan yang menebar roti canai ini jauh berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalaulah gerai beliau bersebelahan rumah sewa aku kan ke bestan.  Takde la aku breakfeast, lunch, dinner bertemankan maggi hari2....huhuhu..... Ada baiknya lagi aku makan roti canai kerana roti canai kaya dengan protien, kalori, dan rakan2 yang seangkatan dengannya. Tetapi, selain kat Kota Bharu, kat tempat lain susah nak jumpa gadis remaja yang kerjayanya menebar roti canai macam ni. 

- Roti canai
Mungkin bentuk roti canai nampak herot-berot, tak macam roti canai yang biasa kita makan di kedai mamak. Tetapi, jangan menilai roti canai ini berdasarkan rupa. Walaupun bentuknya agak 'berseni', tapi roti canai ini rasanya lebih lembut berbanding roti canai di kedai mamak, selembut awek yang menebarnya… hahaha…kuikuikui...


Awek ni boleh la aku katakan Ratu Roti Canai sebab dikhabarkan bahawa gerai beliau sentiasa penuh dengan pengunjung. Kadang2 pengunjung terpaksa berputih mata sebab roti canai buatan beliau  sepantas gaban akan habis. Sesiapa yang terlambat tu alamatnya gigit jari jer la nak merasa.


Bagi aku, kalau tak dapat makan roti canai bikinan beliau pun tak apa kerana hanya dengan melihat beliau perut yang lapar boleh jadi kenyang.....hihihi...korang ada bantahan?? 


Nota:
Ish takde ke orang nak ajak aku pergi sarapan roti canai pagi ni???

3 comments:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.