Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 7 April 2012

ketaklaratan

Kebosanan, keketatan dan ketaklaratan.......tiga perkataan yang menghuni segenap alur darah aku di sepanjang hari sabtu yang mega mendung ini. Aktiviti sepanjang hari ini hanya berfoya2 di kamar cumey ku bertemankan notebook dan berokben yang running dia mcm siput haram. Perabiskan ringgit malaysia aku jer duk bayar bil letrik.....hakkkk tuiiiiiii!!! (Jiwa lelaki kudus ku memberontak)

Ari ni takde apa yg interesting (mcm la sebelum2 ni banyak yg interesting..... hampeh.....ayat penambah perisa namanya ni) sgt yg aku lakukan melainkan menghabiskan masa cuti dengan berblog, bermuka buku, makan-minum, tidur, tengok tv, dengar radio Suria.fm dan mencukur bulu ketiak serta janggut yg tumbuh berselerak. 

Hari ni aku hanya lepaking kat bilik sahaja sepanjang hari. Kalah anak dara sunti kalau tengok fiil perangai aku hari ni. Nak keluar merewang dan cuci mata berat hati pula rasanya. lagi pun banyak kerja yang belum diberesi.....kalau keluar pun seorang diri, bosan juga aku nanti. Nak tak nak terpaksa la aku terperuk kat rumah melayan diri sendiri. 

Bila lapar aku turun geledah dapur ngan peti ais, aku makan apa yang ada.....apa yang ada aku makan. Tadi siang goreng nasi pun main campak2 jer. Nasib baik la menjadi. Ada juga la rasa manis, masam, masin serta rasa sayang...hey, rasa sayang....sayang hey.....hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey (aduiiiiiiiiiiyaaaaaaaaa......tahap kesengalan aku telah mencapai takat beku).

Sebetulnya kerja banyak dan menimbun, tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Ketat jiwa aku dibuatnya. PROTIM + SEGAK + Linus + semak buku kerja + tulis RPH = semak kepala hotak......Nawaitu kudus aku nak la key data Protim dan data Segak tapi software dia plak bermasalah. Betul2 bikin peredaran darah aku tersekat-sekat. Mahu jer aku hempuk kepala aku ke lantai beralaskan sebiji bantal....huhuhu.....kejam betul dunia!!

Lepas isyak tadi berperang kat dapur sekejap, masak 'menu' orang bujang (siapa bujang dan penah jadi bujang, dia tau la menu orang bujang tu apa) untuk mententeramkan segala abdomen kat dalam perut.  Sementara perut aku menjalankan proses penguraian, aku bersantai dan berlenggang kangkung depan tv.  Takde cerita best pun (rumah aku takde astro la beb). Sebab tidak ada pilihan, terpaksa la aku menonton lakonan Jalaluddin Hassan kat tv3, sambil2 tu aku menyemakkan kepala dengan menyemak buku2 latihan dan buku2 kerja bintang2 hati aku. Sekejap jer aku bergelumang dengan buku2 mereka. Memang aku tak boleh spend time lelama mengadap buku2 mereka, boleh bikin berbalam aku punya kornea.....Nak2 pula jikalau pekse buku karangan, jiwa kosong aku boleh bertukar menjadi jiwa kontang. Mula la rasa macam nak menukarkan diri menjadi incredible hulk......Gggggggrrrrrrr!!!!!

Mata aku pun dah macam garfield, jemari pun dah tak larat rasanya nak menari2 lagi kat keyboard ni. Elok rasanya aku stop dulu untuk hari ni. Nanti kan lelama duk tertacap depan skrin ni bertambah2 merapu pula aku. Tilam, bantal dan kain gebo pun dah calling2 supaya aku memesrai mereka. Oleh itu aku full stop kat sini sahaja. Sehingga bersua lagi di lain masa. 

Gud nite untuk semua.......Tido ketat2 dan mimpi cumey2!!

Jgn lupa baca doa sbelum tido...meh cni aku belanja korang doa sbelum tido...(◕‿◕)☆ ™ بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ bismikallahhumma ahyaa wa amuutu ertinya:dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Assalamualaikum.

SmileTak perlu kata apa2
thanks sebab sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.