Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 15 April 2012

Misteri Bunyi Tapak Kaki


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


#AMARAN- Jika anda seorang yang hati basah dan dalam hati ada taman jangan gedik2 nak teruskan bacaan entri yang konon2 SERAM ini. Segala kerosakan perasaan dan kemusnahan jiwa akibat cerita ini adalah di bawah tanggungjawab tukang baca sendiri. Oleh itu......... Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri!!

Kisah bermula.........

Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.  "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat.  Tinggal kita berdua sahaja.  Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil.  Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

Milah tertawa kecil, "Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard.  Tentu dia datang berlari, "Abang datang!!! abang datang!!!"  Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi.  Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi." "Hai! Jaga sikit mulut kau itu.  Jangan cabul sangat.  Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit.  Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona.  "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti," sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya.  Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam.  Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya.  Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter.  Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua.  Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran.  Nona sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

"Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran.  Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.  

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.  Tiba tiba...

"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang.  Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka.  abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai ke arah mereka berdua daripada arah luar tingkap.  Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega, "Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja.  Nyaris kami tidak mati ketakutan.  Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..." kata Milah sambil berpaling ke arah Nona.

"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan," ujar abang guard itu sambil ketawa kecil.  Muka Nona semakin pucat ketakutan.  Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran.  Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran.  Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat.  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nina hanya diam membisu dan menggeleng-geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nona masih terus menggengam erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah.  Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.

Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain.  "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain.  Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah.  "Engkau orang jangan celupar sangat.  Bukannya nama kau yang dia panggil.  Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini.  Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki.  Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.  Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga.  Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan.  Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru-seru.  Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah ke kelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya.  Masing masing berebut rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.

Nota:
Alamak!! cerita seram la pulak. Cerita dan watak2 di atas tiada mengena dengan mereka2 yang masih bernafas mahupun yg telah membabaikan kehidupan dunia. Kalau ada persamaan, anggap sahaja ianya seperti pelanduk fotocopy. Kisah seram ini hanya fiksyen dan rekaan tuan tanah asal semata-mata untuk tujuan motivasi. Untuk menambahkan keseramannya aku cadang diamalkan bacaannya di awal pagi atau pada malam jumaat keliwon. Kalau tak seram juga, apa kata bawa jer notebook u all dan baca cerita ini di atas kuburan. Kesulitan amat di kesali.  


Akhir kata dari aku, Jangan jadi hantu, jadilah manusia yang tak takut hantu. Sekian. Terima kasih.


Sumber :
www.kedah2u.com
KisahSeram


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.