Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 7 April 2012

Suami Pilih Isteri atau Anak??


Sedang aku berkelana menjejaki alam maya tetiba pandangan kornea aku tertacap pada satu posting yang bertajuk 'Suami Pilih Isteri atau Anak'. Aku baca dan aku ladeni segala makna yang tersurat serta tersirat. Kekadang kita terlalu ambil mudah, leka dan alpa apa yang ada di sekeliling kita. 

Aku tempelkan dan murnikan cerita tersebut di bawah ini untuk aku, engkau dan mereka semua yang membaca faham dan bertindak dengan segala kudrat yang ada agar kita bisa mengubah dunia. Walaupun tidak semua, namun kita  boleh bermula dari apa yang kita punya.
- Suami & Isteri

Kisahnya bermula begini.........

Di pagi yang hening dan damai. Di ketika mentari kian menampakkan diri memberi cahaya buat penghuni alam menjalani kehidupan setelah mereka berehat sepanjang malam di pembaringan. Di suatu sudut kehidupan.....Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital. mukanya tampak resah, rusing dan risau. Sesekali letih berdiri dia duduk di kerusi, menumpang pipi pada tangan kiri dan penglihatannya jauh menerobos bebayang ilusi. 

Sesekali dia melihat jam di tangan, sesekali dia melirik pandang pada lampu merah dimuka pintu yang masih menyala. 

"Sudah lama mereka di dalam sana", dia berbicara pada dirinya. 

Sudah hampir dua jam dia begitu, bermonolog dengan diri sendiri. Setiap kali melihat pintu itu, hatinya resah dan gelisah. Dia menjadi tidak keruan bila memikiri keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Berjam lamanya ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi dari sebalik pintu itu.

 Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?". mahu saja dia menitiskan airmata mendengar perkhabaran hiba dari doktor. Namun dia kuatkan semangat dan doa tidak putus dalam hati agar isteri serta bakal anaknya selamat.

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya,  tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan. Menyelamatkan si ibu atau menyelamatkan si bayi!" 

Lelaki tersebut kebingungan  dan tak dapat berkata-kata.......Matanya mulai berkaca. Sedih dan hiba bersatu menjadi satu. Berat maha benar dugaan yang terpaksa ia hadam saat itu.

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itu pun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Lelaki itu melihat dan mengiringi derap langkah doktor tersebut masuk ke bilik persalinan semula dengan mata yang berkaca. Air jernih lelakinya jatuh ke riba. Dalam hati dia berdoa dan berserah segala-galanya pada Allah.

********************
- Isteri atau anak??

Ini adalah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa. Doktrin ini dikenal dengan 'dosa waris' atau 'dosa asal'. Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sekiranya boleh bialah ia seorang doktor wanita muslim.

Credit utk:~ Man Nock

*********************

Nota:
Kepada kengkawan (muslim) yang punyai anak2 perempuan tu tanamkanlah minat kepada mereka tentang kerjaya sebagai doktor pakar sakit puan. Kalau kita ke hospital, Kita akan dapat lihat berapa punya ramai doktor berbangsa lain dan betapa ramainya doktor lelaki berbanding perempuan. 

Dekat Malaysia ni berapa kerat sangat doktor wanita muslim yang pakar dalam bidang sakit puan. Doktor lelaki muslimdalam bidang tersebut pun aku kira tak ramai mana. Kita tidak perlulah terlalu streotaip bila melihat kerjaya. Ramai ibu bapa akan create mentaliti anak2 supaya menceburi bidang keguruan kerana kerja senang, banyak cuti serta fardu kifayah. Mereka juga suka anak2 mereka jadi peguam, arkitek dan doktor pakar gigi. Tetapi mereka lupa nak create anak2 supaya cinta akan kerjaya doktor pakar sakit puan. 

Hellooooooo......Assalamualaikum......Kerjaya doktor pakar sakit puan pun fardu kifayah juga la. Bagi ibu-ibu yang mempunyai pengalaman bersalin diuruskan oleh doktor lelaki (bukan muslim) aku jamin akan berjihad agar anak2 perempuan mereka mencintai kerjaya doktor pakar sakit puan. Jadi sesamalah kita mengubah dunia. Walaupun tidak semua, cukup la dengan apa yang kita punya.

ada tak sesiapa yang terbaca entri ini mempunyai pengalaman bersalin (diri sendiri/ibu/adik/kakak/sedara mara/nenek/ ipar duai/dll) yang bayinya disambut oleh doktor lelaki muslim atau doktor lelaki bukan muslim. apa kata kita buat kolaborasi minda dekat sini. tidak salah share pengalaman kan? Sesungguhnya pengalaman juga adalah salah satu proses menuntut ilmu. 

Sharing is caring....(◕‿◕)☆ ™ 
Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.